Friday, November 30, 2007

Paceri Nenas

Paceri nenas ni mmg fav. hubby & akak tp anak2 kurang minat sbb pedas kot... mmg selalu buat. Yg bagusnya paceri ni boleh simpan lama, nak makan je baru panaskan balik...

Bahan-bahan:
1 biji nenas (sederhana besar)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
50 gram udang kering/ikan bilis
3-5 sudu besar serbuk kari ikan
Rempah tumis (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang)
200ml santan pekat
Garam & gula
Minyak
Air secukupnya

Cara-cara:
Potong nenas ikut suka (ada yg buang empulurnya, akak tak buang empulur). Udang kering/ikan bilis digoreng tanpa minyak & dikisar halus. Tumbuk bwg merah, bwg putih & halia. Masukkan minyak dlm periuk, tumis bahan2 tumbuk, cili kisar & rempah tumis hingga naik bau. Masukkan udang kering. Tumis sebentar, lepas itu masukkan rempah kari. Biar sekejap hingga rempah kari masak. Masuk air, biar sekejap hingga air mendidih. Baru masukkan nenas. Tutup periuk. Biar nenas separuh masak dulu baru masukkan santan pekat. Tunggu sehingga nenas agak lembik sedikit baru masukkan garam & gula. Sedia utk dihidangkan.

Kurma Daging Lembu

Selalunya akak buat kurma stail masak kari je... cuma tukarkan serbuk kari dgn rempah kurma. Tapi kali ini akak cuba pulak stail perap dulu daging dgn rempah kurma & bahan2 tumbuk. Memang rasanya lebih sodapppp gitu!

Bahan-bahan:
1kg daging lembu (potong ikut suka)
200ml santan pekat
4 biji lada hijau (belah 2)
2 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 sudu cili kisar
3 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga)
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
Air secukupnya
Garam, gula & sebuk perasa (jika suka)

Bahan perap:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-5 sudu besar rempah kurma

Cara-cara:
Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih & halia, perapkan dgn daging yg telah dipotong tadi bersama dgn rempah kurma. Perap lebih kurang selama 30 minit ke 1 jam.

Sementara itu kisar/tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak sapi dlm periuk, tunggu sehingga panas. Tumis cili kisar, bahan2 tumbuk & rempah tumis hingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Gaul hingga sebati. Tutup periuk sehingga air daging agak kering sedikit. Tambahkan air, masak lg hingga mendidih. Masukkan santan pekat. Lepas itu masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Masukkan kentang. Bila kentang agak empuk baru masukkan bawang besar, cili hijau & tomato. Biar sekejap, tutup api & barulah taburkan daun ketumbar. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Tuesday, November 27, 2007

Caramel Pudding Cake

Jengok2 blog Princessharyati (resepi asal Yani Myresipi.com). Teringin nak cuba. Memang sedap sbb guna kek span perasa oren...

Resipinya di sini

Sunday, November 25, 2007

Set Lengkap Nasi Ayam

Semalam buat nasi ayam lengkap. Menu nasi ayam ni amat digemari oleh anak2 akak terutama yg sulung.


Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawam beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan butter
1 kiub pati ayam maggie
2 sudu teh garam
1 inci halia (dihiris bulat2 nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:
Bersihkan beras, tos & masukkan ke dalam periuk letrik. Masukkan air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih, kiub pati ayam & butter. Gaul rata. Kemudian masak seperti memasak nasi biasa. Tujuan meletakkan butter supaya warna nasi kekuningan, sedikit berminyak & rasanya sodap!


Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
5 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar madu/gula melaka/gula apong (gula sarawak)

Cara-cara:
Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian perapkan dgn ayam selama paling kurang 2 jam. Lagi lama lagi sebati bahan2 perapan masuk ke dalam ayam. Selepas itu goreng ayam seperti biasa. Sedia utk dihidangkan bersama nasi ayam.


Sup Ayam Berempah
Bahan-bahan:
500 gram bahagian tulang2 ayam (bhgn kaki, kepak dsbnya)
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kari
Rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & kiub pati ayam maggie
Air
Minyak

Sayur-sayuran
2 biji kentang (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
2 btg saleri (hiris menyerong)
1 batang karot (hiris menyerong)

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-cara:
Rebus ayam dalam periuk (air rebusan itu juga boleh diambil utk membuat nasi ayam). Tumbuk bawang putih & halia. Kisar ketumbar & jintan. Tumis semua bahan2. Masukkan rempah tumis & akhir sekali serbuk kari. Tumis hingga garing. Terus masukkan ke dalam rebusan ayam. Tunggu sehingga ayam empuk baru masukkan kentang, saleri & tomato. Hiaslah dgn bawang goreng & daun bawang.


Sos Cili Nasi Ayam
Bahan-bahan:
5-10 biji cili merah besar
5-10 biji cili padi (klu nk pedas boleh tambah)
3 biji limau kasturi (ambil sebiji kulit limau blender sekali dgn cili)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan cuka
Gula & garam

Cara-cara:
Kisar semua cili, bawang putih & halia. Perah limau kasturi, ambil jusnya & campur ke dlm cili. Masukkan cuka, garam & gula. Sesuaikan rasa masam, masin & manisnya. Sedia utk dihidangkan sebagai pencicah salad, timun & tomato.

Bahan tambahan lain utk nasi ayam:
Lettuce (salad)
Timun
Tomato

Set Lengkap Nasi Ayam

Alat Bantuan...

Hari Jumaat lepas (23.11.07), peralatan dari Kuching Sarawak sampai... Seronoknya akak! Yg paling bestnya Buku Kek Lapis Sarawak, Rabiah Amitpun ada sekali... anak buah beli 2 jilid. Ada lagi.. acuan penekan kek, acuan penekan zigzag, pemotong kek lapis pelbagai saiz, acuan semperit & acuan biskut... Terima kasih yg tak terhingga buat kakak iparku yg tersayang, Puan Jamilah yg baik & understanding sgt dan buat anak buah yg sangat disayangi & tersgt le hensem Syed Rosley... (hehehehe..mesti dia kembang hidung lepas ni...)

Buku Kek Lapis Sarawak, Rabiah Amit... pereka Kek Lapis Sarawak yg terkenal.

Acuan, penekan & pemotong kek pelbagai saiz..

Saturday, November 24, 2007

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka ni mmg kuih fav. akak dari dulu lagi... Dulu masa kt Msia tak pernah terfikir nak buat.. ye le benda selalu ada jual di gerai2 & pasar malam... jd tunjuk je le... skrg mau tak mau kena buat jugak bila teringin sgt nk makan.. Dah berkali2 buat... Resipi nanasham dlm myresipi.

Resipi nanasham

Thursday, November 22, 2007

Juadah Harijadi...

Sempena harijadi big boss hari ni.. akak buat le kek harijadi berbentuk hati... cuba2 untuk mendeco sendiri kek tersebut. Kek dari blog Mat Gebu iaitu Cocopandan Cake. Butter Icingnya dari blog Kak E, ... terima kasih byk2 Mat & Kak E menjadi bahan rujukan. Juga terima kasih yg tidak terhingga kepada Rozie sbb meminjamkan nozzle utk akak mendeco kek.. Nozzle yg akak order smpi skrg msh belum sampai2.. sabar je le... hehehehehe

Senarai menu:
Cocopandan Cake (Mat Gebu),
Icing (Kak E),
Pulut Kuning (resipi Kak E dlm myresipi.com),
Pizza,
Sos Pizza (blog Noreen, resipi asal Kak Nis)
Rendang Ayam

Sebenarnya malu sgt nk tunjuk tau..tp takpe utk rujukan sendiri juga nti...

Resipinya: Mat Gebu

Butter Icing (Kak E)

Bahan-bahan:
250 gram butter
150 gram shortening
250 gram gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara:
Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata..

Pulut Kuning
Pulut Kuning Kak E
Terima kasih kak E, resepi pulut kuning dah 2 kali saya buat. Hariraya lepas & birthday bb hari ni.. sedap sangat. Cuma saya tambah asam keping ketika merendamnya supaya berkilat.


Rendang Ayam Pedas

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:
Potong ayam ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Pizza
Bahan-bahan: (2 pan pizza sederhana besar)
300 gram tepung gandum/tepung roti
200 ml air
15 gram gula
4 gram yis
25 gram shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker. Pilih menu dough. Setelah selesai, keluarkan & tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Rehatkan sebentar selama 10 minit. Kemudian canaikan & masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garpu.

Topping:
200 gram daging/ayam mince
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit nenas (dihiris nipis & kecil2)
Sedikit capsicum merah, hijau & kuning
Garam & gula
1 sudu teh oregano
1/2 buku cheese cheddar (parut kasar)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging mince. Masak hingga daging empuk & airnya kering. Masukkan garam & gula.

Penyediaan Pizza:
Oleskan sos ke atas pizza. Letakkan daging yg telah digoreng tadi di atas. Taburkan nenas, capsicum, oregano cheese ke atasnya. Sedia utk dibakar pada suhu 200C selama 10-15 minit.



Sos Pizza

Bahan-bahan:
1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tin chopped tomato
8 oz sos tomato
6 oz tomato paste/tomato puree
Garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi. Masukkan semua jenis tomato, oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering. Biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan ke atas pizza.

Resipi Noreen (asal Kak Nis). Tq Noreen & Kak Nis.

Wednesday, November 21, 2007

Happy Birthday Yati & Ann

Semalam (20.11) harijadi Princessharyati & hari ini (21.11) pulak birthday Dr Raihan (Ann). Sorry le akak tak sempat nk buat kek sbb esokpun birthday my beloved hubby.. sibuk sikit.. konon2 nk buat kek utk dia. Jadi akak guna kek birthday anak2 akak yg lepas... sorry ye Yati & Ann... Inipun akak buat edit tergesa2.. coz nk buat birthday kek utk hubby lepas ni..

Semoga panjang umur, murah rezeki & berbahagia hingga akhir hayat bersama suami & anak2 yg dicintai.... Aminnnnnn...

Mee Hailam

Mee hailam ni hubby yg masak.. dia kalau part buat mee mmg tabik spring kat dia.. akak kureng sikit.. selalu klu nk makan apa jenis mee.. mesti dia yg kena buat. Ini mee hailam versi ada kuah sikit.

Bahan-bahan:
400gram mee kuning
100gram daging/ayam
1 sudu makan cili kering kisar
4 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cendawan
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap pekat masin
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ikat daun sawi
Sedikit kiub pati ayam maggie
Sedikit garam (jgn terlalu byk sbb dh guna kicap)
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Daging/ayam dipotong kecil2 (nipis), bersih & toskan. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Sediakan kuali, masukkan minyak. Tumis cili kisar & bawang. Tunggu sehingga naik bau. Masukkan daging, gaul rata. Tutup kuali supaya daging cepat empuk. Masukkan semua sos. Kemudian barulah masukkan kicap & bahan2 perasa. Masukkan sayur sawi. Akhir sekali barulah masukkan mee kuning. Tambah air sedikit supaya ada kuah yg pekat. Boleh dihidangkan bersama cili potong, perahan jus lemon & kicap cair. Makan ketika panas2.

Monday, November 19, 2007

Nasi Minyak Hujan Panas

Semalam (Ahad) ada tetamu yg datang ke rumah. Hubby suruh le masak apa2 yg senang nak masak tetapi menyelerakan. Jadi akak pilih menu yg selalu akak buat bila kawan2 bangsa asing hubby datang berkunjung.

Menu hari ini:
Nasi Minyak Hujan Panas

Ayam Masak Merah

Kari Daging Lembu
Jelatah Nenas & Timun

Fruit Coctail & Cream Custard (desert)


Nasi Minyak Hujan Panas
Resipinya di sini


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit (utk menggoreng ayam)
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan susu cair
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
Sedikit daun bawang

Cara-cara:
Potong ayam, bersih & toskan. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sehingga setengah masak & ketepikan. Tumbuk/kisar halia, bawang merah & bawang putih. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi utk menumis, anggaran dlm 1/2 cawan. Tumis semua cili kisar & bahan2 tumbuk tadi. Tumis sebentar, kemudian masukkan rempah tumis. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili & sos tiram. Gaul hingga naik bau. Masukkan susu cair, garam, gula, kiub pati ayam & serbuk perasa. Biarkan sebentar. Barulah masukkan ayam, balik2kan hingga sebati. Masak sekejap, masukkan bawang besar, tomato & daun bawang. Akhir sekali barulah masukkan kacang peas. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak hujan panas.

Nota: Ayam masak merah versi kak pah ni memang tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja. Sebab itulah ketika menumis minyaknya agak banyak.


Jelatah
Jelatah (acar mentah) ni, hubby yg buat. Dia memang suka sangat jelatah ni.. hampir setiap minggu dia buat.

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 inci halia
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3-5 biji cili merah/hijau/cili padi
2 sudu besar jus lemon
Garam & gula
1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk kasar)

Cara-cara:
Potong timun & nenas ikut suka. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, halia & cili. Gaulkan semua bahan hiris dgn timun & nenas. Masukkan jus lemon, garam & gula. Akhir sekali masukkan kacang goreng yg telah ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama nasi minyak hujan panas.

Kari Daging Lembu
Resepi ini sudah ada.
Di sini

Fruit Coctail & Cream Custard
Bahan-bahan:
1 tin fruit coctail
1 tin cream custard (akak guna jenama Ambrosia)
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul rata supaya cream custard tidak berketul. Masukkan dlm gelas atau mangkuk kecil yg sesuai. Hias dgn buah strawberry, anggur, kiwi atau apa saja buah2an yg disukai.

Sunday, November 18, 2007

Nasi Dagang

Akhirnya projek buat nasi dagang yg dah tertangguh beberapa minggu dapat juga dibuat semalam. Tp buat sendiri je. Alhamdulillah berjaya jugak akak buat nasi dagang untuk pertama kalinya. Masa tinggal di Ulu Bernam, Selangor dulu akak pernah belajar kt satu akak dari Kelantan yg mak dia berniaga nasi dagang. Tp dh lama sangat, ingat2 lupa dah. So akak belek2 blog2 member yg lain seperti Jo ayee, Kak E & Mesra.net... Lebih kurang sama juga dgn apa yg akak belajar dulu. Jadi akak gabungkan semuanya sekali... nasi dagang Kelantan & Trengganu... Jgn marah ye org Klate & Trengganu kalau salah.... amponnnn! Terima kasih Jo & Kak E kerana jd bahan rujukan saya.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut
200ml santan pekat
200ml santan cair
1 sudu teh halba
1 inci halia (hiris nipis)
4 biji bawang merah (hiris nipis)
1 sudu teh garam

Cara-cara:
Beras basmathi & beras pulut disatukan. Rendam semalaman. Keesokannya basuh & toskan. Sediakan pengukus. Kukus nasi dalam pengukus hingga setengah masak. Angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula hingga masak. Angkat lagi dan gaulkan dengan santan pekat, garam, bawang merah, halba & halia. Kukus sekejap lagi sehingga bawang & bahan2 lain layu sedikit.


Gulai Lemak Mackerel

Bahan-bahan:
2 ekor ikan mackerel
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
1/2 kiub pati ikan bilis maggie
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:
Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.
Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam, gula, kiub pati ikan bilis & serbuk perasa (jika suka). Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.


Sambal Goreng Kelapa
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut (putihnya sahaja, kulit hitam buang)
(tp kat sini akak guna kelapa kering & gaulkan dgn 3 sudu besar santan pekat)
50 gram udang kering
3-5 biji cili hijau/merah/cabai burung/cili padi
4 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar
1 batang serai
Garam & gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Kisar udang kering. Bawang, serai & cili dikisar sekali. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang, serai & cili tadi. Biar sekejap, baru masukkan udang kering. Masukkan kelapa. Goreng sebentar hingga agak kering & garing. Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasa. Angkat & bolehlah hidangkan bersama nasi dagang.


Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (buang empulurnya)
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara:
Potong timun ikut suka. Hiris nipis bawang besar & cili hijau. Larutkan cuka bersama garam & gula. Kemudian campurkan dengan timun. Gaulkan hingga rata. Sedia utk dihidangkan bersama nasi dagang.


Set Nasi Dagang.

Saturday, November 17, 2007

Banana & Strawberry Smoothie

Smoothie ni anak2 dara akak yg dua orang tu yg buat (shasha & nana).. dgn pertolongan ayahnya. Dia org dapat dr Majalah Bratz yg dibeli hari tu... Senang je nak buat smoothie ni... budak2pun boleh buat...

Bahan-bahan:
1 biji pisang
3 biji strawberry
1 cawan susu segar
1 cawan ice cream perasa vanilla
1 sudu besar gula
Ketulan ais (jika suka)

Cara-cara:
Kisar semua bahan2 dalam blender. Masukkan dlm gelas yg sesuai. Letakkan ketulan ais jika suka. Disebabkan kat sini sekarang sejuk, anak2 tak mau letak ais, minum camtu aje... tp kalau kt Msia..wajib kena letak batu ais baru yummyyyyy...

Friday, November 16, 2007

Mee Jawa Perantau

Teringin betul nak makan Mee Jawa. Sepatutnya kena ada tauge & sayur sawi, tauhu goreng & fish cake. Tapi kat sini takyah le nak lengkap sangat. Terus menyelongkar peti ais, konon2 nak cari le apa2 je bahan yg diperlukan, tp takde le pulak. Nak suruh cik abe beli, kena tunggu lagi!. Akak terus ubah menu masukkan brokoli & kobis bunga...hahahaha...jadi le mee jawa ala mat salleh. Janji dapat makan mee jawa buatan sendiri.

Bahan-bahan:
600 gram mee kuning
200 gram daging
100 gram udang kering
2 biji ubi keledek (sederhana besar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air rebusan daging (2 liter)
Garam, gula & serbuk perasa
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung (campur dgn sedikit air)
Minyak utk menumis

Bahan sampingan:
4-5 biji telur rebus
100 gram kobis bunga
100 gram brokoli
3 biji cili hijau/merah
Limau/lemon

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Air rebusan daging dijadikan stok. Ubi keledek direbus hingga masak, kemudian dilenyekkan hingga hancur. Kisar udang kering. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm periuk. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering dan tumis sebentar sehingga agak kering. Masukkan ubi keledek yg telah dilenyek tadi. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Tunggu sehingga mendidih barulah masukkan tepung jagung. Akhir sekali masukkan garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa (jika suka). Tunggu sehingga kuah agak pekat sedikit. Tutup api.

Penyediaan:
Mee kuning dicelur sebentar, kemudian angkat & toskan. Daging yg telah rebus tadi dipotong nipis2. Celur brokoli & kobis bunga (masukkan sedikit garam & minyak masak supaya warna hijau brokoli nmpk sejar & cantik). Belah dua telur yg telah direbus tadi. Hiris nipis cili hijau/merah. Potong limau/lemon.

Masukkan sedikit mee kuning ke dalam mangkuk. Letakkan daging, telur rebus, sayur, cili & perah limau di dalamnya. Kemudian curahkan kuah di atasnya. Sedia utk di makan ketika panas2...


Thursday, November 15, 2007

Dalca Tulang Rusuk

Selalu buat dalca guna ayam & daging saja. Kali ini akak cuba pulak buat dalca guna tulang rusuk. Kat sini kalau beli tulang rusuk bukan tulang yg banyak, tp daging yg terlebih banyak beserta dgn lemak daging sekali. Kalau buat sup tulang memang sodap. Kadang2 jenuh nk cari tulangnya sebab sikit sangat. Jadi dah selalu sangat buat sup, kali ini nk cuba pulak buat dalca.


Bahan-bahan:
500 gram tulang rusuk
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Sayur-sayuran:
3 biji terung
2 biji kentang
10 urat kacang panjang
1 batang lobak merah
2 biji tomato

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Ambil sekali tulang2 & lemak pada daging. Cuci & toskan. Potong sayur-sayuran ikut suka (akak suka potong secara memanjang, kentang & tomato dibelah 4). Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih. Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau. Masukkan rempah tumis. Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar. Terus masukkan daging & tulang. Masukkan air & tutup periuk. Biar daging & tulang empuk dahulu barulah masukkan santan & air asam jawa. Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi. Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato. Biar mendidih sebentar. Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Sesuaikan rasa, angkat & bolehlah dihidangkan. Sesuai dimakan dgn nasi putih, nasi minyak atau roti canai.

Mangga... buy 1 get 1 free

Ini le rupanya buah mangga yg ayah beli semalam kat Bangla Bazaar. Ayah saja beli satu masak & satu lagi mentah... cadang yg mentah tu nk buat kerabu kot... Yang bestnya beli 1 dpt 1 lagi percuma. Nak tau berapa harga 2 biji mangga tu? Harganya ₤1.74 (RM12.18). Kalau le kat Msia mangga harga tu, takde sapa nk beli. Kat sini apa boleh buat, kena beli jugak... sebab nk makan!

Daging Lada Hitam

Daging masak lada hitam versi kak pah ni takde campur sayur macam Mat G punya. Hanya daging lembu sahaja. Ini versi paling simple je...


Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang
1 sudu besar lada hitam biji
1 sudu besar sos tiram/sos cendawan
3 sudu besar sos lada hitam
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
Minyak utk menumis
Sedikit air

Cara-cara:
Potong daging nipis2, bersih & toskan. Kisar lada hitam (jgn terlalu halus, biar kasar2). Tumbuk bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang sekejap, kemudian masukkan lada hitam. Masukkan daging, balik2kan supaya rata dan biar sekejap sehingga air daging agak kering sedikit. Masukkan sos tiram & sos lada hitam. Tutup kuali sebentar sehingga daging empuk. Tambah air sedikit jika kuah terlalu pekat. Masukkan garam, gula & serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yg telah dimayang tadi. Sesuaikan rasa. Angkat & boleh le dihidangkan.

Monday, November 12, 2007

Masak Lemak Labu & Kacang Panjang

Semalam pergi supermarket Morrison, di Barnsley... ternampak le labu, comel je..kecik lagi tu... terus teringat kata2 Rozie tentang masak lemak labu.. terus beli. Kebetulan kt rumah ada kacang panjang hubby beli kat kedai arab.. terus buat... makan dengan ikan talang masin & goreng ikan salmon trimmings cicah dgn air asam & ada satu menu lagi sambal belacan... fuyooooo... terangkat, tak sedar makan 2 pinggan. Tq Rozie bagi daun kunyit...


Bahan-bahan:
1/2 biji labu (sederhana besar)
10 urat kacang panjang
4 biji bawang merah (1/2 biji bwg besar)
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering
Sebesar ibu jari belacan (dibakar)
1 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (simpul)
1 sudu besar cili kering kisar
1 cawan santan pekat
Sedikit kiub pati ikan bilis maggie
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Kupas labu, potong dadu & bersihkan. Kacang panjang dipotong ikut suka. Tumbuk, bawang merah, bawang putih, udang kering & belacan.
Masukkan minyak dalam periuk/kuali, bila minyak panas tumis cili & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan serai & daun kunyit. Lepas itu masukkan santan pekat. Biar mendidih dahulu baru masukkan labu. Tutup sekejap periuk/kuali, tambah air jika terlalu pekat. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis, gula & serbuk perasa jika suka. Biar sekejap, tutup api. Sedia utk dihidang bersama nasi panas!

Friday, November 9, 2007

Roti Canai & Kari Daging Lembu

Projek membuat roti canai & kari daging lembu semalam. Roti canai resipinya belajar dari kakak ipar di Kuching, Sarawak.

Bahan-bahan:
Roti Canai:
500 gram tepung gandum
250 ml air (kalau pekat tambah air)
1 biji putih telur
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh garam
Margerin/butter secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali margerin/butter ke dalam breadmaker. On dough. Tunggu sehingga selesai diuli. Apabila selesai diuli, keluarkan. Bulat2kan dough menjadi lebih kurang 15 biji. Selepas itu lumurkan semua doh dengan margerin/butter sehingga menutupi setiap doh dan menjadi berminyak. Biarkan doh semalaman. Esoknya barulah dicanai.

Untuk mencanai roti ni senang je, ambil tray/talam yg agak besar, letakkan butter/minyak di atasnya. Ambil sebiji doh, tepek di atasnya, kemudian tarik di setiap bahagian tray (akak tak reti nak menebar mcm tukang buat roti canai tu..hehehehe). Kemudian ambik satu bahagian bucu roti canai tu, tarikkan.. kemudian buat macam sanggul (tak reti akak nk explain). Buatlah begitu sehingga hbs semua doh. Setelah itu doh yg mcm sanggul tadi ditepek sekali lagi menjadi bulat. Bila nak menggoreng, minyak utk menggoreng tu hendaklah dicampurkan dgn sedikit mentega/butter supaya roti canai garing & gebu. Setelah digoreng hendaklah roti canai tersebut ditepuk2 berulang kali dengan menggunakan kedua belah tangan (buat mcm penampar jepun..hehehehehe).

# Bagi yg tak ada breadmaker, boleh uli semua bahan menggunakan tangan seperti biasa.


Kari Daging Lembu

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
5 biji bawang merah (bawang besarpun boleh, 1/2 biji)
3 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk cili
5-6 sudu besar serbuk kari (akak guna kari adabi+kari pakistan)
2 inci halia
2 sudu makan kerisik
100 ml santan pekat (akak kurangkan santan, sebab sudah ada kerisik)
3 biji tomato (dicincang halus)
2 biji kentang (dibelah 4)
Rempah tumis (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Bersih & toskan. Kisar bawang merah, bawang putih & halia. Sediakan kuali & masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak panas, baru masukkan cili kisar & serbuk cili, biarkan sekejap. Masukkan rempah tumis, gaul rata. Masukkan bahan2 kisar dan tomato, gaul sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, gaul sekejap dan masukkan kerisik. Kemudian barulah masukkan daging lembu, balik2kan sehingga rata semuanya, biarkan sekejap sebelum masukkan air kedalamnya. Biar sehingga daging separuh empuk, baru masukkan santan pekat & air asam jawa. Akhir sekali masukkan kentang. Tutup kuali & biar mendidih. Masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Bila daging betul-betul empuk barulah diangkat & dihidang panas. Makan dgn roti canai, roti & nasi.

Wednesday, November 7, 2007

Pasta Berkuah


Bahan-bahan:
1 bungkus pasta (pasta vermicelli)
1 botol sos pasta
300 gram daging/ayam mince
1/2 biji capsicum merah (dihiris memanjang)
1/2 biji capsicum kuning (dihiris memanjang)
1/2 biji capsicum hijau (dihiris memanjang)
1/2 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 tin cendawan butang (belah 4)
3 biji tomato (dicincang kasar)
1 sudu teh oregano
1/2 Kiub pati ayam maggie
Garam & gula
Sedikit cheese cheddar (diparut)
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Rebus pasta dengan sesudu makan garam & sedikit minyak dalam periuk yg telah mendidih airnya. Tunggu sehingga pasta lembut sebelum mengangkatnya. Kemudian toskan air.

Untuk kuah/sos:
Masukkan minyak dlm periuk. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam/daging mince, gaul dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Masukkan pulak sos pasta. Kemudian masukkan cendawan butang & tomato. Masak sebentar. Masukkan semua capsicum. Biar mendidih sebentar, tambahkan air jika terlalu pekat. Akhir sekali masukkan bahan2 perasa seperti oregano, kiub pati ayam, garam & gula. Tutupkan api dan taburkan cheese cheddar ke dlm sos/kuah.

Cara penyediaan:
Dalam mangkuk yg sesuai, sendukkan sedikit pasta. Letakkan kuah/sos di atasnya. Taburkan cheese cheddar jika suka.

Info tentang Pasta

Types of Pasta

Name of Pasta

Description

acomo pepe

Italian for "peppercorns", they look like tiny bead-shaped pasta.

cannelloni

Meat-filled tubes of pasta cooked in oven.

Capelli d'angelo

Angel Hair pasta

capellini

From the Latin "capelli" for "hair", capellini is very thin round pasta strands. It is only slightly thicker than angel hair, our thinnest long shape.

conchiglie

Shells, called "conchiglie" in Italian, there are many sizes of these seashell-shaped pastas.

cavatappi

Tubular corkscrew or spiral shaped pasta about 1-inch long, native to southern Italy.

farfalle

"Butterflies" in Italian; medium-sized pasta with a crimped center and pinked edges to form the shape of a bow tie. Bow Ties made in the Italian style are egg-free, while some versions contain egg.

fettucine

"Little ribbons" in Italian, this shape originated in Rome. These flat wide pasta strands are made in egg and egg-free versions. Fettuccine is classically paired with Alfredo Sauce, a rich cream sauce with Parmesan cheese.

fusilli

Hollow corkscrew or spiral shaped pasta about 8-inches long.

gemelli

"Twins" in Italian, this medium-sized shape resembles two short pieces of tubular spaghetti twisted together.

gnocchi

Small dumplings made from potato and flour or from semolina.

i gomiti

Short curved tubular pasta in a semi-circle shape.

lasagne

America's favorite baking shape, some culinary authorities think the name comes from Vulgur Latin "lasania", meaning "cooking pot". Lasagne are ripple-edged strips about 2-1/4-inches wide and 10-inches long. The dish, lasagne is layers of pasta, meat sauce and b├ęchamel sauce.

linguine

"Little tongues" in Italian, this narrow, flat pasta is a specialty of southern Italy. It is frequently paired with white or red clam sauce.

mostaccioli

Italians describe mostaccioli as "little mustaches". They are diagonally cut tubular shapes similar to penne, but larger. Mostaccioli has a smooth surface; Mostaccioli Rigati has a ridged surface.

penne rigate

From the Latin for "feathers" (reminiscent of old-fashioned quill pens) they are diagonally cut tubular shapes with ridged surfaces.

radiatore

"Radiators" in Italian, these are short chunky ruffled shapes that add great eye appeal to any dish.

rotelle

Corkscrew or spiral shaped pasta, about 1-1/2-inches long.

ravioli

Pasta cushions filled with meat or spinach - spinaci

rigatoni

Large ribbed tubes about 1-1/2-inches long.

rotini

Corkscrew or spiral shaped pasta, about 1-1/2-inches long.

spaghetti

From the Italian word for "strings"; these round thin strands are our most beloved pasta shape.

tagliatelle

Thin strips of ribbon pasta.

tortellini

Little pasta 'hats' with meat filling.

trenette

long narrow strips of pasta

vermicelli

From the Latin "verme" for "worms", vermicelli is round thin pasta strands that are thinner than spaghetti.

ziti riigati

Medium-sized tubular pasta about 2-inches long and slightly curved. This classic Southern Italian pasta means "bridegrooms"; it is often served at Sicilian weddings. Ziti Rigati has a ridged surface, while regular ziti is smooth.

Nasi Goreng Sardin Kak Pah


Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi sejuk
1 sudu besar cili kering kisar
3 ekor ikan sardin dlm tin
4 biji bawang merah (boleh guna bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub pati ikan bilis maggie
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Gaul nasi sejuk dengan garam terlebih dahulu. Hancurkan ikan sardin dalam mangkuk kecil. Tumbuk bawang merah & bawang putih.

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis cili kisar, gaulkan sebentar. Masukkan bawang merah & bawang putih. Gaul sekata hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Lepas itu masukkan ikan sardin. Masak sebentar sehingga agak kering. Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis maggie. Masukkan nasi, gaul rata. Balik2kan nasi hingga sebati. Sedia untuk dihidang ketika panas. Yummy...

Monday, November 5, 2007

Kek Gulung Lemon

Resipi Yani dari Myresipi.com. Selalu buat utk anak2. Sedap sangat & senang penyediaannya.

Bahan-bahan:
Kek:
3 biji telur (asingkan kuning & putih)
70 gram gula halus
1 biji kulit lemon (diparut)
55 gram tepung gandum (ayak)
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar minyak jagung

Krim:
100gram philadelphia cream cheese
20gram gula halus
1 sudu besar jus lemon
100ml fresh cream/single cream

Cara-cara:
Guna oven tray @ dulang yg agak lebar & besar utk membuat kek gulung ini. Alas dulu dasarnya dengan baking paper. Panaskan oven dengan suhu 160C.

Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil terus dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yg telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak.

Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 20-30 minit. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digulung.

Krim:
Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim & tidak berketul. Bila kek dan sejuk. Letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.

Mee Udang

Resepi Mat Gebu yg diambil dr MyResipi. Cuba minggu lepas. Mat.. mmg sodap bangat. Lepas ni mesti menjadi menu family le pulak...

Bahan Untuk Stok Udang:
1 kg udang sederhana besar (kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya)
1 batang saleri (potong besar2)
1 batang lobak merah (potong besar2)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:
3 camca besar cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
Gula
1 kiub pati ikan bilis maggie
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sambal:
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 - 3 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
Mee kuning dan Bihun secukupnya
4 - 5 biji telur rebus (belah 2)
Taugeh, dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Limau kasturi/Lemon

Cara-cara:
Stok Udang:
Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 2-3 liter air dan masukkan batang saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan ketepikan jusnya & hampasnya dibuang.

Kuah:
Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Tuang lebih kurang 1/2 cawan minyak gorengan udang tadi dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng sebentar, kemudian masukkan bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang stok udang dan jusnya tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ikan bilis maggie, gula, biar mendidih. Sesuaikan rasa masin, manis & serbuk perasanya.

Sambal:
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Masak sambal hingga garing dan naik bau.

Penyediaan Mee:
Celur bihun hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan perah limau kasturi/lemon. Sudukan sambal ke dalam mee. Sedia utk dingapppp...

Friday, November 2, 2007

Kek Lapis Holiday Inn

Kek lapis ni semua projek masa raya baru2 ni. Kek ni paling senang nk buat kerana cuma satu adunan sahaja. Untuk membuatnya cuma lapis satu demi satu je, tak payah dicorak2kan. Budak2 amat menggemarinya sebab ada milo & horlick.

Kek lapis holiday inn. Maaf gambar tak berapa elok..

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
1 gelas gula kastor
500 gram butter (2 buku)
1 botol kecil horlick
1 tin kecil susu pekat manis
3 gelas tepung biskut merie (biskut merie diblender menjadi tepung)
1 tin kecil milo

Cara-cara:
Pukul mentega dengan gula hinnga kembang & putih. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung biskut merie dan susu pekat manis. Gaul rata dan sekata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak.

Satu bahagian masukkan horlick, gaul sehingga horlick menjadi sebati dengan adunan. Satu bahagian lagi masukkan milo, juga digaul sehingga sebati.

Sediakan acuan berukuran 81/2 x 81/2 x 3 inci. Masukkan adunan milo dahulu sebanyak 2-3 senduk. Bakar dengan kepanasan 150C dengan api bahagian atas sahaja. Bila sudah 3/4 masak, angkat dan lapiskan dengan adunan horlick kemudiannya sebanyak 2-3 senduk juga. Bakar lagi. Buat le begitu sehingga semua adunan habis. Lapisannya hendaklah sama banyak supaya setiap lapisan menjadi sama saiznya.

Peringatan:
Bahagian lapisan yg terakhir sekali barulah guna api bahagian bawah & atas sekali.

Thursday, November 1, 2007

Lapis Pandan (Pandan Layer)

Resepi ini diceduk dari resepi Mat Gebu dalam MyResipi.com. Pertama kali mencuba & nampaknya sukses. Walaupun kastad agak lembut sedikit kerana dekat sini takda tepung hoen kwee, jadi akak bantai je tepung gandum biasa. Nanti nak cuba lak campur dengan tepung kastad sikit. Lihat macamana hasilnya pulak.


Lapis pandan yg telah diletakkan dengan krim pandan.

Bahan-bahan Utk Kek:
5 biji telur
120 g gula (dikurangkan gula dari 160 gram, hubby & anak2 tak suka manis)
125 g tepung gandum
1 camca teh baking powder(satukan dgn tepung dan diayak)
75 g minyak jagung
1 sudu besar ovalet
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar
Cara-cara:
Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata hingga sebati. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam acuan berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas kek.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30-45 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Potong bahagian tepi kek sebanyak 1 inci supaya menjadi lebih kecil dr acuan iaitu menjadi 7”x7”.

Bahan-bahan Utk Kastad:
1050 g santan (400ml santan pekat dlm tin + air)
180 gram gula (Inipun dikurangkan juga dari 225 gram)
10 gram vege gelatin (resepi asal jelly)
1 camca teh pes pandan
100 g tepung hoen kwee (akak guna tepung gandum je, takde tpg jenis ini kat sini)
75 ml air 1 sudu teh garam
Cara-cara:
Satukan semua bahan2 untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak di atas air mendidih (double boiler), kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
Cara Untuk Keseluruhan Kek:
Gunakan acuan berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastad dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1-2 jam. Keluarkan kek dari acuan dan tabur dgn kelapa kering. Kalau suka tuangkan krim pandan di atasnya.

Krim Pandan:
1 tin susu cair
1/2 tin carnation light cream
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh pes pandan
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Pukul sedikit sehingga telur, gula, pes pandan & krim sebati dan tidak berketul. Tapis jika perlu. Masukkan dalam periuk. Kacau jangan berhenti dengan api yg perlahan sampai pekat.