Thursday, March 27, 2008

Ketam Goreng Tepung

Resepi paling simple & senang nak buat... tambah lg kalau dapat ketam fresh... fuyoooo... lagi terangkat!


Ketam Goreng Tepung

Bahan-bahan:
1kg ketam
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 cawan tepung gandum
Garam & serbuk perasa (jika suka)
Minyak yg byk utk menggoreng (guna deep fryer lg bagus)

Cara-cara:
  • Bersihkan ketam, potong kepada 2 bahagian. Toskan.
  • Kisar bawang merah & bawang putih. Gaulkan bawang, serbuk kunyit, serbuk kari, garam & serbuk perasa. Perapkan sekejap.
  • Sebelum digoreng, gaulkan dahulu dgn tepung gandum. Goreng hingga kekuningan.
  • Angkat & boleh ler dihidangkan.

Soto Daging lagiii...

Resepi ulang tayang... entah dah berapa kali buat... cuaca sejuk kat sini memang sedap sangat klu dapat makan sup panas-panas... yummy! Disebab resepi sudah ada... akak cuma letakkan resepi pegedil daging sahaja di sini.




Pegedil daging ni hasil penjelajahan ke blog kak nis nun jauh di singapore... terima kasih ye makdaro kerana bagi resepi yg sodap banget!


Pegedil Daging


500 gram kentang (kupas, cuci & potong)
200 gram daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun ketumbar (cincang)
2 tangkai daun bawang (cincang)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur (pukul sikit)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Kentang direbus hingga empuk, lecek2kan ketika masih panas. Gaulkan semua bahan2 bersama kentang kecuali telur & minyak. Bulat2kan adunan & leperkan sedikit. Celup ke dalam telur sebelum digoreng dlm minyak yg panas. Angkat bila kekuningan. Sedap dimakan bersama soto atau dicicah dgn sos begitu sahaja.



Monday, March 24, 2008

Keropok Lekor

Tengok dlm blog Jo ada keropok lekor, dalam blog ctnikpun ada jugak... tak boleh jadi ni kena buat jugak.. sebab lama benor tak makan keropok lekor sejak smpi sini... tp bkn akak yg buat tau... ini cik abe (hubby) punya projek dr awal hingga akhir... dah cuba 2 jenis ikan iaitu ikan kembung & herring... tp ikan herring lebih sedap lg... Disebabkan ramai yg dah tau resipi ni tak payah ler akak letak ye... akak cuma letak resipi macamana nak buat sos pencicah keropok lekor ni... inipun resipi dr hubby jugak.

Keropok lekor setelah direbus & sebelum digoreng.

Keropok lekor setelah digoreng & sosnya sekali.

Sos Keropok Lekor

Bahan-bahan:
1 senduk cili kering kisar
2 sudu besar gula (agak2 ler...)
Sedikit gula apong/gula melaka
1/2 cwn air asam jawa
Garam
Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis cili kering hingga naik bau. Masukkan gula, garam & gula apong/gula melaka. Masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Biar hingga mendidih & sedikit pekat. Sedia utk dicicahkan dgn keropok lekor.


Ikan Bawal Bersos Thai

Tengok dlm blog Abe Mat Gebu ada resipi ni.. terus cuba buat sbb bahan2 semua ada... memang sedap dgn rasa masam, manis, pedasnya... dan rasa daun limau purut menambahkan lagi aromanya...



Sunday, March 16, 2008

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Resepi asal oleh Alma@myresipi.com. Entah dah berapa kali buat.. mmg selembut & segebu namanya...



Kek sebelum dipotong.

Bahan-bahan :

Bahan A:

250g cream cheese (akak guna philadelphia cream cheese)

50g butter

100ml susu segar

6 biji kuning telur

1 sudu besar jus lemon

1/4 sudu kecil garam

60gram tepung kek/tepung superfine

20gram tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140g gula halus

6 biji putih telur

3/4 sudu kecil jus lemon


Cara-cara

  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur & jus lemon, sampai kembang (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg sudah gebu & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  • Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara waterbath, pd 160C.
  • Lepas letak adunan dlm tin kek, balut bwh hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminium foil (ni double protection agar air tak masuk terutama springfoam pan, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, lebih kurang tinggi tin kek tu, lepas tu letak dlm oven & bakar.

Udang Galah Masak Sos

Resipinya kemudian ye...

Kerang Rebus

Kerang rebus cicah kicap+cili+jus lemon


Wednesday, March 12, 2008

Nelayan Ke Laut...kehkehkeh...

Pada sabtu lepas sekumpulan nelayan (hehehehe... itu gelaran dia org sendiri ye...) pergi ke London utk memborong ikan & hasil laut... Mereka pergi ke kawasan nelayan di London (akakpun tak tau apa nama tempatnya)... Ada hasil yg dia org dapat yg masih segar (fresh) & ada juga yg dah dibekukan (tp beku tak lama).. Terima kasih kepada Abg Suzaili & Kak Azu, Sdr Babul & Sdr Tareeq yg telah menjadi pemborong pada hari tersebut & menjual hasil tangkapan mereka kpd kami yg amat dahagakan hasil laut yg agak fresh! Antara hasil yg mereka dapat seperti yg tertera di bawah:

Ikan bawal: dah hampir setahun tak makan ikan bawal...

Kerang: kerang kat sini lain sikit sbb isi kat dalam dia agak putih macam lala & amat manis isinya, masih segar lagi... agaknya kerangpun dah jd mat salleh kot... hehehehe

Udang galah: udang galah ni 2 ekor seberat 400gram... juga masih segar lagi...

Udang putih yg agak besar, juga segar lagi...

Udang putih, kecil sedikit dr yg kat atas tu.. segar juga.

Sotong yg telah dibekukan...

Ketam juga yg telah dibekukan...

Mussel.. dibekukan juga..

Setelah dekat setahun kita org kat sini baru jumpa ikan bawal & kerang... yg lain2 tu memang ada jual kat sini tp entah dah berapa lama duduk dlm freezer... satu lagi klu beli kat sini harga memang agak mahal... dapat beli borong mcm ni takde ler harganya berapi sgt.. kira berpatutan ler tu!


Ikan Terubuk Kukus

Sebab Princessharyati tanya resipi Terubuk Steam ni, akak letak juga kat sini resipinya ye... Selamat mencuba! Ikan terubuk boleh digantikan dgn lain2 ikan spt ikan bawal & ikan senangin.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan terubuk (sederhana besar)
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 biji bawang besar*
2 biji cili besar (merah/hijau)*
3 biji asamboi (jeruk dlm botol)
Sedikit lobak masin jeruk*
3-5 biji cendawan kering (rendam dgn air panas, hiris nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
Garam (jgn terlalu byk, sbb lobak & asamboi dah masin)
Serbuk perasa

* dimayang/dihiris

Cara-cara:
  • Buang sisik, perut & insang ikan terubuk. Bersih & toskan. Kelar2kan kedua2 bahagian ikan.
  • Sediakan bekas tahan panas.
  • Masukkan semua bahan2 hiris (klu boleh taburkan juga di atas bekas tahan panas sebelum meletakkan ikan, jd kedua2 bahagian ikan akan terasa bahan2nya).
  • Masukkan lobak masin & cendawan kering.
  • Asamboi dihancurkan sedikit dgn tangan, masukkan bijinya sekali. Letak sos tiram, sos ikan, serbuk perasa & sedikit garam (klu tak masin, klu dah masin jgn letak).
  • Sediakan pengukus. Kukus selama 30 minit. Angkat & boleh dihidangkan ketika panas2.

Monday, March 10, 2008

Menu Untuk Tetamu...

Minggu lepas ajak Zamir (anak Abg Rosli & Kak Fadhilah) makan kat rumah... Ini ler antara menu yg dihidangkan bersama nasi putih... Alkisahnya Zamir ni sedang belajar lagi & tinggal di rumah seorg Ustaz berbangsa India muslim... so kat rumah ustaz tu dia selalu ler dihidangkan dgn pelbagai jenis masakan India yg kebanyakannya kari, capati, roti, nasi baryani dsbnya... kiranya dia memang jarang dapat makan nasi putih & lauk pauk ala2 Msia mcm orang2 melayu lain kat sini... Ibu & ayah dia pulak dah lama balik ke Msia sbb dah tamat belajar... dia sorg tinggal kat sini utk menghabiskan pengajian & untuk menamatkan pengajian tahfiz beliau... lepas ni InsyaAllah beliau akan jadi Al Hafiz... Alhamdulillah!

Terubuk Steam... disebabkan terubuk tu telalu besar, terpaksa ler akak potong dua.. tak muat tempat untuk mengukus...

Ikan cod masak sweet sour... Ini hubby yg buat...

Sayur campur (brokoli, kobis bunga, karot, daun bawang, cendawan)


Friday, March 7, 2008

Bendi Masak Kicap


Saja jer nak letak sayur bendi ni.. paling simple & senang nak buat... tak payah letak resepi ler ye..


Ikan Selar Rebus Asam

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar (apa saja jenis ikan yg sewaktu dgnnya)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesum
1/2 inci kunyit hidup (serbukpun boleh)
2 biji cili hidup (akak campur cili besar & cili padi)
1 batang serai
2 keping asam gelugur (asam keping)
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Tumbuk @ blend bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, & cili.
  • Serai dititik, bunga kantan dibelah dua.
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Masukkan semua bahan2 tumbuk, asam keping, bunga kantan, daun kesum & serai.
  • Biar sebentar sehingga bahan2 tadi masak. Masukkan garam & gula.
  • Masukkan ikan, tunggu sehingga ikan masak. Tutup api.

Tuesday, March 4, 2008

Serawa Pisang

Ada juga orang panggil Pengat Pisang... terpulang kepada negeri masing2.. tp org Swk panggil bubur pisang..hehehehe

Bahan-bahan:
5-6 biji pisang (ikut suka jenis pisang apa)
50gram sagu (agak2 ler)
3 sudu besar gula apong (sejenis gula Sarawak, boleh ganti dgn gula melaka dsbnya)
2-3 sudu gula (kalau tak manis tambah lg)
1 tin santan pekat (400ml)
Air secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
  • Masak santan pekat dalam periuk dengan menggunakan api yg perlahan.
  • Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Jgn biarkan santan menggelegak terlalu kuat sbb nanti pecah santan.
  • Masukkan daun pandan, gula apong (gula melaka), gula & secubit garam.
  • Pisang dipotong ikut suka (akak suka potong menyerong)
  • Cuci sagu kemudian toskan.
  • Tunggu hingga santan agak masak sedikit baru masukkan pisang. Biar sebentar.
  • Masukkan sagu & biar sagu masak baru tutup api.

Sambal Belacan

Saja je nak letak resepi sambal belacan ni.. semua org tau nak membuatnya... cuma kadang2 lain orang lain rasa sambalnya.. org kata ikut tangan org yg membuatnya... satu lagi ikut bahan yg digunakan.. kalau kami di Sarawak mmg terkenal dgn belacan Bintulu & Miri.. belacan ni paling sedap di Sarawak.. hargapun boleh tahan.. sampai mencecah RM30 sekilogram... Akak mmg bawa belacan ni ke mana saja akak menetap.. skrg family di Swk yg poskan ke sini (Sheffield)...


Bahan-bahan:
3 inci belacan Sarawak (org2 Swk tau ler belacan ni.. dr Miri/Bintulu)
(belacan hendaklah dibakar terlebih dahulu)
10-15 biji cili padi
2 biji cili merah besar
2 sudu besar jus lemon/limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

Cara:
Tumbuk/blend semua bahan. Sesuaikan rasa masin, manis & masamnya. Tambah air jika terlalu pekat. Sesuai dicicah dengan ulam-ulaman spt kangkong, timun, lettuce dsbnya.


Monday, March 3, 2008

Best Friend Award..from Kak E & S Shamen (Fidah)

Best Friends Award diterima dari Kak E & S Shamen (Fidah)... terima kasih banyak2 pada kedua2 sahabat kak pah ni... semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2... Untuk itu dengan rendah hati akakpun nak memanjangkan award ni buat semua sahabat2 lain yg akak telah linkkan dlm dapur akak ni.. di harap kalian semua sudi menerima award ni ikhlas dari kakpah...


Saturday, March 1, 2008

Award Dari Kak E

1 Top Mom Blogs dari Kak E... terima kasih banyak2 kak e, cayang dia.. muah, muah, muah.. Minta maaf sebab lambat ambik... Macam Kak E jugak, semenjak dua menjak ni sibuk memanjang... mengalahkan wakil rakyat yg nak bertanding pilihanraya ler pulak..hahahahaha...

Untuk itu kakpah nak ler jugak memanjangkan award ini kepada kawan2 yg juga telah menjadi ibu... sesiapa sahaja kawan yg telah akak linkkan dalam blog ni yg telah menjadi seorang ibu diharap sudi menerima award ini...