Monday, April 28, 2008

Tempoyak Goreng Udang...

Buat tempoyak goreng ni sbb ternampak dlm blog Edazman (resepi Dayang ler tu... yarabbi Dyg oiii...meleleh aik liur kamek nanggar!), terliur akak tengok. Ini orang-orang Sarawak je selalu buat stail mcm ni... Kalau kat Perak dia org lebih suka makan mentah+cili padi+ikan bilis. Lepas tu makan dgn timun.


Bahan-bahan:
10 -15 ekor udang basah (boleh digantikan dgn ikan bilis juga)
2 senduk tempoyak (buat sendiri)
5 biji cili padi
1 biji cili besar merah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Cara:
  • Bersihkan udang, buang urat hitam, cuci & toskan.
  • Tumbuk bawang merah, cili padi & bawang putih.
  • Bawang besar & cili merah di mayang.
  • Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan udang, masak sebentar.
  • Masukkan tempoyak, gaul rata & balik2kan hingg sekata.
  • Masukkan cili besar & bawang besar. Biarkan layu sebentar.
  • Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasanya.
  • Tutup api & boleh ler dihidangkan dgn nasi putih.

Friday, April 25, 2008

Tempahan Kek Harijadi Lagi...

MOIST CHOCOLATE CAKE...


Tempahan kek harijadi buat suami tercinta dari seorang kawan di Darnall. Beliau meminta akak membuat kek coklat kukus...


Thursday, April 24, 2008

Homemade Tenggiri Masin


Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri segar
Garam
Bekas kedap udara (utk menyimpan ikan)

Cara:
  • Bersihkan ikan tenggiri, buang perutnya.
  • Potong sederhana nipis, toskan hingga betul-betul kering.
  • Bila sudah kering lumurkan keseluruhan ikan dengan garam hingga memenuhi semua bahagian ikan (pastikan semua bahagian kena garam).
  • Sediakan bekas kedap udara yg agak besar.
  • Susunkan ikan tadi dlm bekas tersebut (jgn ditindih, biarkan satu2).
  • Biarkan 2-3 hari (klu kat Msia masukkan dlm peti ais, sbb kat sana panas. Akak kat sini setelah 3 hari baru masukkan dlm peti ais).
  • Goreng atau bakar seperti biasa. Sedap oiii... makan dgn nasi panas2, lepas tu ada sambal belacan.. fuyoooo!

Ketupat Sotong Goreng

Bahan-bahan:
10-12 ekor sotong (sederhana besar)
1 cawan beras pulut
Santan cair
Garam
Lidi (utk menyemat sotong)
Minyak utk menggoreng

Cara:
  • Bersihkan sotong, buang dakwat hitam & tulang belakang sotong.
  • Beras pulut direndam sekejap. Kemudian kukus dgn santan & sedikit garam hingga masak.
  • Masukkan pulut hingga memenuhi ruang2 dlm sotong.
  • Masukkan kepala sotong, kemudian sematkan dgn lidi.
  • Sediakan kuali dgn minyak yg banyak (deep fryer lagi bagus).
  • Gorengkan sotong tadi hingga kekuningan (jgn terlalu kering, nti sotong akan jd keras bila sejuk).
  • Sedap dicicah dgn sos cili, sos keropok lekur atau kuah kacang.

Tag Dari Nita

Tag dari Nita@sudipkayu.. tentang buku resepi & buku conteng2... Ni ler aje yg akak ada kat sini... ada jugak buku conteng2 akak tinggal kat Msia... Diharap Puan Nita kita puas hati ye.. hehehehe
Yang kat atas sekali tu buku conteng2 akak (3 buah buku kecik) ...ada lagi sebenarnya tp teruk sgt ler contengannya, tak sanggup akak nak pamerkan...kehkehkeh... Yang kat bawah tu buku resepi kek lapis Sarawak tulisan Puan Rabiah Amit...

Buku-buku yg di sebelah kanan sekali tu, baru aje akak beli (sbb kat sini tengah sale buku)... antaranya dari Chef terkenal yg selalu masak dlm tv tu.. Nigelia Lawson tajuknya Feast, Food That Celebrates Life.. Yang seterusnya The Baking Cookbook, penulisnya ramai sgt.. Everyday Pasta, A Collection of over 100 Essential Recipes (semuanya tentang resepi pasta) dan yg akhir sekali Party & Appetizers, editor Gina Steer.. InsyaAllah koleksi buku2 masakan ini akan ditambah dari masa ke semasa sebab kat sini kalau masa sale... murahnya yg teramat sangat.. potongan harga sampai 90%...

Monday, April 21, 2008

Kerabu Taugeh

Kerabu ni dah ada resepinya kat dalam ni... saja jer nak tayang.

Beehon Goreng Seafood


Bahan-bahan:
1 bungkus beehon (rendam dgn air panas sekejap, toskan)
5 ekor udang basah
5 ekor kupang hijau (green mussel)
3 ekor sotong
Sedikit sayur sawi

Bahan Tumis:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & sedikit kiub pati ikan bilis
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Potong udang, mussel & sotong ikut suka. Kisar bawang putih & bawang merah. Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan sos cili, tomato & sos tiram. Masak sebentar kemudian masukkan seafood (udang, mussel & sotong). Masak hingga air sedikit sejat. Masukkan beehon. Gaul hingga sebati dan masukkan sayur sawi. Masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & kiub pati ikan bilis. Sesuaikan rasa sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan tambahan:
Telur goreng
Cili merah
Limau/lemon


Saturday, April 19, 2008

Tag Dari Yat & Abe Mat



This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p

************************************************************


next

The lucky 10 person I am going to tag is :

(ini nama-nama di bawah ni sudilah terima hadiah dari yat frame from dubai kat atas tu-
gantung kat blog yek)

k.ummi, k.e, k.pah,nor, zai,amy, pakcik mat, sweetlily, k.jun, cik wan

****************************************************************************

10 orang mangsa ialah seperti di bawah:

Jo Ayee, Rozie, Nita, Ctnik, Dayang, Ummizaihadi, Finnie, Siti Azma, Shafidah Shamen & Zaliana

(diharap nama-nama di atas sudi ler kiranya menerima hadiah istimewa dari kak pah...heheehehe... terimalah gambar Sheffield City Centre juga.. copy dr tenet je...)


Wednesday, April 16, 2008

Madeleines

Macam baulu tp mat salleh punya versi...



Resepi Nisa/kaknis@myresipi.com

Ikan Terubuk Bakar Portugis

Tengok dlm kebanyakan blog kawan2 ada buat ikan bakar ni... nak try jugak. Memang sedap!


Ikan Terubuk Bakar Portugis

1 ekor ikan terubuk (sbb terubuk tu besar sgt, akak potong dua)
3 sudu besar cili kering kisar
2 biji buah keras*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
Sedikit lengkuas*
3 helai daun limau purut (hiris)
3 sudu makan minyak bawang putih (cara2 kat bawah)
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
Aluminium foil

*kisar

Cara-cara:

Ikan dibersihkan, kelar2 sket. Campurkan semua bahan kisar bersama garam & gula. Letak ikan atas foil (klu letak daun pisang lg wangi), gaul dengan campuran bahan2 kisar tadi. Tuang minyak bawang putih & tabur daun limau purut. Bungkus dlm foil & bakar hingga masak.


Minyak bawang putih:

6 ulas bawang putih (tumbuk ngan kulit2nya)
1/2 cawan minyak

Tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.

Friday, April 11, 2008

Laksa Sarawak

Ini resepi asli Laksa Sarawak menggunakan pes yang dibuat oleh pengusaha Melayu/Islam Sarawak. Pes laksa ni kena berhati2 memilihnya sebab ada jugak yg tak berapa sedap kerana rempah ratus yg digunakan terlalu terasa sgt rempahnya.. dan byk juga pes yg dibuat oleh pengusaha kilang yg bukan muslim walaupun tercatat tanda HALAL dipaketnya...

Photo by Adi

Resepi Laksa Sarawak di sini...


Ini ler pes yg akak selalu gunakan & sebilangan besar org Melayu di Kuching, Swk mmg mengguna pes ni...


Wednesday, April 9, 2008

Moist Chocolate Cake

Sempena genap setahun kami 5 beranak berada di Sheffield, UK hari ni... akak buat sebiji kek coklat kukus resepi nor 67@myresipi.com. Terima kasih pada tuan empunya resepi yg sedap & anak2 suka sekali.

Moist Chocolate Cake (kukus)

250gm butter
1 cawan gula kaster
1 cawan gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko


Cara-cara:

  • Pukul butter bersama gula kaster dan gula perang hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila, pukul lagi.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, terus memukul hingga gebu, kembang & sebati.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan susu suam secara kaedah kaup balik. Gaul hingga betul2 sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan/loyang yg telah disapu butter atau dilapik dgn kertas kek.
  • Tutup acuan dgn aluminium foil supaya ketika mengukusnya air tidak menitik ke dalam kek.
  • Kukus selama 1 jam setengah. Bila sejuk barulah dihias dgn coklat ganache dgn kreativiti sendiri.


Untuk Coklat Ganache


150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara:
  • Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat manis & air panas ke dalam bekas tahan panas. Masak secara double boiler hingga cair.
  • Padam api dan masukkan butter. Kacau hingga butter cair & coklat nampak berkilat.
  • Biarkan suam buat seketika. Lepas itu curahkan ke atas kek. Hiaslah kek mengikut kepakaran masing2.

Thursday, April 3, 2008

Tempahan Kek Harijadi

Ini ler tempahan pertama kek harijadi yg akak buat kat sini untuk org lain selain keluarga sendiri. Selalu memang buat utk diri sendiri sahaja. Ada pulak kawan hubby yg suruh buat untuk birthday anak lelaki mereka... Untuk tidak menghampakan permintaan kawan, akak buat ler jugak.. tapi punya ler gementarnya masa nak buat... nasib baik menjadi. Akak guna Cotton Soft Japanese Cheesecake kat dalam. Icingnya pulak akak guna Butter Cream. Terima kasih kepada tuan empunya resepi Alma & Bunda Zidan/Syifa (Indonesia). Decoration pulak hubby tercayang yg tolong buat... mujur ada dia yg bertangan seni... kalau harap akak mesti serabai... kehkehkeh.





Kek Lapis Sisik Ikan

Juga dari buku Rabiah Amit jilid 2... cuma akak ubah suai sedikit.

Bahan-bahan:
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250gram gula halus
1 sudu besar ovalet
75ml air sejuk
1 tin seri kaya (akak gantikan dgn susu pekat manis)
1/2 botol horlick
250gram tepung hong kong
300gram mentega
4 bungkus manisan masam manis (hawflakes)

Cara-cara:
  • Pukul telur, gula, ovalet, air sejuk, seri kaya (susu pekat manis) & horlick hingga kembang & sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sikit2. Pukul lagi hingga sebati.
  • Di tempat lain pukul mentega hingga kembang.
  • Masukkan mentega ke dalam adunan yg pertama tadi.
  • Bakar 4 sudu besar adunan hingga masak.
  • Bila masak cucukkan hawflakes secara menyerong (condong) ke atas lapisan kek tadi.
  • Masukkan 4 sudu besar lagi adunan & dibakar hingga masak.
  • Buat 2 lapisan baru dicucuk lagi hawflakes.
  • Buat begitu hingga adunan habis.

p/s: Jgn letakkan hawflakes terlalu rapat, jarak2kan sedikit. 2 lapisan baru letak lagi.


Kek Lapis Seroja


Resepi dari Buku Rabiah Amit jilid 2... Akak ubah suai resepi asal ikut kesesuaian & bahan.

Bahan-bahan:
450gram mentega
250gram gula halus
7 biji telur
300gram tepung hong kong
1/2 botol horlick
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 kotak buah2an campur (akak guna buah ceri merah & prune)
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna hijau (akak guna pandan pes)

Cara-cara:
  • Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati & gebu.
  • Selepas itu masukkan tepung, horlick, susu & vanilla. Gaul hingga sekata.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau. Bahagian kedua masukkan serbuk koko & bahagian ketiga biarkan warna asal.
  • Bakar lapisan koko dahulu sebanyak 4 sudu besar hingga masak.
  • Lapiskan pulak adunan warna hijau sebanyak 4 sudu besar. Bakar hingga masak.
  • Kemudian lapiskan bahagian warna asal (putih) & susunkan buah2an campuran di atasnya. Bakar lagi hingga masak.
  • Buatlah begitu hingga habis semua adunan.

Ayam Panggang Berempah


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (Potong 4)
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula apong@madu
Garam secukupnya

Cara-cara:
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Jintan manis, jintan putih & ketumbar dikisar kering.
  • Lumurkan semua bahan2 pada ayam. Perapkan selama sekurang2nya 1 jam (lama lagi baik utk ayam meresap semua bahan2 rempah).
  • Bakar ayam dlm oven hingga kecoklatan dlm kepanasan 220C (ikut oven ler...)
  • Sesuai dimakan bersama nasi ayam dsbnya...

Tuesday, April 1, 2008

Satay Daging

Resepi dari Jo & Ayee... Kuah sataynya pulak cilok resepi dr blog Jun. Pertama kali akak buat satay sendiri sbb seperti biasa selalu beli aje kat pasar malam... kehkehkeh... atau makan yg orang lain buat klu masa hariraya...



Akak agak2 aje bahan2 yg dibawah ni... kalau kurang rasa boleh tambah lg.. misalnya manis dsbnya.

Bahan-bahan:

1kg daging
Lidi penyucuk sate secukupnya (rendam lidi dlm air selama 30 minit)

Bahan-bahan perap:
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Serbuk kunyit secukupnya
5 sudu besar gula apong/gula melaka
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
Garam secukupnya

Cara-cara:
  • Potong daging sebesar ikut kesesuaian.
  • Kisar semua bahan2 di atas & perapkan dengan daging yg telah bersih & dipotong tadi selama 1-2 jam (lebih lama lg sedap supaya rempah ratus meresap ke dalam isi daging).
  • Selepas itu cucuk dgn lidi penyucuk sate. Bakar sate cara tradisi atau akak kat sini guna oven je... kehkehkeh... sambil direnjiskan minyak ke atasnya dengan menggunakan serai yg dititik.

Kuah Kacang

Bahan-bahan:
250gram kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & tumbuk kasar)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 batang serai*
1 inci lengkuas*
2 sudu besar udang kering*
2 sudu besar cili kisar
3 biji buah keras*
1/2 cawan air asam jawa
1 senduk gula apong/2 keping gula melaka
Sedikit gula pasir
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Sedikit santan (resepi asal takda, akak tambah utk menambahkan lemak & pekat kuahnya)

* dikisar

Cara-cara:
  • Tumis cili dan bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga naik bau.
  • Masukan kacang tanah, masak sebentar
  • Kemudian masukkan air asam jawa & semua bahan2 perasa seperti gula, garam.
  • Akhir sekali masukkan santan.