Tuesday, May 27, 2008

Kek Harijadi Untuk Yaya...



Buat kek utk Yaya (anak Fadly & Aishah) sempena harijadinya yg ke 2 pada 23 Mei 2008 (harijadi sebenar) tp disambut pada 25 Mei 2008 (sehari selepas akak buat majlis). Memang kita org dah rancang buat selang sehari... Buat cheese cake ni sbb Aishah & Fadly suka sgt. Tukang deco kek ni tak lain & tak bukan hubbyku yg terchinter.... hehehehe.


Kek Harijadi Baby Lagi... (4 Tahun laaa...)



Kek Harijadi lagi utk baby sempena jamuan sebenarnya pada 24 Mei 2008.. sekali dgn House Warming. Memandangkan baby teramat suka dgn kek coklat.. akak buat lagi Moist Chocolate Cake utk dia... 2 tingkat.. tp tak sempat nak hias lebih2 sbb byk sgt benda yg kena buat, kena masak lagi & sebagainya... Ayah yg jadi mangsa sebagai juruhias & mendeco kek.. Mujur sempat tempah Edible Dora dari internet... Suka sangat dia bila tengok edible tu sbb kita memang tak bagitau & tak tunjukkan pada dia sehinggalah pada hari tersebut...

Gambar2 jamuan ada di sini


Wednesday, May 21, 2008

Victoria Sponge Cake (Birthday Cake)

Sempena harijadi anak bongsu akak (Nur Aina Carissa a.k.a Baby) pada 19 Mei 2008 lalu.. akak buat sebiji kek Sponge khas utk dia.. Suka betul dia sbb warna pink adalah warna kesukaannya.. tak sabar dia nak potong kek tersebut... Walaupun dia amat menyukai kek coklat tp akak saja buat kelainan sikit utk kali ni... Hari sabtu ni kena buat kek coklat jugak utk dia... Gambar lain sempena harijadi dia ada di sini


Moist Chocolate Cake (Tempahan)



Nampaknya kat sini kawan2 suka kek coklat & kek cheese... akak byk menerima tempahan 2 jenis kek ini saja sekarang...


Kek Cheese Bersalji (Tempahan)


Tempahan dari Sdra Tareeq sempena ketibaan isteri tersayang dari Malaysia... Sebiji lagi tempahan dari Diyana. Sebenarnya Diyana tak suruhpun buat nama tp hubby saja jer nak buat sbb alang2 dah ada icing.. hehehehe...

Sambal Tempoyak


Ini versi sambal tempoyak mentah stail Perak kegemaran hubby... ulam dgn lettuce & timun. Membuatnya senang sangat...

Bahan-bahan:
1 senduk tempoyak (yg masam lg bagus)
Segenggam ikan bilis
15 biji cili padi (ikut selera, kalau nak pedas lebihkan cili, klu taknak pedas kurangkan cili)
1 biji cili merah besar (klu suka, akak tak letak sbb takde stok masa buat)
Garam secukup rasa
Ulam (spt timun, lettuce atau kacang panjang)

Cara:

  • Tumbuk cili dgn menggunakan lesung batu (jgn hancur sgt).
  • Masukkan ikan bilis & garam. Tumbuk kasar.
  • Akhir sekali masukkan tempoyak. Gaul rata dgn sudu.
nota: Jika sekiranya tempoyak tidak masam, boleh perahkan lemon atau jus limau nipis ke dalam sambal tempoyak. Jika sekiranya tempoyak anda terlalu masam boleh letakkan sedikit gula utk menstabilkan rasanya...




Magical Milkshake Smoothie


Minuman ni anak2 akak yg sulung (Yong) & no 2 (Adik) yg buat.. akak cuma tolong blendkan aje... Resepi dari majalah Bratz...


Thursday, May 15, 2008

Tag Dari Kak Umie E...

Gambar sebagai hiasan sahaja.. tiada kena mengena dgn tag....


Minta maaf byk2 Kak E kerana lambat sangat menyelesaikan tag akak ni.... sibuk sgt buat masa sekarang.

Peraturannya@Rules

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.

2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

7 facts about me:

  1. Berkahwin & mempunyai 3 orang anak perempuan
  2. Suka memasak & membuat kek (tak kira apa jenis kek)
  3. Suka berkawan dgn sesapa saja yg jujur untuk bertukar2 fikiran & idea.
  4. Amat penyayang & mengambil berat terhadap family & kawan2.
  5. Sangat geli & takutkan ular (eeeeee..tengok gmbr ularpun akak tak sanggup)
  6. Tiada binatang peliharaan
  7. Ada driving licence tp tak pernah memandu... hahahahaha... (renew licence tiap2 tahun...)

Cukup setakat ni aje ye... tak payah ler akak tag org lain lg..sbb rasanya semua kawan2 dah kena tag ni...

Baked Pasta

Belajar buat baked pasta ni dgn Aishah... Anak akak yg sulung makan separuh dr pasta ni.. Senang je nak buat.. semua guna segera punya..


Bahan-bahan:
Pasta secukupnya (akak main agak2 je..)
1 tin Campbell's Mushroom Soup
1 mangkuk isi ayam (cincang kasar)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh Italian garlic
1/2 biji bawang besar (dimayang)
Sedikit mixed spice (klu nak pedas.. klu taknak jgn letak)
Garam
Sedikit kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis
Cheese cheddar parut

Cara-cara:
  • Rebus pasta hingga empuk dgn sedikit garam. Angkat & toskan.
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam.
  • Masukkan bahan2 perasa seperti garam, kiub pati ayam, oregano, Italian garlic & mixed spice.
  • Balik2kan hingga agak kering. Ketepikan sebentar.
  • Masukkan pasta dalam bekas. Masukkan Campbell's Mushroom soup & ayam. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan dlm bekas tahan panas.
  • Taburkan cheese cheddar di atasnya hingga menutupi semua adunan.
  • Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 15 minit atau hingga warna keperangan.

Tuesday, May 13, 2008

Kek Lapis Dewi Pandan

Resepi dari buku Rabiah Amit jilid 2:



Wednesday, May 7, 2008

Garlic Bread & Sup Pasta

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Bahan-bahan:

1 buku roti france
2 biji bawang putih
2 sudu besar butter
Daun parsley kering secukupnya

Cara membuatnya:
  • Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  • Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  • Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti.
  • Taburkan daun parsley kering di atasnya.
  • Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  • Sedap dimakan dgn sup pasta.


Sup Pasta..

Bahan-bahan:

1/2 bungkus pasta (direbus hingga empuk)
1 cawan dada ayam (cincang kasar)
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang putih (cincang halus)
1 batang karot (hiris memanjang)
Sedikit bunga kobis
1 liter stok ayam
1 sudu besar mixed herbs
Garam & lada sulah
Cheese Cheddar parut (klu suka)

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan ayam cincang & tumis sebentar.
  • Masukkan bahan-bahan perasa seperti mixed herbs, garam, lada sulah.
  • Masukkan karot & kobis bunga.
  • Kemudian akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi.
  • Sewaktu menghidang taburkan cheese parut di atasnya jika suka.
  • Makan dgn garlic bread atau roti putih biasa (toast)...

Ayam Goreng Kremes...

Jalan2 ke blog Abe Mat Gebu, tergoda dgn ayam goreng ni... terus mencuba jugak... sedap sbb rempah2nya yg memang power... Resepi asal dr Indonesia dongggg... akak cut & paste aje ye mat... maleh nak nulis...


Bahan-Bahannya:
6 keping peha ayam yang besar
3 helai daun limau purut
3 helai bay leaf
4 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 cm halia*
4 cm lengkuas*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh lada putih biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar hingga halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng (deep fryer)
Air

Bahan Tabur:
200 ml stok air rebusan ayam
2 camca besar tepung beras
1 biji telur
Sedikit air

Cara membuatnya:

  • Ayam dicuci bersih toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tuang bahan2 kisar halus, masukkan daun limau purut dan bay leaf, tambah garam (anggaran 1/2 camca teh). Tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Angkat dan toskan ayam.
  • Masak kembali stok tadi sehingga pekat, keluarkan daun limau purut dan bay leaf. Sejukkan. Panaskan minyak, goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan, angkat toskan minyak dan susun dalam pinggan sesuai.
  • Dalam satu bekas, satukan tepung beras bersama sedikit air, kacau dan masukkan telur, gaul hingga rata. Tuang stok ayam tadi (sukat 200ml) dan bancuh hingga sebati. Panaskan minyak (biar minyak betul2 panas), kemudian ambil 1 senduk bancuhan tadi dan tuang dalam minyak panas. Masak hingga garing. Angkat dan toskan atas paper towel, buat hingga siap.
  • Tabur bahan tadi atas ayam goreng sebelum dihidangkan bersama sambal kegemaran...