Tuesday, June 24, 2008

Buah Melaka

Kuih Bakar


Dari resepi Joayee@myresipi.com. Sedap sangat lemak manis gitu... terima kasih Jo atas resepi yg enak banget! Akak saja letak bijan banyak2 sebab mmg suka kalau kuih yg ada bijan...


Tempahan Dari Leeds, UK...

Tempahan Moist Chocolate Cake lagi...

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Saja jer nak tayang... rasanya resepinya dah ada kat sini cuma tukar ikannya aje...

Tuesday, June 17, 2008

Kek Pilih Kasih (Kukus)

Kek ini macam Kek Hati Pari tp lebih lembut & gebu... Kalau Kek Hati Pari dia lebih kental & padat.. Kek Hati Pari kukus selama 8 jam tp kek ini cuma 3 jam sahaja dikukus... Ini salah satu kek tradisi Sarawak turun temurun... resepi dari orang dulu2..




Bubur Pulut Hitam


Bahan-bahan:
1 cawan pulut hitam
2 sudu besar pulut putih
1 tin santan (400ml)
1 helai daun pandan
Gula Melaka/Gula Apong/Gula Merah
Gula putih
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Pulut hitam & putih dibersih & toskan.
  • Masukkan dlm periuk bersama daun pandan. Rebus hingga empuk.
  • Masukkan santan, gula & garam. Kecilkan api, jgn sampai santan pecah minyak.
  • Ketika menghidang boleh letakkan krim atau susu ikut kesukaan masing2.

Monday, June 9, 2008

Friday, June 6, 2008

Kek Harijadi (Tempahan)

Minggu lepas akak menerima tempahan 2 biji kek harijadi pada satu hari... Mula2 memang sebiji je sebenarnya.... so malam tu akak dah siap2 kukus supaya tak kelam kabut pada esok paginya (sbb ada jamuan bbq utk warga Tinsley), tapi tiba-tiba hari tu pukul 10.30 pagi, kawan hubby call nak sebiji kek utk isteri dia.. sebab dia nak buat surprise semasa jamuan bbq yg kita org buat pada hari tersebut iaitu pada pukul 1 petang... Punya ler kelam kabutnya akak... mujur yg sorg lagi tu nak kek pada petang tu.. so akak gantikan kek yg petang tu dgn yg pagi tu... utk menjimatkan masa... & mujur jugak kawan hubby tu tak kesah kek apa aje.. asalkan kek harijadi.. So kek yg sedia ada akak bg kat kawan hubby tu..yg satu lagi akak buat masa tu jugak & kukuskan...tunggu sejuk dulu.. petang tu balik dari bbq terus buat ganache & decokan terus... Alhamdulillah siap seperti yg diminta... & satu lagi bersyukur sgt sbb tidak menghampakan permintaan kawan hubby yg nak buat surprise pada isteri dia.. mmg betul2 surprise pada hari itu! Terima kasih byk2 buat hubbyku cayang..tukang deco hari tu...

Kek Harijadi (Moist Chocolate Cake). Surprise utk isteri tersayang... Tempahan dari Abg Jo utk Kak Zuraini...



Tempahan dari Sdr Tareeq. Kek Harijadi (Moist Chocolate Cake). Juga utk isteri tersayang yg baru sampai dari Malaysia

Tuesday, June 3, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO NITA...

SELAMAT HARIJADI BUAT PUAN ROSNITA MOHD @sudipkayu.blogspot.com

SEMOGA BERBAHAGIA & GUMBIRA SELALU DISAMPING FAMILY YG TERCINTA... JUGA SEMOGA SUKSES DALAM APA JUA BIDANG YG DICEBURI...

Monday, June 2, 2008

Kek Lapis Seri Dewi Malam

Akak telah terjumpa semula buku resepi lama akak... hari tu masa berpindah tak tau letak kat mana... jenuh mencari merata2..rupa2nya tersimpan dkt dgn bilik study hubby akak... Ini salah satu resepi dari koleksi kakak ipar akak di Sarawak... Sedap sangat & disarankan kepada sesiapa yg nak belajar buat kek lapis ataupun yg dah pandai buat tu apalah salahnya kalau nak mencuba.. bahan2nya senang nak dapat.. selamat melapis!


Bahan-bahan:
8 biji telur ayam gred A (kalau guna gred B, 10 biji)
500 gram mentega/butter
2 gelas tepung hongkong (atau superfine)
1 gelas gula kaster
1 cawan horlick
100 gram bijan (digoreng tanpa minyak hingga perang)
100 gram mixed dried fruit (guna kismis hitampun boleh)
1 sudu teh baking powder
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula hitam
Pewarna kuning

Cara membuat:
  • Pukul gula & telur hingga kembang, masukkan baking powder.
  • Mentega/butter & susu pekat manis dipukul dalam bekas lain hingga putih & kembang.
  • Kemudian satukan adunan telur & mentega.
  • Masukkan horlick, esen vanilla & tepung hongkong. Gaul hingga sebati & sekata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak (kalau nak betul2 sama, timbangkan adunan tersebut).
  • Bahagian pertama masukkan gula hitam & bijan goreng tadi. Adunan ini akan bertukar kepada warna coklat tua disebabkan gula hitam tadi.
  • Bahagian kedua masukkan pewarna kuning & mixed dried fruit.
  • Panaskan oven pada suhu 130C dgn menggunakan api atas sahaja (ikut oven masing2..ada oven yg boleh letak 150 ke atas). Kalau oven akak kat sini tak boleh guna panas sgt sbb cepat hangus.
  • Mula2 lapiskan adunan bijan tadi sebanyak 4 sudu besar (lebih kurang 120gram kalau ditimbang). Kemudian bila dah masak, lapiskan adunan warna kuning sebanyak 4 sudu besar lagi (juga 120gram). Buatlah lapis demi lapis hingga adunan habis.
  • Lapisan yg terakhir barulah menggunakan api atas & bawah sekali.
nota:
Untuk melapisnya ikut kreativiti sendiri samada lapis setiap warna sekali ataupun yg ini akak buat 3 lapisan coklat, 3 lapisan kuning, 2 lapisan coklat, 2 lapisan kuning & seterusnya 1 lapisan coklat & kuning utk menghabiskan adunan tersebut (sebab itulah lapisan yg akak buat ni nmpk tebal dibawah tp nipis di atas). Terpulang pada kesukaan masing2. Kalau nak senang lapis berselang seli sahaja iaitu coklat, kuning, coklat, kuning hingga habis adunan.


Vermicelli With Mushroom Soup...

Minggu lepas (cuti sekolah) anak2 akak nak makan Spagheti dgn sos bolognese... tapi cari2 sosnya takde ler pulak dlm stok... tp terjumpa 1 tin Campbell Mushroom Soup... fikir2 boleh ke buat sos spagheti dgn soup tu... takpe nak cuba jugak... Rupa2nya lebih sedap dr sos bolognese.. berselera betul anak2 akak makan sampai habis... petang tu tanya lagi ada tak spagheti lagi... hehehehe...tp dah habis licin... Bagi sesapa yg takde idea & kehabisan stok mcm akak, boleh ler try resepi simple ni ye...


Bahan-bahan:
1 bungkus vermicelli (spagheti biasapun boleh juga atau pasta, macaroni)
1 tin Campbell Mushroom Soup
100 gram ayam (dicincang kasar)
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
1 sudu teh oregano
Sedikit serbuk pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Cara:
  • Vermicelli direbus dgn garam & minyak hingga empuk. Angkat & toskan.
  • Mayang bawang besar & bawang putih.
  • Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan ayam yg telah dicincang tadi, masak hingga empuk.
  • Masukkan mushroom soup, biar sebentar.
  • Masukkan sos cili & sos tomato. Kalau pekat sangat tambahkan air.
  • Masukkan bahan2 perasa seperti garam, kiub pati ayam, orgegano & gula
  • Sesuaikan rasa & bolehlah dihidangkan ketika berasap2...
  • Kalau ada cheese cheddar boleh ler ditaburkan ketika menghidang.