Wednesday, March 12, 2008

Nelayan Ke Laut...kehkehkeh...

Pada sabtu lepas sekumpulan nelayan (hehehehe... itu gelaran dia org sendiri ye...) pergi ke London utk memborong ikan & hasil laut... Mereka pergi ke kawasan nelayan di London (akakpun tak tau apa nama tempatnya)... Ada hasil yg dia org dapat yg masih segar (fresh) & ada juga yg dah dibekukan (tp beku tak lama).. Terima kasih kepada Abg Suzaili & Kak Azu, Sdr Babul & Sdr Tareeq yg telah menjadi pemborong pada hari tersebut & menjual hasil tangkapan mereka kpd kami yg amat dahagakan hasil laut yg agak fresh! Antara hasil yg mereka dapat seperti yg tertera di bawah:

Ikan bawal: dah hampir setahun tak makan ikan bawal...

Kerang: kerang kat sini lain sikit sbb isi kat dalam dia agak putih macam lala & amat manis isinya, masih segar lagi... agaknya kerangpun dah jd mat salleh kot... hehehehe

Udang galah: udang galah ni 2 ekor seberat 400gram... juga masih segar lagi...

Udang putih yg agak besar, juga segar lagi...

Udang putih, kecil sedikit dr yg kat atas tu.. segar juga.

Sotong yg telah dibekukan...

Ketam juga yg telah dibekukan...

Mussel.. dibekukan juga..

Setelah dekat setahun kita org kat sini baru jumpa ikan bawal & kerang... yg lain2 tu memang ada jual kat sini tp entah dah berapa lama duduk dlm freezer... satu lagi klu beli kat sini harga memang agak mahal... dapat beli borong mcm ni takde ler harganya berapi sgt.. kira berpatutan ler tu!


Ikan Terubuk Kukus

Sebab Princessharyati tanya resipi Terubuk Steam ni, akak letak juga kat sini resipinya ye... Selamat mencuba! Ikan terubuk boleh digantikan dgn lain2 ikan spt ikan bawal & ikan senangin.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan terubuk (sederhana besar)
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 biji bawang besar*
2 biji cili besar (merah/hijau)*
3 biji asamboi (jeruk dlm botol)
Sedikit lobak masin jeruk*
3-5 biji cendawan kering (rendam dgn air panas, hiris nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
Garam (jgn terlalu byk, sbb lobak & asamboi dah masin)
Serbuk perasa

* dimayang/dihiris

Cara-cara:
  • Buang sisik, perut & insang ikan terubuk. Bersih & toskan. Kelar2kan kedua2 bahagian ikan.
  • Sediakan bekas tahan panas.
  • Masukkan semua bahan2 hiris (klu boleh taburkan juga di atas bekas tahan panas sebelum meletakkan ikan, jd kedua2 bahagian ikan akan terasa bahan2nya).
  • Masukkan lobak masin & cendawan kering.
  • Asamboi dihancurkan sedikit dgn tangan, masukkan bijinya sekali. Letak sos tiram, sos ikan, serbuk perasa & sedikit garam (klu tak masin, klu dah masin jgn letak).
  • Sediakan pengukus. Kukus selama 30 minit. Angkat & boleh dihidangkan ketika panas2.

Monday, March 10, 2008

Menu Untuk Tetamu...

Minggu lepas ajak Zamir (anak Abg Rosli & Kak Fadhilah) makan kat rumah... Ini ler antara menu yg dihidangkan bersama nasi putih... Alkisahnya Zamir ni sedang belajar lagi & tinggal di rumah seorg Ustaz berbangsa India muslim... so kat rumah ustaz tu dia selalu ler dihidangkan dgn pelbagai jenis masakan India yg kebanyakannya kari, capati, roti, nasi baryani dsbnya... kiranya dia memang jarang dapat makan nasi putih & lauk pauk ala2 Msia mcm orang2 melayu lain kat sini... Ibu & ayah dia pulak dah lama balik ke Msia sbb dah tamat belajar... dia sorg tinggal kat sini utk menghabiskan pengajian & untuk menamatkan pengajian tahfiz beliau... lepas ni InsyaAllah beliau akan jadi Al Hafiz... Alhamdulillah!

Terubuk Steam... disebabkan terubuk tu telalu besar, terpaksa ler akak potong dua.. tak muat tempat untuk mengukus...

Ikan cod masak sweet sour... Ini hubby yg buat...

Sayur campur (brokoli, kobis bunga, karot, daun bawang, cendawan)


Friday, March 7, 2008

Bendi Masak Kicap


Saja jer nak letak sayur bendi ni.. paling simple & senang nak buat... tak payah letak resepi ler ye..


Ikan Selar Rebus Asam

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar (apa saja jenis ikan yg sewaktu dgnnya)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesum
1/2 inci kunyit hidup (serbukpun boleh)
2 biji cili hidup (akak campur cili besar & cili padi)
1 batang serai
2 keping asam gelugur (asam keping)
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Tumbuk @ blend bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, & cili.
  • Serai dititik, bunga kantan dibelah dua.
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Masukkan semua bahan2 tumbuk, asam keping, bunga kantan, daun kesum & serai.
  • Biar sebentar sehingga bahan2 tadi masak. Masukkan garam & gula.
  • Masukkan ikan, tunggu sehingga ikan masak. Tutup api.

Tuesday, March 4, 2008

Serawa Pisang

Ada juga orang panggil Pengat Pisang... terpulang kepada negeri masing2.. tp org Swk panggil bubur pisang..hehehehe

Bahan-bahan:
5-6 biji pisang (ikut suka jenis pisang apa)
50gram sagu (agak2 ler)
3 sudu besar gula apong (sejenis gula Sarawak, boleh ganti dgn gula melaka dsbnya)
2-3 sudu gula (kalau tak manis tambah lg)
1 tin santan pekat (400ml)
Air secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
  • Masak santan pekat dalam periuk dengan menggunakan api yg perlahan.
  • Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Jgn biarkan santan menggelegak terlalu kuat sbb nanti pecah santan.
  • Masukkan daun pandan, gula apong (gula melaka), gula & secubit garam.
  • Pisang dipotong ikut suka (akak suka potong menyerong)
  • Cuci sagu kemudian toskan.
  • Tunggu hingga santan agak masak sedikit baru masukkan pisang. Biar sebentar.
  • Masukkan sagu & biar sagu masak baru tutup api.

Sambal Belacan

Saja je nak letak resepi sambal belacan ni.. semua org tau nak membuatnya... cuma kadang2 lain orang lain rasa sambalnya.. org kata ikut tangan org yg membuatnya... satu lagi ikut bahan yg digunakan.. kalau kami di Sarawak mmg terkenal dgn belacan Bintulu & Miri.. belacan ni paling sedap di Sarawak.. hargapun boleh tahan.. sampai mencecah RM30 sekilogram... Akak mmg bawa belacan ni ke mana saja akak menetap.. skrg family di Swk yg poskan ke sini (Sheffield)...


Bahan-bahan:
3 inci belacan Sarawak (org2 Swk tau ler belacan ni.. dr Miri/Bintulu)
(belacan hendaklah dibakar terlebih dahulu)
10-15 biji cili padi
2 biji cili merah besar
2 sudu besar jus lemon/limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

Cara:
Tumbuk/blend semua bahan. Sesuaikan rasa masin, manis & masamnya. Tambah air jika terlalu pekat. Sesuai dicicah dengan ulam-ulaman spt kangkong, timun, lettuce dsbnya.


Monday, March 3, 2008

Best Friend Award..from Kak E & S Shamen (Fidah)

Best Friends Award diterima dari Kak E & S Shamen (Fidah)... terima kasih banyak2 pada kedua2 sahabat kak pah ni... semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2... Untuk itu dengan rendah hati akakpun nak memanjangkan award ni buat semua sahabat2 lain yg akak telah linkkan dlm dapur akak ni.. di harap kalian semua sudi menerima award ni ikhlas dari kakpah...


Saturday, March 1, 2008

Award Dari Kak E

1 Top Mom Blogs dari Kak E... terima kasih banyak2 kak e, cayang dia.. muah, muah, muah.. Minta maaf sebab lambat ambik... Macam Kak E jugak, semenjak dua menjak ni sibuk memanjang... mengalahkan wakil rakyat yg nak bertanding pilihanraya ler pulak..hahahahaha...

Untuk itu kakpah nak ler jugak memanjangkan award ini kepada kawan2 yg juga telah menjadi ibu... sesiapa sahaja kawan yg telah akak linkkan dalam blog ni yg telah menjadi seorang ibu diharap sudi menerima award ini...