Sunday, November 25, 2007

Alat Bantuan...

Hari Jumaat lepas (23.11.07), peralatan dari Kuching Sarawak sampai... Seronoknya akak! Yg paling bestnya Buku Kek Lapis Sarawak, Rabiah Amitpun ada sekali... anak buah beli 2 jilid. Ada lagi.. acuan penekan kek, acuan penekan zigzag, pemotong kek lapis pelbagai saiz, acuan semperit & acuan biskut... Terima kasih yg tak terhingga buat kakak iparku yg tersayang, Puan Jamilah yg baik & understanding sgt dan buat anak buah yg sangat disayangi & tersgt le hensem Syed Rosley... (hehehehe..mesti dia kembang hidung lepas ni...)

Buku Kek Lapis Sarawak, Rabiah Amit... pereka Kek Lapis Sarawak yg terkenal.

Acuan, penekan & pemotong kek pelbagai saiz..

Saturday, November 24, 2007

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka ni mmg kuih fav. akak dari dulu lagi... Dulu masa kt Msia tak pernah terfikir nak buat.. ye le benda selalu ada jual di gerai2 & pasar malam... jd tunjuk je le... skrg mau tak mau kena buat jugak bila teringin sgt nk makan.. Dah berkali2 buat... Resipi nanasham dlm myresipi.

Resipi nanasham

Thursday, November 22, 2007

Juadah Harijadi...

Sempena harijadi big boss hari ni.. akak buat le kek harijadi berbentuk hati... cuba2 untuk mendeco sendiri kek tersebut. Kek dari blog Mat Gebu iaitu Cocopandan Cake. Butter Icingnya dari blog Kak E, ... terima kasih byk2 Mat & Kak E menjadi bahan rujukan. Juga terima kasih yg tidak terhingga kepada Rozie sbb meminjamkan nozzle utk akak mendeco kek.. Nozzle yg akak order smpi skrg msh belum sampai2.. sabar je le... hehehehehe

Senarai menu:
Cocopandan Cake (Mat Gebu),
Icing (Kak E),
Pulut Kuning (resipi Kak E dlm myresipi.com),
Pizza,
Sos Pizza (blog Noreen, resipi asal Kak Nis)
Rendang Ayam

Sebenarnya malu sgt nk tunjuk tau..tp takpe utk rujukan sendiri juga nti...

Resipinya: Mat Gebu

Butter Icing (Kak E)

Bahan-bahan:
250 gram butter
150 gram shortening
250 gram gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara:
Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata..

Pulut Kuning
Pulut Kuning Kak E
Terima kasih kak E, resepi pulut kuning dah 2 kali saya buat. Hariraya lepas & birthday bb hari ni.. sedap sangat. Cuma saya tambah asam keping ketika merendamnya supaya berkilat.


Rendang Ayam Pedas

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:
Potong ayam ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Pizza
Bahan-bahan: (2 pan pizza sederhana besar)
300 gram tepung gandum/tepung roti
200 ml air
15 gram gula
4 gram yis
25 gram shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker. Pilih menu dough. Setelah selesai, keluarkan & tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Rehatkan sebentar selama 10 minit. Kemudian canaikan & masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garpu.

Topping:
200 gram daging/ayam mince
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit nenas (dihiris nipis & kecil2)
Sedikit capsicum merah, hijau & kuning
Garam & gula
1 sudu teh oregano
1/2 buku cheese cheddar (parut kasar)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging mince. Masak hingga daging empuk & airnya kering. Masukkan garam & gula.

Penyediaan Pizza:
Oleskan sos ke atas pizza. Letakkan daging yg telah digoreng tadi di atas. Taburkan nenas, capsicum, oregano cheese ke atasnya. Sedia utk dibakar pada suhu 200C selama 10-15 minit.



Sos Pizza

Bahan-bahan:
1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tin chopped tomato
8 oz sos tomato
6 oz tomato paste/tomato puree
Garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi. Masukkan semua jenis tomato, oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering. Biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan ke atas pizza.

Resipi Noreen (asal Kak Nis). Tq Noreen & Kak Nis.

Wednesday, November 21, 2007

Happy Birthday Yati & Ann

Semalam (20.11) harijadi Princessharyati & hari ini (21.11) pulak birthday Dr Raihan (Ann). Sorry le akak tak sempat nk buat kek sbb esokpun birthday my beloved hubby.. sibuk sikit.. konon2 nk buat kek utk dia. Jadi akak guna kek birthday anak2 akak yg lepas... sorry ye Yati & Ann... Inipun akak buat edit tergesa2.. coz nk buat birthday kek utk hubby lepas ni..

Semoga panjang umur, murah rezeki & berbahagia hingga akhir hayat bersama suami & anak2 yg dicintai.... Aminnnnnn...

Mee Hailam

Mee hailam ni hubby yg masak.. dia kalau part buat mee mmg tabik spring kat dia.. akak kureng sikit.. selalu klu nk makan apa jenis mee.. mesti dia yg kena buat. Ini mee hailam versi ada kuah sikit.

Bahan-bahan:
400gram mee kuning
100gram daging/ayam
1 sudu makan cili kering kisar
4 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cendawan
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap pekat masin
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ikat daun sawi
Sedikit kiub pati ayam maggie
Sedikit garam (jgn terlalu byk sbb dh guna kicap)
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Daging/ayam dipotong kecil2 (nipis), bersih & toskan. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Sediakan kuali, masukkan minyak. Tumis cili kisar & bawang. Tunggu sehingga naik bau. Masukkan daging, gaul rata. Tutup kuali supaya daging cepat empuk. Masukkan semua sos. Kemudian barulah masukkan kicap & bahan2 perasa. Masukkan sayur sawi. Akhir sekali barulah masukkan mee kuning. Tambah air sedikit supaya ada kuah yg pekat. Boleh dihidangkan bersama cili potong, perahan jus lemon & kicap cair. Makan ketika panas2.

Monday, November 19, 2007

Nasi Minyak Hujan Panas

Semalam (Ahad) ada tetamu yg datang ke rumah. Hubby suruh le masak apa2 yg senang nak masak tetapi menyelerakan. Jadi akak pilih menu yg selalu akak buat bila kawan2 bangsa asing hubby datang berkunjung.

Menu hari ini:
Nasi Minyak Hujan Panas

Ayam Masak Merah

Kari Daging Lembu
Jelatah Nenas & Timun

Fruit Coctail & Cream Custard (desert)


Nasi Minyak Hujan Panas
Resipinya di sini


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit (utk menggoreng ayam)
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan susu cair
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
Sedikit daun bawang

Cara-cara:
Potong ayam, bersih & toskan. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sehingga setengah masak & ketepikan. Tumbuk/kisar halia, bawang merah & bawang putih. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi utk menumis, anggaran dlm 1/2 cawan. Tumis semua cili kisar & bahan2 tumbuk tadi. Tumis sebentar, kemudian masukkan rempah tumis. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili & sos tiram. Gaul hingga naik bau. Masukkan susu cair, garam, gula, kiub pati ayam & serbuk perasa. Biarkan sebentar. Barulah masukkan ayam, balik2kan hingga sebati. Masak sekejap, masukkan bawang besar, tomato & daun bawang. Akhir sekali barulah masukkan kacang peas. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak hujan panas.

Nota: Ayam masak merah versi kak pah ni memang tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja. Sebab itulah ketika menumis minyaknya agak banyak.


Jelatah
Jelatah (acar mentah) ni, hubby yg buat. Dia memang suka sangat jelatah ni.. hampir setiap minggu dia buat.

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 inci halia
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3-5 biji cili merah/hijau/cili padi
2 sudu besar jus lemon
Garam & gula
1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk kasar)

Cara-cara:
Potong timun & nenas ikut suka. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, halia & cili. Gaulkan semua bahan hiris dgn timun & nenas. Masukkan jus lemon, garam & gula. Akhir sekali masukkan kacang goreng yg telah ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama nasi minyak hujan panas.

Kari Daging Lembu
Resepi ini sudah ada.
Di sini

Fruit Coctail & Cream Custard
Bahan-bahan:
1 tin fruit coctail
1 tin cream custard (akak guna jenama Ambrosia)
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul rata supaya cream custard tidak berketul. Masukkan dlm gelas atau mangkuk kecil yg sesuai. Hias dgn buah strawberry, anggur, kiwi atau apa saja buah2an yg disukai.

Sunday, November 18, 2007

Nasi Dagang

Akhirnya projek buat nasi dagang yg dah tertangguh beberapa minggu dapat juga dibuat semalam. Tp buat sendiri je. Alhamdulillah berjaya jugak akak buat nasi dagang untuk pertama kalinya. Masa tinggal di Ulu Bernam, Selangor dulu akak pernah belajar kt satu akak dari Kelantan yg mak dia berniaga nasi dagang. Tp dh lama sangat, ingat2 lupa dah. So akak belek2 blog2 member yg lain seperti Jo ayee, Kak E & Mesra.net... Lebih kurang sama juga dgn apa yg akak belajar dulu. Jadi akak gabungkan semuanya sekali... nasi dagang Kelantan & Trengganu... Jgn marah ye org Klate & Trengganu kalau salah.... amponnnn! Terima kasih Jo & Kak E kerana jd bahan rujukan saya.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut
200ml santan pekat
200ml santan cair
1 sudu teh halba
1 inci halia (hiris nipis)
4 biji bawang merah (hiris nipis)
1 sudu teh garam

Cara-cara:
Beras basmathi & beras pulut disatukan. Rendam semalaman. Keesokannya basuh & toskan. Sediakan pengukus. Kukus nasi dalam pengukus hingga setengah masak. Angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula hingga masak. Angkat lagi dan gaulkan dengan santan pekat, garam, bawang merah, halba & halia. Kukus sekejap lagi sehingga bawang & bahan2 lain layu sedikit.


Gulai Lemak Mackerel

Bahan-bahan:
2 ekor ikan mackerel
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
1/2 kiub pati ikan bilis maggie
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:
Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.
Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam, gula, kiub pati ikan bilis & serbuk perasa (jika suka). Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.


Sambal Goreng Kelapa
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut (putihnya sahaja, kulit hitam buang)
(tp kat sini akak guna kelapa kering & gaulkan dgn 3 sudu besar santan pekat)
50 gram udang kering
3-5 biji cili hijau/merah/cabai burung/cili padi
4 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar
1 batang serai
Garam & gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Kisar udang kering. Bawang, serai & cili dikisar sekali. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang, serai & cili tadi. Biar sekejap, baru masukkan udang kering. Masukkan kelapa. Goreng sebentar hingga agak kering & garing. Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasa. Angkat & bolehlah hidangkan bersama nasi dagang.


Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (buang empulurnya)
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara:
Potong timun ikut suka. Hiris nipis bawang besar & cili hijau. Larutkan cuka bersama garam & gula. Kemudian campurkan dengan timun. Gaulkan hingga rata. Sedia utk dihidangkan bersama nasi dagang.


Set Nasi Dagang.

Saturday, November 17, 2007

Banana & Strawberry Smoothie

Smoothie ni anak2 dara akak yg dua orang tu yg buat (shasha & nana).. dgn pertolongan ayahnya. Dia org dapat dr Majalah Bratz yg dibeli hari tu... Senang je nak buat smoothie ni... budak2pun boleh buat...

Bahan-bahan:
1 biji pisang
3 biji strawberry
1 cawan susu segar
1 cawan ice cream perasa vanilla
1 sudu besar gula
Ketulan ais (jika suka)

Cara-cara:
Kisar semua bahan2 dalam blender. Masukkan dlm gelas yg sesuai. Letakkan ketulan ais jika suka. Disebabkan kat sini sekarang sejuk, anak2 tak mau letak ais, minum camtu aje... tp kalau kt Msia..wajib kena letak batu ais baru yummyyyyy...

Friday, November 16, 2007

Mee Jawa Perantau

Teringin betul nak makan Mee Jawa. Sepatutnya kena ada tauge & sayur sawi, tauhu goreng & fish cake. Tapi kat sini takyah le nak lengkap sangat. Terus menyelongkar peti ais, konon2 nak cari le apa2 je bahan yg diperlukan, tp takde le pulak. Nak suruh cik abe beli, kena tunggu lagi!. Akak terus ubah menu masukkan brokoli & kobis bunga...hahahaha...jadi le mee jawa ala mat salleh. Janji dapat makan mee jawa buatan sendiri.

Bahan-bahan:
600 gram mee kuning
200 gram daging
100 gram udang kering
2 biji ubi keledek (sederhana besar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air rebusan daging (2 liter)
Garam, gula & serbuk perasa
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung (campur dgn sedikit air)
Minyak utk menumis

Bahan sampingan:
4-5 biji telur rebus
100 gram kobis bunga
100 gram brokoli
3 biji cili hijau/merah
Limau/lemon

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Air rebusan daging dijadikan stok. Ubi keledek direbus hingga masak, kemudian dilenyekkan hingga hancur. Kisar udang kering. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm periuk. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering dan tumis sebentar sehingga agak kering. Masukkan ubi keledek yg telah dilenyek tadi. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Tunggu sehingga mendidih barulah masukkan tepung jagung. Akhir sekali masukkan garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa (jika suka). Tunggu sehingga kuah agak pekat sedikit. Tutup api.

Penyediaan:
Mee kuning dicelur sebentar, kemudian angkat & toskan. Daging yg telah rebus tadi dipotong nipis2. Celur brokoli & kobis bunga (masukkan sedikit garam & minyak masak supaya warna hijau brokoli nmpk sejar & cantik). Belah dua telur yg telah direbus tadi. Hiris nipis cili hijau/merah. Potong limau/lemon.

Masukkan sedikit mee kuning ke dalam mangkuk. Letakkan daging, telur rebus, sayur, cili & perah limau di dalamnya. Kemudian curahkan kuah di atasnya. Sedia utk di makan ketika panas2...