Saturday, December 29, 2007

Mee Bandung


Bahan-bahan Untuk Kuah:
100 gram daging
100 gram udang basah
5 batang crab stick
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
1/2 kiub pati ayam maggi
Garam, gula & lada sulah
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Bahan Sayur:
Karot
Kobis bunga/brocoli
(ikut suka sayur apa nak digunakan)

Cara-cara:
  • Hiris nipis daging. Udang dikupas, belah belakang & buang uratnya. Potong dua crab stick.
  • Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau.
  • Masukkan tomato puree, sos tiram, sos tomato & sos cili
  • Masukkan buah tomato & bawang besar, tumis sebentar, baru masukkan kicap.
  • Selepas itu masukkan daging, biar daging empuk.
  • Kemudian masukkan udang, crab stick & sayur2an.
  • Masukkan kiub pati ayam, garam, gula & lada sulah.
  • Masukkan air, tunggu hingga mendidih dan akhir sekali pecahkan telur di dalamnya. Tunggu seketika, padamkan api

Bahan-bahan lain:
Mee kuning [akak guna vermicelli pasta (sejenis pasta mcm mee tp kecil dr spagheti)]
Tauhu goreng
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Cili hiris+kicap cair+perahan jus lemon

Penyediaan:
Vermicelli pasta direbus dgn garam & sedikit minyak. Kalau menggunakan mee kuning, celur sekejap sahaja, angkat & toskan. Tauhu dihiris nipis.

Sendukkan sedikit pasta/mee ke dalam mangkuk. Letakkan tauhu goreng, bawang goreng & daun sup/daun bawang. Tambah cili hiris jika suka. Sendukkan kuah panas2 bersama2 isinya sekali. Sedia utk dihidangkan.


Masak Lemak Rebung & Udang

Bahan-bahan:
5-6 batang rebung jeruk
100 gram udang basah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi (klu taknak pedas kurangkan, klu nk pedas lg tambahkan)
1 inci belacan (dibakar)
1 batang serai (diketuk)
200ml santan pekat
Garam & gula
Kiub pati ikan bilis
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Potong rebung ikut suka. Kupas udang, belah belakang & buang uratnya. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Kemudian tumis semua bahan2 kisar, masukkan serai. Tumis hingga naik bau, baru masukkan santan pekat. Masukkan rebung & masak hingga rebung agak lembut. Masukkan udang basah. Biar sebentar, masukkan garam, gula & kiub pati ikan bilis. Masukkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat. Sedia utk dihidangkan!

Light Chocolate Mousse

Dari blog Noreen yg vogue! Terima kasih Reen berkongsi resepi & tips2.

Friday, December 28, 2007

Sushi

Pertama kali dlm hidup akak buat sushi... atas permintaan anak2 yg teringin sangat nak makan. Hari ni pergi ler ke Oriental Shop... terjumpa daun nori.. balik terus buat utk Yong & Adik.. Baby tak reti nak makan...

Dicedok dari blog Kak E yg anggun...terima kasih Kak E berkongsi resepi... Akak guna crab stick, baby carrot & timun utk buat intinya...



Sambal Ikan Bilis Petai

Sambal ni asben yg buat... Makanan peberet dia ni...

Bahan-bahan:
50gram ikan bilis (basuh & toskan)
1 botol petai jeruk (sbb takda petai fresh, guna petai dlm botol je)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk cili
6 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayanag kasar)
1 inci belacan (dibakar)
1/2 kiub pati ikan bilis maggi
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato (dicincang kasar)
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara:
Tumis cili kisar & serbuk cili. Masukkan bawang, tomato & belacan, goreng sebentar. Masukkan ikan bilis. Biar sebentar. Kemudian baru masukkan petai & bawang besar. Lepas itu masukkan air asam jawa. Akhir sekali masukkan garam, gula & kiub pati ikan bilis maggi. Sesuaikan rasa masin, manis & masamnya. Sedia utk dihidangkan bersama nasi panas2!

Dendeng Daging

Resepi dicedok dari blog Jun yg cute.. Sedap ler Jun, terima kasih berkongsi resepi ni.

Monday, December 24, 2007

Nasi Daging ala kak pah sherry

Nasi daging versi kak pah ni akak main hentam ikut selera sendiri je... tp rasanya tidak mengecewakan...

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
200 gram daging (direbus ambil airnya)
6 cawan air rebusan daging
3 sudu besar butter
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 kiub rice seasoning
Rempah tumis secukupnya (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih & kulit kayu manis)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Ambil 6 cawan airnya utk dimasukkan ke dalam nasi. Daging dihiris nipis, ketepikan. Bersihkan beras & toskan. Masukkan butter dlm periuk elektrik, masukkan bawang, halia & rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau, masukkan garam & rice seasoning. Masukkan beras & goreng sebentar supaya bila masak nti dia akan berderai & cantik. Masukkan air rebusan daging. Kacau & gaulkan supaya sekata. Tutup periuk. Tunggu sehingga nasi setengah kering baru masukkan kepingan daging tadi. Sedia utk dihidangkan.


Ini ler rupanya rice seasoning yg selalu akak gunakan utk dimasukkan ke dalam apa jua jenis nasi... seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi ayam & apa jua jenis nasi. Rasanya memang amat sedap sbb dia mengandungi rempah yg tersendiri. Kiub ini pemberian orang Arab. Tak tau ler ada tak dijual di Malaysia.

Saturday, December 22, 2007

Soto Daging

Kebetulan pergi berziarah rumah kawan pada hariraya aidiladha yg lepas & dia bagi nasi impit punya ler banyak. Akak cari idea nk makan apa dgn nasi impit tu.. Hubby pulak bg cadangan buat soto daging.. memandangkan dia tak berapa gemar makan sup ayam... jadi akak buat ler sup daging.. Tengok pulak bahan2 ada ler lebih kurang... Ini versi soto akak yg paling simple & senang nak buat... Dulu akak pernah belajar buat soto dgn org Johor tp soto ayam... dan menurut beliau memang ada sup khas utk buat soto... akak buat ikut apa yg terlintas difikiran je.. janji dpt makan soto...














Sup Daging/Tulang

1 kg tulang & daging lembu
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 kiub tulang rusuk maggie
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Rebus tulang & daging dlm periuk. Kisar bawang & halia. Tumis semua bahan & rempah tumis tadi hingga naik bau. Masukkan dalam periuk daging tadi. Setelah daging empuk keluarkan dari periuk & hiris nipis2. Tinggalkan tulang dlm periuk.

Bahan-bahan lain utk soto:
Nasi impit secukupnya
Suun (digoreng dengan minyak)
Kacang tanah (digoreng)
Bawang goreng/daun bawang
Sambal Kicap

Sambal Kicap:
15 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
1/2 cawan kicap manis & kicap masin

Cara-cara:
Kisar cili & bawang putih hingga hancur. Masukkan dlm bekas. Tuang kicap & jus lemon di dalamnya. Rasa manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama soto.


Friday, December 21, 2007

Roti Telur Simple

Sarapan pagi dikala penyakit M melanda... Senang & mudah disediakan...

Bahan-bahan:
6 keping roti paun
2-3 biji telur
Sedikit garam
Butter utk menggoreng

Cara-cara:
Potong roti ikut suka (segitiga @ segiempat). Pukul telur sedikit & masukkan garam didalamnya. Celupkan roti dlm telur hingga semua bahagian roti diliputi telur. Masukkan sedikit butter ke dalam kuali yg telah dipanaskan. Goreng roti & balik2kan supaya tidak hangus. Letakkan tisu dalam pinggan utk toskan minyaknya. Sedia utk dibuat sarapan pagi atau minum petang. Cicah dgn sos atau dimakan begitu sahaja.