Monday, April 28, 2008

Tempoyak Goreng Udang...

Buat tempoyak goreng ni sbb ternampak dlm blog Edazman (resepi Dayang ler tu... yarabbi Dyg oiii...meleleh aik liur kamek nanggar!), terliur akak tengok. Ini orang-orang Sarawak je selalu buat stail mcm ni... Kalau kat Perak dia org lebih suka makan mentah+cili padi+ikan bilis. Lepas tu makan dgn timun.


Bahan-bahan:
10 -15 ekor udang basah (boleh digantikan dgn ikan bilis juga)
2 senduk tempoyak (buat sendiri)
5 biji cili padi
1 biji cili besar merah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Cara:
  • Bersihkan udang, buang urat hitam, cuci & toskan.
  • Tumbuk bawang merah, cili padi & bawang putih.
  • Bawang besar & cili merah di mayang.
  • Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan udang, masak sebentar.
  • Masukkan tempoyak, gaul rata & balik2kan hingg sekata.
  • Masukkan cili besar & bawang besar. Biarkan layu sebentar.
  • Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasanya.
  • Tutup api & boleh ler dihidangkan dgn nasi putih.

Friday, April 25, 2008

Tempahan Kek Harijadi Lagi...

MOIST CHOCOLATE CAKE...


Tempahan kek harijadi buat suami tercinta dari seorang kawan di Darnall. Beliau meminta akak membuat kek coklat kukus...


Thursday, April 24, 2008

Homemade Tenggiri Masin


Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri segar
Garam
Bekas kedap udara (utk menyimpan ikan)

Cara:
  • Bersihkan ikan tenggiri, buang perutnya.
  • Potong sederhana nipis, toskan hingga betul-betul kering.
  • Bila sudah kering lumurkan keseluruhan ikan dengan garam hingga memenuhi semua bahagian ikan (pastikan semua bahagian kena garam).
  • Sediakan bekas kedap udara yg agak besar.
  • Susunkan ikan tadi dlm bekas tersebut (jgn ditindih, biarkan satu2).
  • Biarkan 2-3 hari (klu kat Msia masukkan dlm peti ais, sbb kat sana panas. Akak kat sini setelah 3 hari baru masukkan dlm peti ais).
  • Goreng atau bakar seperti biasa. Sedap oiii... makan dgn nasi panas2, lepas tu ada sambal belacan.. fuyoooo!

Ketupat Sotong Goreng

Bahan-bahan:
10-12 ekor sotong (sederhana besar)
1 cawan beras pulut
Santan cair
Garam
Lidi (utk menyemat sotong)
Minyak utk menggoreng

Cara:
  • Bersihkan sotong, buang dakwat hitam & tulang belakang sotong.
  • Beras pulut direndam sekejap. Kemudian kukus dgn santan & sedikit garam hingga masak.
  • Masukkan pulut hingga memenuhi ruang2 dlm sotong.
  • Masukkan kepala sotong, kemudian sematkan dgn lidi.
  • Sediakan kuali dgn minyak yg banyak (deep fryer lagi bagus).
  • Gorengkan sotong tadi hingga kekuningan (jgn terlalu kering, nti sotong akan jd keras bila sejuk).
  • Sedap dicicah dgn sos cili, sos keropok lekur atau kuah kacang.

Tag Dari Nita

Tag dari Nita@sudipkayu.. tentang buku resepi & buku conteng2... Ni ler aje yg akak ada kat sini... ada jugak buku conteng2 akak tinggal kat Msia... Diharap Puan Nita kita puas hati ye.. hehehehe
Yang kat atas sekali tu buku conteng2 akak (3 buah buku kecik) ...ada lagi sebenarnya tp teruk sgt ler contengannya, tak sanggup akak nak pamerkan...kehkehkeh... Yang kat bawah tu buku resepi kek lapis Sarawak tulisan Puan Rabiah Amit...

Buku-buku yg di sebelah kanan sekali tu, baru aje akak beli (sbb kat sini tengah sale buku)... antaranya dari Chef terkenal yg selalu masak dlm tv tu.. Nigelia Lawson tajuknya Feast, Food That Celebrates Life.. Yang seterusnya The Baking Cookbook, penulisnya ramai sgt.. Everyday Pasta, A Collection of over 100 Essential Recipes (semuanya tentang resepi pasta) dan yg akhir sekali Party & Appetizers, editor Gina Steer.. InsyaAllah koleksi buku2 masakan ini akan ditambah dari masa ke semasa sebab kat sini kalau masa sale... murahnya yg teramat sangat.. potongan harga sampai 90%...

Monday, April 21, 2008

Kerabu Taugeh

Kerabu ni dah ada resepinya kat dalam ni... saja jer nak tayang.

Beehon Goreng Seafood


Bahan-bahan:
1 bungkus beehon (rendam dgn air panas sekejap, toskan)
5 ekor udang basah
5 ekor kupang hijau (green mussel)
3 ekor sotong
Sedikit sayur sawi

Bahan Tumis:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & sedikit kiub pati ikan bilis
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Potong udang, mussel & sotong ikut suka. Kisar bawang putih & bawang merah. Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan sos cili, tomato & sos tiram. Masak sebentar kemudian masukkan seafood (udang, mussel & sotong). Masak hingga air sedikit sejat. Masukkan beehon. Gaul hingga sebati dan masukkan sayur sawi. Masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & kiub pati ikan bilis. Sesuaikan rasa sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan tambahan:
Telur goreng
Cili merah
Limau/lemon


Saturday, April 19, 2008

Tag Dari Yat & Abe Mat



This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p

************************************************************


next

The lucky 10 person I am going to tag is :

(ini nama-nama di bawah ni sudilah terima hadiah dari yat frame from dubai kat atas tu-
gantung kat blog yek)

k.ummi, k.e, k.pah,nor, zai,amy, pakcik mat, sweetlily, k.jun, cik wan

****************************************************************************

10 orang mangsa ialah seperti di bawah:

Jo Ayee, Rozie, Nita, Ctnik, Dayang, Ummizaihadi, Finnie, Siti Azma, Shafidah Shamen & Zaliana

(diharap nama-nama di atas sudi ler kiranya menerima hadiah istimewa dari kak pah...heheehehe... terimalah gambar Sheffield City Centre juga.. copy dr tenet je...)