Monday, September 15, 2008

Bubur Lambuk...

Satu lagi resepi diadaptasi dari myresipi oleh quinnie@myresipi.com...


Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
Daging (ikut suka.. kalau suka letak byk daging)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan santan pekat
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
kiub pati lembu
Air secukupnya

Cara:
  • panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..
  • lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  • kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air... masukkan air halia... biar mendidih.
  • lepas tu masukkan air biasa...agak2 ler...
  • bila air dah mendidih.. letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  • masukkan beras.. masak hingga beras jadi hancur.. kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  • selepas beras dah hancur.. masukkan garam dan udang kering.
  • kemudian bolehlah letak pati santan..ikut suka.. kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  • bila dah pekat bolehlah letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  • kalau suka boleh letak sayur2 kegemaran..

Colek Ike (Ikan) Tenggiri...




Juga dari myresipi.com... Resepi asal dari Zaliana@myresipi.com... Sedap ada pedas, masam, masin, manis & amat sesuai utk berbuka atau bersahur dikala tiada selera makan...


Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (hiris)

Cara:
  • Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak. (Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
  • Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang, tomato dan daun ketumbar.
  • Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Udang Supreme...

Jengok myresipi.com terjumpa resepi ini... Diadaptasi dari majalah rasa oleh Pn Anawahid @ waheedeana@myresipi.com..


Bahan-bahan:

500gm udang (dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor, buang urat belakang udang)
3 batang lada merah (di cincang)
3 batang lada hijau (di cincang)
1 biji bawang besar (di cincang)
1 inci halia (di cincang)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
minyak untuk menumis
Sedikit garam klu kurang masin

Cara:
  • panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu sehingga udang bertukar warna (kemerahan, jgn lama sgt nti terkeras ler pulak)
  • tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, bawang merah bawang besar dan halia sehingga garing& naik bau.
  • masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • tambah garam jika sekiranya kurang masin
  • sedia untuk di hidang semasa berbuka puasa....

Sunday, September 14, 2008

Pizza Daging...

Antara menu berbuka utk anak2...


Penggemar Western Food no 1...


Tuesday, September 9, 2008

Menu Berbuka Puasa...


Antara menu berbuka puasa pada minggu lepas... Anak2 gadis akak yg 2 org tu suka sgt Western Food masa bulan puasa ni... tak larat dah nak buat... nak pizza, lasagna, spagheti... Si ayah pulak hari2 nak salad sayur... tp tetap makan dgn nasi.. perut melayu ler katakan...

Disebabkan adik iparku nak resepi lasagna ni... maka diperturunkan ler resepi kat bawah ni.. diadaptasi dari resepi Joayee@myresipi.com.. tp telah diubahsuai sedikit mengikut selera..

Bahan-bahan:
4-6 keping lasagna
400gram daging hancur (boleh juga guna beef burger, blend)
1 biji bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin chopped tomato (boleh guna tomato segar, kemudian dipotong dadu kecil)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh rempah kari (jika suka, akak tak masukkan)
Sedikit kiub lembu /ayam
2 sudu besar tomato puree
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, gula & serbuk perasa
Sayur2an ikut suka spt karot, cendawan butang, capsicum dsbnya...

Cara:
  • Tumis bawang hingga naik bau, masukkan rempah kari, kemudian masukkan daging. Biar sebentar sehingga air daging agak kering. Baru masukkan sayur2an, serbuk perasa. Sesuaikan rasanya.. Jgn biarkan terlalu kering airnya.

Sos Putih
1 pint susu segar
3 sudu besar tepung gandum (cukup utk memekatkan sos)
  • Panaskan susu segar yg telah dicampurkan dgn tepung ke dalam periuk. Kacau hingga agak2 pekat. Tutup api.

Bahan lain:
Mozarella Cheese/Cheddar Cheese (parut kasar)



Cara-cara membuat lasagna:

Rebus lasagna sekejap hingga agak lembut, letak sedikit minyak supaya tak melekat... jgn tindihkan.

Lapisan 1: Filling (daging)
Lapisan 2: Sos putih
Lapisan 3: Cheese
Lapisan 4: Kepingan lasagna
  • Ulangi proses & ratakan keseluruhan setiap lapisan supaya kemas.. layer terakhir hendaklah letakkan cheese. Masukkan dlm oven bersuhu 200C selama 30 minit (ikut oven).


Wednesday, August 20, 2008

Kek Lapis Sutera Lagenda



Resepi dari buku kek lapis Rabiah Amit... Akak buat kek ini sebagai hadiah kepada supervisor hubby yg menyambut harijadinya yg ke 60 tahun pada 15 Ogos 2008 yg lepas... dia telah jadikan kek ini sebagai kek harijadi dia & diletakkannya lilin di atasnya.. terasa lucu bila kek lapis jadi birthday cake.. kemudian dimakan dengan aiskrim... sedap jugak kek lapis makan dgn aiskrim...

Gambar2 semasa harijadi Prof Michael Corris.


Moist Chocolate Cake Lagi...

Cikgu Mumtaz sedang memotong kek... dia kata sayang nak potong...hehehehe

Buat kek coklat ni utk kelas Inggeris yg terakhir cuti summer...

Ayam Golek Masak Lemak Cili Api


Juga sudah ada dlm blog ni... cuma kali ini akak potong 4 ayam tersebut supaya cepat masak... kemudian akak bakar dlm oven selama 15 minit...


Ikan Kembung Bakar ala Portugis


Resepi asal dari Jun.. resepi ini dah ada dlm blog ni & selalu dibuat, cuma akak tukar2kan jenis ikannya sahaja...