Wednesday, September 17, 2008

Bubur Pedas...


Inilah masakan tradisi Sarawak yg wajib ada pada setiap kali menjelang Ramadhan... Bahan utama yg digunakan memang hanya terdapat di Sarawak iaitu 'mumbu' bubur pedas yg diperbuat daripada beras yang digoreng & rempah ratus, seterusnya dipaketkan.. Mumbu tersebut boleh tahan sampai bertahun klu disimpan ditempat kering atau didalam peti sejuk.

Bahan2 lain yg digunakan ialah seperti udang basah, daging, ayam, bermacam jenis sayur2an tempatan (tp kat sini akak hentam mana yg ada spt kobis ungu, anak jagung, fucuk, kacang panjang, kobis bunga & karot). Orang Sarawak selalu masukkan pucuk midin, umbut nenas & sayur2 tempatan yg tidak terdapat di mana2 negeri lain... dan bahan penting lain yg dimasukkan ialah kulit lembut yg telah direbus lembut seolah2 mcm jelly (fuyooo.. meleleh dah air liur ni).. kulit lembut ini juga teramat sedap dibuat kerabu atau umai...

No comments: