Sunday, January 27, 2008

Jeng...Jeng...Jeng... Tayangan Perdana!

Kepada kawan-kawan yg nak sangat tengok my new toys tu... dipersilakan ler... hehehehe...

Dinner set Royal Albert "Old Country Roses" (set 12 orang)... baru dapat semalam..hehehehe. Akan ditambah dari masa ke semasa spt tea set, barangan & perhiasan tambahan yg lain... tunggu...!!!

Portmeirion Strawberry Fair... baru sempat beli pinggan aje... insyaAllah juga akan ditambah supaya menjadi set yang lengkap...

Kitchen Aid Artisan 5 quad... setelah menunggu 2 bulan lebih baru tiba dari US... fuhh berpeluh menunggu!

Saturday, January 26, 2008

Vanilla Muffin

Pertama kali akak buat muffin ok dan agak kembang... hehehehe..selalu buat bantat aje... Mula-mula tengok dlm blog Zaliana.. nampak senang & bahan2pun semua ada... Resepi asal dari deenoos@myresipi.com.

Bahan-bahan:
8 sudu besar mentega (cairkan)
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla (akak guna yg jenis serbuk)

Cara-cara:
  • Pukul mentega & gula hingga kembang.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain. Pukul lagi hingga sebati.
  • Isikan adunan ke dalam kertas muffin.
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 180C.

Tuesday, January 22, 2008

Non Bake Cheese Cake

Minggu lepas tak tau kenapa asyik nak buat resepi kat blog Mat Gebu aje... Ini satu lagi resepi yg diceduk dari Sifu Mat Gebu... Kek ini akak buat untuk majlis tahlil & perpisahan kawan2 iaitu Fadly/Aishah & Dr Hazri & family... tu yg tak dapat dipotong.










Sorry ye Mat..akak copy & paste aje resepi asalnya..

Bahan Dasar:

150 g tepung gandum, diayak
100 g mentega
1 kuning telur
50 g gula aising
1 - 2 camca besar air ais

Bahan Inti:
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah peach (dari dalam tin peach)
100 g buah peach dalam tin, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:
10 biji cari bertangkai (jika suka)
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)

(akak tak guna croquant tp digantikan dgn musili yg telah dihancurkan)

Cara Membuatnya:

Untuk Dasar Kek:

Satukan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan kuning telur dan terus menggaul. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastic cling dan sejukkan 30 minit. Keluardan doh dan tekan doh dalam tin "spring form" berukuran 8 inci hingga memenuhi dasar tin. Cucuk2 dengan garfu dan bakar dalam oven pada suhu 195C, selama 15 minit. Keluar kan tin dari oven dan biarkan sejuk betul2.

Untuk Inti:

Satukan gelatin halal dan 100 ml air tadi dalam bekas tahan panas. Gaul hingga larut. Tenggekkan bekas tadi dalam air panas dan kacau bancuhan gelatin tadi hingga jernih dan suam. Ketepikan. Dalam mixing bowl, pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen vanilla, susu sejat dan jus buah pic dari tin tadi, terus memukul hingga semua sebati. Perlahankan speed dan tuang gelatin suam tadi. Gaul hingga rata.

Untuk Kek Keju:

Dalam tin yg berisi doh tadi, taburkan potongan buah pic, biar berselerak. Tuang adunan inti perlahan2 dan ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam. Sementara itu, untuk hiasan, panaskan air bersama gula dan serbuk jelly, kacau hingga gula hancur. Matikan api, tapis jelly cair tadi dan biarkan suam sedikit. Keluarkan kek dari peti sejuk, susun ceri bertangkai mengikut kreativiti masing2 dan sudukan sedikit demi sedikit jelly tadi hingga habis. Sejukkan kembali hingga jelly mengeras. Tanggalkan dari spring form pan (kalau rasa susah, larikan pisau yang dipanaskan atas api disekeliling kek). Tekup "croquant" di sekeliling tepi kek sebagai hiasan.

PETUA:

Masa nak potong cheese cake ni, panaskan sedikit pisau atas api, baru diguna untuk memotong kek untuk mendapatkan hasil potongan yang licin dan cun....Selamat mencuba!!!


Saturday, January 19, 2008

Quiche Tuna Berkeju

Diceduk dari blog The Great Mat Gebu.. terima kasih Mat kerana resepi ni mmg sedap sangat... separuh akak buat berbuka puasa hari ni.. separuh lagi akak bagi sbg potluck di Subud (ada ceramah agama sempena hari asyura di Darnall).

Bahan Pastri :
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk bawang putih (optional)

Bahan Inti :
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung)
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 g parutan keju cheddar*(*untuk hiasan)

Bahan Kastad:
3 biji telur*
1/3 cawan susu segar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*
(*dibancuh hingga rata)


Cara-cara:

Untuk Pastri:

  • Masukkan tepung, gula aising dan serbuk bawang putih (jika guna) dalam satu bekas. Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jadi sehingga adunan berupa serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastic cling dan dinginkan 20 minit. Tak pe jika telur tidak habis digunakan.

Untuk Inti:

  • Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bay leaf dan mix vege, gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam, pati ikan bilis dan juga susu. Kacau hingga semua sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan buang bay leaf. Ketepikan.

Penyediaan Quiche Tuna Berkeju:
  • Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter 30cm. Alihkan ke dalam acuan tart (24cm) yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu. Alas doh dengan aluminium foil, dan masukkan kekacang. Bakar 15 minit pada suhu 175C. Kemudian, alihkan aluminium foil dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan.

Seafood Tomyam

Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana
1 ekor sotong besar (dikelar & dipotong memanjang)
5 batang crab stick (potong 2)
2 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar (belah 6)
1 biji lemon (ambil jusnya)
15 biji cili padi (separuh diketuk, separuh lg biarkan sebiji2)
3 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos oyster
5 helai daun limau purut
5 hirisan lengkuas
1/2 kiub pati ikan bilis
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Sayur-sayuran:
Lobak merah (carrot)
Tomato
Bunga kobis
Brocoli
Capsicum

Cara-cara:
  • Masukkan air dlm periuk. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan pes tomyam.
  • Masukkan serai, hirisan lengkuas & cili padi. Biar sebentar.
  • Masukkan udang & sotong dahulu, lepas itu baru masukkan crab stick.
  • Terus masukkan lobak merah, brocoli & bunga kobis
  • Baru masukkan bawang besar & tomato.
  • Masukkan garam, gula, sos ikan, sos oyster, kiub pati ikan bilis, jus lemon & daun limau purut. Biarkan sebentar tp jgn terlalu lama, nanti sayur terlalu layu.
  • Sesuaikan rasa & boleh dihidangkan ketika berasap2....

Kerabu @ Salad Ikan Bilis

Sempena puasa asyura hari ni akak buat ler juadah lain sikit... tp yg paling bestnya berbuka puasa pada pukul 4.24 ptg.. hehehehe... bestnya berpuasa pada musim sejuk mcm ni... Akak buat quiche tuna berkeju, kerabu ikan bilis & seafood tomyam...


Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
10 biji cili padi
1 biji tomato
Secekak daun ketumbar
3 keping lettuce (daun salad)
1 biji lemon
1 sudu besar sos ikan
Garam
Gula

Cara-cara:
  • Ikan bilis direndam dgn air panas sebentar untuk melembutkan isinya. Kemudian toskan.
  • Hiris bawang besar, bawang merah & cili padi.
  • Daun ketumbar & lettuce juga dihiris.
  • Tomato dihiris dadu kecil
  • Perah lemon untuk ambil jusnya.
  • Campur kesemua bahan2 dengan ikan bilis dlm satu bekas.
  • Masukkan sos ikan, garam & gula.
  • Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya.

Kuih Bingka Tepung Beras

Satu hari tu akak tanya kat hubby kuih apa yg dia teringin nak makan... dia kata kuih bingka tepung beras.. sebab masa dia bersekolah rendah dahulu.. tiap2 hari dia makan kuih ini & dia amat suka sekali.. kalau orang dulu2 buat menggunakan sabut kelapa utk membakar kuih ni..tp memandangkan skrg dah ada oven..buat apa ler kita nak menyusahkan diri nak cari sabut kelapa pulak ye... hehehe. Akakpun menjelajah myresipi.com & ditakdirkan berjumpa ler resepi ini. Terima kasih byk2 kepada my dear Jun@myresipi.com yg telah berkongsi resepi kuih ni.. Akak telah buat kuih ni dua kali.., kali pertama akak guna 1 adunan sahaja...mgkn sbb akak menggunakan acuan besar jadi kuih jadi nipis ler pulak... kali ini akak guna 2 adunan dari resepi di bawah...


Bahan-bahan:
150gram tepung beras
180gram gula
300gram santan pekat
450gram air
Sedikit garam

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan-bahan. Kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan.
  • Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat. Tutup api dan kacau lagi hingga nampak licin.
  • Sediakan loyang yg sesuai & sapukan sedikit minyak atau butter.
  • Bakar pada suhu 200C selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.

Bubur Nasi

Bubur ini dibuat semasa anak sulung akak (Yong) tak sihat hari tu...

Bubur nasi makan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng, lobak masin hancur, bawang jeruk & bawang goreng.

Thursday, January 17, 2008

Strawberry Smoothie with Ice Cream Soda


Bahan-bahan:
10 biji buah strawberry segar
4 sudu besar ice cream perasa strawberry
2 gelas ice cream soda (lemonade boleh juga)
1 gelas susu segar
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Masuk semua bahan2 dalam blender. Kisar semua. Masukkan dalam gelas kesukaan & letak batu ais (jika suka). Sedia untuk diminum.

Monday, January 14, 2008

Nasi Pilaf 'Mak Daro'

Resepi dari Mak Daro (Kak Nis)... memang sedap & bahan2pun senang nak dapat.. akak guna separuh dari bahan2 yg digunakan oleh kak nis...




Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
180gram butter
Rempah tumis secukupnya (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 1/2 biji bawang besar
Air secukupnya
Garam
Daun ketumbar & daun pudina
Bawang goreng
Kismis kuning (akak guna kismis hitam, takde stok punya pasal)

Cara-cara:
  • Cuci beras, rendam selama 1/2 jam & toskan hingga kering airnya.
  • Panas periuk letrik. Cairkan butter.
  • Masuk rempah tumis & daun pandan.
  • Masukkan bawang besar, gaul rata.
  • Masuk beras & gaul (jgn terlalu cepat, nti beras pecah). Goreng beras sebentar dgn cara clockwise hingga sebati dengan butter supaya nasi akan berderai & masak cantik tidak melekat.
  • Masuk air (sukatan hendaklah betul).
  • Tanak nasi macam biasa. Tabur kismis, bawang goreng, daun pudina & daun ketumbar.

Sunday, January 13, 2008

Moist Chocolate Cake

Resepi dari Lydia di My Kitchen...


Bahan-bahan:
*1 cawan tepung kek/tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
(*satukan & ayak 3x)
1 cawan gula
2 biji telur
125gram butter
1 sudu teh esen vanilla

Pes coklat:
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh nescafe
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu cair

Campurkan semua bahan-bahan supaya menjadi pes coklat.

Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 175C. Lapik acuan dengan kertas kek.
  • Pukul butter & gula hingga putih
  • Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang & sebati.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat. Gaul rata & sebati.
  • Masukkan dalam acuan & bakar dalam oven selama 45-50 minit. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.

Coklat Ganache

Bahan-bahan:
100gram coklat masakan
50ml UHT whipping cream
1 sudu teh mentega

Cara-cara:
Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat tadi.


Rich Blackforest Cake & Butter Cream

Resepi ni dapat dari blog my dear Jun di yummylicious (resepi asal Mat Gebu) tapi akak tak guna whipping cream... akak gantikan dgn butter cream untuk krimnya...


Bahan-bahan:
250gram butter
1 sudu besar nescafe (campur 11/2 cawan air panas)
200gram coklat masakan (potong kecil2)
2 cawan gula halus
11/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
  • Lapik acuan berbentuk bulat dengan kertas kek.
  • Cairkan butter, masukkan bancuhan nescafe, coklat & gula. Kacau semua hingga sebati (jangan sampai mendidih). Masukkan ke dalam mixing bowl & biar suam.
  • Campur kedua-dua jenis tepung bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan butter tadi sikit2. Gaul rata.
  • Masukkan terlur satu persatu sambil terus diputar.
  • Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  • Tuang dalan acuan dan bakar selama 1 jam 45 minit pada suhu 150C.
  • Bila masak sejukkan dahulu, kemudian keluarkan dari acuan. Bolehlah dihias dengan butter cream.

Butter Cream

Bahan-bahan (untuk 2 biji kek):
500gram mentega tanpa garam
500gram white shortening
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara:
Campur semua bahan jadi satu dalam mixer bowl. Putar dengan perlahan selama 10 minit (paling slow). Setelah itu naikkan kecepatan mixer pada sederhana selama 30 minit. Putar sampai butter cream kembang dan putih gebu.

# Butter cream ini boleh disimpan dalam peti ais dalam bekas kedap udara. Jika hendak menggunakannya keluarkan dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik. Setelah itu pukul semula dalam 20 minit sebelum digunakan. Untuk mencampurkan warna, pilih warna yg rata & tidak berbintik.

* Untuk sebiji kek boleh gunakan separuh dari bahan-bahan di atas.

Butter cream ni akak dapat dari blog Bunda Zidan & Syifa...


Thursday, January 10, 2008

Birthday...

Sempena harijadi akak semalam (9 Januari)... akak buat kek harijadi dan sedikit juadah untuk makan bersama family semua... Nak buat lauk tambahan lagi tp tak sempat sbb kesuntukan masa... makan ler apa yg ada... yg penting keknya siap walaupun tak sesempurna seperti yg diharapkan... akak bab mendeco mmg lomah, sememeh & berterabur...kehkehkeh...

Semasa memotong kek...

Rich Blackforest Cake (blog Jun, resepi asal Mat Gebu)... (utk icing akak guna butter cream; resepi Bunda Zidan & Syifa)

Sushi... (dari blog Kak E...)

Moist Chocolate Cake... (resepi Lydia)

Strawberry Smoothie with ice cream soda...

Nasi pilaf (resepi kak nis...)

Kuah kacang Sarawak & nasi impit; pertama kali buat nasi impit sendiri (resepi Rozie)...

Gambar2 lain semasa sambut birthday terdapat di sini

Terima kasih kpd kawan2 yg menghantar ucapan melalui blog, yahoo messenger, sms dsbnya.. Ucapan & kek Rozie dlm mama vogue... Juga buat Nita di sudipkayu... terima kasih byk2.. Terima kasih juga diucapkan buat Kak E di yummy2 in my tummy.. Cayang semua!

Tuesday, January 8, 2008

Ayam Goreng Kunyit & Kacang Panjang


Resepi ayam goreng kunyit inipun sudah ada dlm blog akak ni..cuma tambah kacang panjang sahaja...

Sambal Goreng Tempe & Petai


Resepi ni sudah ada... cuma tambah tempe je.. Terima kasih byk pada Nita atas sumbangan ikhlas tempe yg mmg susah nak dpt kat sini.. tp dia terjumpa kat Scotland hehehe...


Nasi Goreng 'Crab Stick'

Untuk perabihkan stok mix vege & crab stick dalam fridge ler ni...

Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi semalam
1 cawan mix vege
5 batang crab stick
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Sedikit kiub pati ikan bilis maggi
1 sudu besar sos tiram
Garam
Minyak

Cara-cara:
Gaul nasi dengan garam. Potong crab stick ikut suka. Kisar bawang merah & bawang putih. Tumis cilis kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Gaul sebentar kemudian masukkan crab stick & mix vege. Masukkan kiub pati ikan bilis. Lepas itu barulah masukkan nasi, gaul rata & balik2kan.. Sedia utk dihidangkan.


Glitter Text Words - http://www.glittertextlive.com

Mat.. semoga semakin murah rezeki, ceria selalu... sihat sejahtera disamping keluarga yg tersayang... dan semoga blog cepat2 dapat post entry...
Ehmm.. ehmm..bila lagi?
Sorry Mat.. tak sempat nak buat kek...

Monday, January 7, 2008

Acar Rebung

Acar ini kalau kat Sarawak selalu dibuat untuk kenduri di kpg2 sebagai menu tambahan atau ala2 sambal...

Bahan-bahan:
2-3 batang pucuk rebung (bahagian hujungnya yg lembut)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50gram udang kering/ikanbilis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cuka (klu kurang masam boleh tambah lg)
2 sudu besar gula (klu kurang manispun boleh tambah juga)
1 sudu besar serbuk kari ikan (akak guna jenama Adabi)
Garam
Sedikit air
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Potong (cincang) rebung kecil2. Kalau menggunakan rebung fresh hendaklah direbus terlebih dahulu hingga lembut. Akak menggunakan rebung jeruk, jadi tak payah direbus. Kisar bawang merah, bawang putih & udang kering/ikan bilis. Tumis cili & bahan2 yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rebung, biarkan sebentar hingga agak garing, masukkan garam, cuka & gula. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Biar semua bahan2 sebati dahulu. Rasakan masam, manis & masinnya. Tutup api & bolehlah dihidangkan.

Ikan Bakar & Air Asam

Jengok2 blog Jun (ratu 70an..kata Mat Gebu), terliur tengok ikan bakar. Terus cuba buat kebetulan pulak ada ikan selar dlm freezer. Tapi akak tak guna sambal kicap, akak buat air asam utk cicah dia. Kebetulan pulak Nita bagi kunyit hidup (tq Nita)... pucuk dicita ulam mendatang...

Resepi Jun @ yummylicious.

Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan kembung (akak gunakan ikan selar)
1-2 biji limau kasturi (akak guna 1 biji lemon)
1 sudu teh garam


Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

2 sudu besar cili kisar

1 inci kunyit hidup (kes nk jimat kunyit hidup, susah nk dpt oiii...kat sini)

1 inci lengkuas

1 batang serai


Cara-cara:
Ikan digaul dengan garam, jus limau bahan kisar. Perap selama 1 jam. Bakar dalam aluminium foil hingga masak. Hidang bersama air asam atau sambal kicap.


Air Asam


Bahan-bahan:

10 biji cili padi
1 biji tomato
Sebesar ibu jari belacan (bakar dahulu)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar jus lemon
Garam & gula secukup rasa

Hiris semua bahan2. Belacan dihancurkan dgn air panas. Campurkan semua bahan dlm satu bekas. Sesuaikan rasanya. Sebagai pencicah ikan bakar.


Friday, January 4, 2008

Bubur Butir Nangka

Belajar buat bubut butir nangka ni dengan Dr Raihan (Ann)... tq Ann! Resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) ni, memang sedap!

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh pes pandan (akak tak gunakan pewarna hijau sbb pes pandan yg akak gunakan jenis pekat & bewarna hijau)
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Uli hingga sebati. Agak-agak tak melekat di tangan, boleh ler digentel kecil2 seperti bentuk biji nangka.
Sediakan satu periuk. Masak air sehingga mendidih. Masukkan butir nangka tadi ke dalam air yg mendidih tersebut. Bila butir nangka timbul bererti dia sudah masak & boleh dimasukkan ke dalam kuah santan.

Bahan kuah:
400ml santan pekat (1 tin)
Sedikit garam
Gula secukupnya
1 sudu teh halba
1 helai daun pandan (disimpul)
# akak saja tambah daun pandan supaya wangi, resepi Ann takde daun pandan.

Cara-cara:
Masak santan pekat dalam periuk. Masukkan halba, daun pandan, gula & garam. Perlahankan api. Bila butir nangka sudah timbul dari air mendidih, masukkan ke dalam periuk santan. Jika santan terlalu pekat bolehlah ditambah air sedikit.

Kari Mackerel

Bahan-bahan:
2 ekor ikan mackerel (sederhana besar)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk cili (jika suka)
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 sudu besar serbuk kari ikan Adabi
100ml santan pekat
Sedikit kiub pati ikan bilis maggi (jika suka)
1 cawan air asam jawa
2 biji tomato (belah 4)
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis secukupnya)
Garam & gula secukup rasa
Minyak
Air secukupnya

Cara-cara:
Potong ikan ikut suka. Tumis cili kisar, serbuk cili & bahan2 kisar. Masukkan rempah tumis. Goreng sebentar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, biar sebentar sehingga kari masak sambil dibalik2kan. Masukkan santan, gaul rata. Selepas itu masukkan air asam jawa. Jika terlalu pekat masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan ikan. Masukkan bahan2 perasa. Akhir sekali masukkan tomato. Biar sebentar, tutup api. Sedia utk dihidangkan.

Puding Tiga Rasa

Bahan-bahan:
10gram agar-agar tali
700ml air
180gram gula
1 biji telur
60gram butter
200ml susu segar (kalau nk guna susu cairpun boleh)
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar horlick
1 sudu besar cappucino segera + pewarna merah

Cara-cara:
  • Masak agar-agar dengan air & gula hingga larut.
  • Pukul telur sedikit, masukkan susu segar & tepung kastad. Kacau hingga larut & tidak berketul-ketul. Kemudian tapiskan adunan.
  • Masukkan adunan telur ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacau & masak lagi hingga mendidih.
  • Masukkan butter, biarkan ianya cair dahulu baru tutup api.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  • Bahagian pertama masukkan serbuk koko.
  • Bahagian kedua masukkan horlick.
  • Bahagian ketiga masukkan cappucino segera & pewarna merah.
  • Sediakan bekas kaca. Tuangkan adunan koko dahulu.
  • Kemudian tuangkan adunan horlick di atasnya.
  • Akhir sekali tuangkan adunan cappucino di atas adunan horlick.
  • Biarkan sejuk seketika barulah masukkan ke dalam peti ais supaya cepat beku.
  • Potong puding dgn menggunakan pisau pemotong agar2 (yg bergerigi).
Puding sebelum dipotong... asben akak cakap mcm telur masin ler pulak..hahahaha..


Wednesday, January 2, 2008

Thai Vermicelli Salad @ Mat Gebu

Dari blog Mat Gebu... memang sedap, kena dengan selera akak yg memang suka yang pedas2 gitu! Akak cuma guna separuh sahaja dr bahan2 dibawah...

Bahan Utama:
100gram soo hoon
1 cawan air
1/2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
300gram isi udang
1 biji bawang besar (hiris halus)
2 tangkai daun bawang (hiris halus)
4 tangaki daun sup (hiris halus)

Bahan Dressing:
3 biji limau nipis, ambil jusnya (akak guna jus lemon)
4 camca besar sos ikan
4 ulas bawang putih, cincang lumat
6 biji cili padi siam, hiris halus (akak guna cili padi)
2 camca besar gula (akak cmpr dgn gula merah)

Bahan Lain:
Lettuce (kobis salad)

Cara-cara:
  • Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
  • Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.

Japanese Soup (Sup Jepun)

Sup ini adalah resepi hubby (belajar dr seorg kawan Chinese di Sarawak)... beliau sendiri yg masak..akak cuma menyediakan bahan2 sahaja... Sup ini amat sesuai utk sesiapa yg menggamalkan diet sbb langsung tidak menggunakan minyak.

Bahan-bahan:
100gram isi ayam (hiris nipis memanjang)
5 batang crab stick (potong memanjang)
1 kiub silken tofu @ Japanese tofu (dipotong bulat)
5 kuntum cendawan kering (rendam dgn air panas, potong nipis)
1 biji putih telur
1 inci halia (dihiris nipis memanjang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh lada sulah
1/2 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar tepung jagung (larutkan dgn sedikit air)
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan 1 liter air dalam periuk. Tunggu sehingga air mendidih, masukkan halia & bawang putih, biar sebentar baru masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam sedikit masak baru masukkan cendawan, biarkan lagi sebentar. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam maggi, garam & lada sulah. Setelah itu baru masukkan silken tofu & crab stick (jgn dikacau terlalu kuat sebab tofu & crab stick akan hancur nanti. Masukkan putih telur & kacau cepat2 dgn menggunakan chopstick supaya bahan2 lain tidak hancur. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Tunggu sehingga kuahnya sedikit pekat. Makan ketika panas2.

Ikan Rebus Goreng

Ikan rebus memang byk dijual kalau di Msia.. tp kat sini kena buat sendiri.. Selepas digoreng boleh juga dibuat masak lemak atau terus dimakan macam tu sahaja...


Bahan:
2 ekor ikan kembung @ ikan selar
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng
Pengukus

Cara:
Bersihkan ikan, kelar2kan sedikit. Lumur dengan sedikit garam. Sediakan pengukus. Kukus ikan sekejap. Masukkan minyak dlm kuali & goreng ikan seperti biasa. Sedia utk dimakan bersama nasi putih panas2 & dicicah dgn cili kicap..

Cili kicap:
Bawang besar
Bawang merah
Cili padi
Kicap cair
Jus lemon

Tuesday, January 1, 2008

Rojak Ayam Utara


Resepi dari blog Princess Haryati .
Dalam resepi asal tidak dinyatakan sukatan dlm setiap bahan2 yg digunakan. Akak cuma main agak2 aje sukatan tersebut. Kalau kat Sarawak kita panggil rojak ni Rojak India.

Bahan Kuah:
1 biji keledek (direbus & kisar)
200gram kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk kasar)
50gram udang kering (dikisar)
1 cawan air asam jawa
100ml santan pekat
Gula merah/Gula pasir
Garam
1/2 kiub pati ikan bilis maggi (dlm resepi asal takda)
Air secukupnya
Minyak utk menumis
3 sudu besar cili kisar
4 biji bawang merah (Kisar)
1 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1 sudu besar ketumbar (goreng tanpa minyak & kisar)
1 sudu teh jintan manis (goreng tanpa minyak & kisar)
3 biji buah pelaga (goreng tanpa minyak & kisar)

Cara-cara:
Tumis semua bahan2 kisar dengan sedikit minyak. Kacau hingga sebati & naik bau. Masukkan udang kering, keledek, gula merah/gula pasir, garam, santan, kacang tanah dan akhir sekali air asam jawa. Masak sehingga pekat. Tambah air jika terlalu pekat.

Bahan Cucur:
2 cawan tepung gandum
100gram udang basah (kupas kulit, buang urat)
1/2 biji bawang besar (dimayang, resepi asal guna bawang merah)
Daun kucai/daun bawang (ikut suka, akak ganti dgn taugeh)
Garam & sedikit gula
1 sudu teh bicarbonat of soda
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Bancuh bahan2 dalam satu bekas, gaul rata hingga agak2 pekatnya. Goreng hingga garing. Potong2kan.

Bahan-bahan lain:
Mee kuning(dicelur, akak guna vermicelli pasta)
Telur rebus (dibelah)
Tauhu goreng (dihiris nipis)
Timun (dimayang halus)
Sengkuang (akak tak guna)
Kobis (akak ganti dgn lettuce)
Ayam goreng (dipotong2)
Kentang rebus (dipotong dadu)

Penyediaan:
Masukkan semua bahan2 dlm mangkuk. Curahkan kuah rojak di atasnya.

Cappucino Roll Cake

Resepi dari Yani dalam myresipi.com

Bahan-bahan:
Cecair cappucino:
4 sudu besar cappucino segera
2 sudu besar air panas

Kek Span:
4 biji telur (asingkan putih & kuningnya)
60gram tepung gandum (ayak)
70gram gula halus
1 sudu besar cecair cappucino

Sirap:
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar air panas
* Larutkan gula & air panas

Krim Cappucino:
200ml fresh cream
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu besar cecair cappucino
125gram philadelphia cream cheese (resepi asal takda)
* Disebabkan krim ni agak cair, jadi akak letakkan cream cheese supaya ianya pekat & rasanya lebih sedap lagi.

Cara-cara:
  • Sediakan cecair cappucino dengan mencampurkan air panas & cappucino segera. Kacau hingga sebati.
  • Letakkan kertas atas dulang oven. Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Letakkan 1/2 gula ke dalam putih telur. Pukul hingga pekat & bertanduk (bila diterbalikkan bekas adunan tidak jatuh dari dalam bekas).
  • Letakkan 1/2 gula lagi ke dalam kuning telur. Pukul hingga kembang. Masukkan 1 sudu besar cecair cappucino. Letakkan 1/2 dari adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum ke dlm adunan. Gaul sebati lagi.
  • Masukkan lebihan adunan putih telur tadi ke dalam adunan secara kaub balik dengan menggunakan spatula.
  • Tuang adunan ke dalam dulang oven. Ratakan. Hentakkan sedikit dulang oven supaya padat & untuk membuang gelembung2 angin. Bakar selama 10 minit.
  • Bila masak keluarkan dari oven & sejukkan baru digulung.
Penyediaan Krim:
Campurkan semua bahan2. Pukul sehingga berkrim & pekat. Bila kek sejuk, sapukan dengan sirap terlebih dahulu. Lapiskan dengan krim & ratakan. Gulungkan dari bahagian tepi kek dengan berhati2 & cermat. Lepas itu gulungkan dengan menggunakan cling film dan simpan dalam peti ais selama 6 jam sebelum dipotong.