10gram agar-agar tali
700ml air
180gram gula
1 biji telur
60gram butter
200ml susu segar (kalau nk guna susu cairpun boleh)
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar horlick
1 sudu besar cappucino segera + pewarna merah
Cara-cara:
- Masak agar-agar dengan air & gula hingga larut.
- Pukul telur sedikit, masukkan susu segar & tepung kastad. Kacau hingga larut & tidak berketul-ketul. Kemudian tapiskan adunan.
- Masukkan adunan telur ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacau & masak lagi hingga mendidih.
- Masukkan butter, biarkan ianya cair dahulu baru tutup api.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
- Bahagian pertama masukkan serbuk koko.
- Bahagian kedua masukkan horlick.
- Bahagian ketiga masukkan cappucino segera & pewarna merah.
- Sediakan bekas kaca. Tuangkan adunan koko dahulu.
- Kemudian tuangkan adunan horlick di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan adunan cappucino di atas adunan horlick.
- Biarkan sejuk seketika barulah masukkan ke dalam peti ais supaya cepat beku.
- Potong puding dgn menggunakan pisau pemotong agar2 (yg bergerigi).
No comments:
Post a Comment