Satu hari tu akak tanya kat hubby kuih apa yg dia teringin nak makan... dia kata kuih bingka tepung beras.. sebab masa dia bersekolah rendah dahulu.. tiap2 hari dia makan kuih ini & dia amat suka sekali.. kalau orang dulu2 buat menggunakan sabut kelapa utk membakar kuih ni..tp memandangkan skrg dah ada oven..buat apa ler kita nak menyusahkan diri nak cari sabut kelapa pulak ye... hehehe. Akakpun menjelajah myresipi.com & ditakdirkan berjumpa ler resepi ini. Terima kasih byk2 kepada my dear Jun@myresipi.com yg telah berkongsi resepi kuih ni.. Akak telah buat kuih ni dua kali.., kali pertama akak guna 1 adunan sahaja...mgkn sbb akak menggunakan acuan besar jadi kuih jadi nipis ler pulak... kali ini akak guna 2 adunan dari resepi di bawah...
Bahan-bahan:
150gram tepung beras
180gram gula
300gram santan pekat
450gram air
Sedikit garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan-bahan. Kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan.
- Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat. Tutup api dan kacau lagi hingga nampak licin.
- Sediakan loyang yg sesuai & sapukan sedikit minyak atau butter.
- Bakar pada suhu 200C selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment