Bahan-bahan:
*1 cawan tepung kek/tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
(*satukan & ayak 3x)
1 cawan gula
2 biji telur
125gram butter
1 sudu teh esen vanilla
Pes coklat:
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh nescafe
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu cair
Campurkan semua bahan-bahan supaya menjadi pes coklat.
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lapik acuan dengan kertas kek.
- Pukul butter & gula hingga putih
- Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang & sebati.
- Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat. Gaul rata & sebati.
- Masukkan dalam acuan & bakar dalam oven selama 45-50 minit. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.
Coklat Ganache
Bahan-bahan:
100gram coklat masakan
50ml UHT whipping cream
1 sudu teh mentega
Cara-cara:
Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat tadi.
No comments:
Post a Comment