Saturday, July 19, 2008

Birthday Cake 4 Yong & Adik...

Kek harijadi anak sulung & kedua akak seperti biasa ikut kemahuan mereka sendiri. Yong Shasha nak kek cheese bersalji & Adik Nana pulak nak kek coklat. Kedua2 kek tersebut untuk dibawa ke kelas masing2.

Yong Shasha 4 Julai 2008...


Adik Nana 10 Julai 2008...



Seri Kaya

Resepi asal oleh haziq@myresipi.com. Sedap & mudah dibuat bagi orang2 di perantauan yg sukar untuk mendapatkan serikaya di pasaran. Bagi yg pertama kali mencuba seperti akak ni, guna separuh dari adunan di bawah.


Bahan-bahan:
2 cawan gula
1/2 cawan air
1 tin santan (400ml)
5 biji kuning telur
2 sudu besar tepung kastad (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara:
  • Campur gula & air dlm periuk untuk dijadikan gula hangus.
  • Bila gula sudah agak kekuningan, masukkan santan pekat & kacau sebentar hingga gula larut.
  • Biarkan betul2 sejuk.
  • Bila santan & gula hangus tadi sudah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastad & daun pandan.
  • Kacau di atas api yg sederhana hingga mendidih.
  • Bila sejuk kaya ini akan pekat dgn sendirinya.


Tuesday, July 8, 2008

Nasi Kerabu


Budu

Belajar buat nasi kerabu ni dgn Ann & Aishah.. Buat untuk kali ke dua...