Monday, March 9, 2009

Kuih Koci...

Lucunya rupa kuih koci akak ni...hehehehe.. sebab tak reti nak buat bentuk piramid, akak bantai aje ler bentuk bantal, itu aje yg reti... tp rasa tetap mcm kuih koci... terima kasih pd mat gebu kerana resepi yg sedap ni. Terjumpa resepi ni kat myresipi.com.

Bahan utk doh:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (akak guna pulut hitam, kemudian blender halus jd tepung)
1 1/2 cawan air
Sedikit garam

Cara membuat doh:
  • Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
  • Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Bahan utk inti:
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul (akak guna 1 helai sahaja)
1/2 cawan air

Cara membuat inti:
  • Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  • Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

Bahan lain:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci).
Minyak masak
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara membuat kuih koci:
  • Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  • Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  • Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  • Kemudian lipat seperti biasa, samada berbentuk piramid, bantal dsbnya.
  • Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2.

Tuesday, March 3, 2009

Maja Blanca

Terjumpa resepi ini dalam myresipi.com. Resepi asal oleh hana6877@myresipi.com. Sejenis dessert dari Filipina.... rasa boleh tahan sedap & sangat mudah utk disediakan.

Bahan:
1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara:
  • Gris loyang (8"x8") dengan minyak.
  • Dalam mangkuk, satukan cornstarch/tepung jagung, gula, air dan santan, kacau sebati.
  • Masukkan jagung dan juga kismis.
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga likat, pekat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam loyang. Taburkan dengan kacang tanah, kemudian sejukkan dlm peti sejuk.
  • Potong & sedia utk dihidangkan.