Showing posts with label Desert. Show all posts
Showing posts with label Desert. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

Maja Blanca

Terjumpa resepi ini dalam myresipi.com. Resepi asal oleh hana6877@myresipi.com. Sejenis dessert dari Filipina.... rasa boleh tahan sedap & sangat mudah utk disediakan.

Bahan:
1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara:
  • Gris loyang (8"x8") dengan minyak.
  • Dalam mangkuk, satukan cornstarch/tepung jagung, gula, air dan santan, kacau sebati.
  • Masukkan jagung dan juga kismis.
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga likat, pekat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam loyang. Taburkan dengan kacang tanah, kemudian sejukkan dlm peti sejuk.
  • Potong & sedia utk dihidangkan.

Monday, March 24, 2008

Keropok Lekor

Tengok dlm blog Jo ada keropok lekor, dalam blog ctnikpun ada jugak... tak boleh jadi ni kena buat jugak.. sebab lama benor tak makan keropok lekor sejak smpi sini... tp bkn akak yg buat tau... ini cik abe (hubby) punya projek dr awal hingga akhir... dah cuba 2 jenis ikan iaitu ikan kembung & herring... tp ikan herring lebih sedap lg... Disebabkan ramai yg dah tau resipi ni tak payah ler akak letak ye... akak cuma letak resipi macamana nak buat sos pencicah keropok lekor ni... inipun resipi dr hubby jugak.

Keropok lekor setelah direbus & sebelum digoreng.

Keropok lekor setelah digoreng & sosnya sekali.

Sos Keropok Lekor

Bahan-bahan:
1 senduk cili kering kisar
2 sudu besar gula (agak2 ler...)
Sedikit gula apong/gula melaka
1/2 cwn air asam jawa
Garam
Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis cili kering hingga naik bau. Masukkan gula, garam & gula apong/gula melaka. Masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Biar hingga mendidih & sedikit pekat. Sedia utk dicicahkan dgn keropok lekor.


Tuesday, March 4, 2008

Serawa Pisang

Ada juga orang panggil Pengat Pisang... terpulang kepada negeri masing2.. tp org Swk panggil bubur pisang..hehehehe

Bahan-bahan:
5-6 biji pisang (ikut suka jenis pisang apa)
50gram sagu (agak2 ler)
3 sudu besar gula apong (sejenis gula Sarawak, boleh ganti dgn gula melaka dsbnya)
2-3 sudu gula (kalau tak manis tambah lg)
1 tin santan pekat (400ml)
Air secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
  • Masak santan pekat dalam periuk dengan menggunakan api yg perlahan.
  • Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Jgn biarkan santan menggelegak terlalu kuat sbb nanti pecah santan.
  • Masukkan daun pandan, gula apong (gula melaka), gula & secubit garam.
  • Pisang dipotong ikut suka (akak suka potong menyerong)
  • Cuci sagu kemudian toskan.
  • Tunggu hingga santan agak masak sedikit baru masukkan pisang. Biar sebentar.
  • Masukkan sagu & biar sagu masak baru tutup api.

Thursday, February 28, 2008

Tepung Pelita

Resepi dari Yani@myresipi.com. Dah lama buat tp baru sekarang dapat masukkan dalam blog...

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan (akak guna santan dlm tin aje)

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

Sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara:
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  • Bila dah masak masukkan dalam bekas (acuan) disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Thursday, January 17, 2008

Strawberry Smoothie with Ice Cream Soda


Bahan-bahan:
10 biji buah strawberry segar
4 sudu besar ice cream perasa strawberry
2 gelas ice cream soda (lemonade boleh juga)
1 gelas susu segar
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Masuk semua bahan2 dalam blender. Kisar semua. Masukkan dalam gelas kesukaan & letak batu ais (jika suka). Sedia untuk diminum.

Friday, January 4, 2008

Bubur Butir Nangka

Belajar buat bubut butir nangka ni dengan Dr Raihan (Ann)... tq Ann! Resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) ni, memang sedap!

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh pes pandan (akak tak gunakan pewarna hijau sbb pes pandan yg akak gunakan jenis pekat & bewarna hijau)
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Uli hingga sebati. Agak-agak tak melekat di tangan, boleh ler digentel kecil2 seperti bentuk biji nangka.
Sediakan satu periuk. Masak air sehingga mendidih. Masukkan butir nangka tadi ke dalam air yg mendidih tersebut. Bila butir nangka timbul bererti dia sudah masak & boleh dimasukkan ke dalam kuah santan.

Bahan kuah:
400ml santan pekat (1 tin)
Sedikit garam
Gula secukupnya
1 sudu teh halba
1 helai daun pandan (disimpul)
# akak saja tambah daun pandan supaya wangi, resepi Ann takde daun pandan.

Cara-cara:
Masak santan pekat dalam periuk. Masukkan halba, daun pandan, gula & garam. Perlahankan api. Bila butir nangka sudah timbul dari air mendidih, masukkan ke dalam periuk santan. Jika santan terlalu pekat bolehlah ditambah air sedikit.

Tuesday, December 11, 2007

Fruit Coctail Tiramisu

Jumpa resepi ni dalam blog Hanieliza... nampak sedap, tu yg terus mencuba... memang sedap bagi penggemar cheese & yg sewaktu dgnnya.

Sebelum dipotong

Selepas dipotong.

Bahan-bahan:
Kek Coklat
(A):
125gm butter
125gm gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
125ml susu segar

(B): Diayak
150gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 sudu teh nescafe segera
1 sudu besar baking powder

Cara-cara:
Butter & gula dipulul sehingga kembang. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi & masukkan esen vanilla. Masuk bahan B yg telah diayak berselang seli dengan susu segar. Kacau rati dgn senduk @ spatula. Masuk dalam loyang berukuran 10"x10" yg telah dilapik dgn kertas kek. Bakar dalam oven bersuhu 170C (panaskan dulu oven) selama 25-30 minit @ sehingga masak. Bila masak sejuk & hiaskan dgn topping keju di atasnya.

Topping keju
Bahan-bahan:
250gm keju krim philadelphia
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn air agar2 (didih 150ml air + 1 sudu besar serbuk agar2)
1 cwn yogurt perisa buah2an
1 tin fruit coctail
1/2 cwn air fruit coctail

Cara-cara:
Tapis fruit coctail & toskan. Ambil 1/2 cwn airnya. Pukul keju dgn gula hingga gebu. Masukkan yogurt, pukul lg. Masukkan agar2 & jus coctail, kacau rata. Tuang atas kek coklat yg telah disejukkan & sapu rata. Tabur fruit coctail di atasnya. Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong & dihidangkan.

Monday, November 19, 2007

Nasi Minyak Hujan Panas

Semalam (Ahad) ada tetamu yg datang ke rumah. Hubby suruh le masak apa2 yg senang nak masak tetapi menyelerakan. Jadi akak pilih menu yg selalu akak buat bila kawan2 bangsa asing hubby datang berkunjung.

Menu hari ini:
Nasi Minyak Hujan Panas

Ayam Masak Merah

Kari Daging Lembu
Jelatah Nenas & Timun

Fruit Coctail & Cream Custard (desert)


Nasi Minyak Hujan Panas
Resipinya di sini


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit (utk menggoreng ayam)
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan susu cair
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
Sedikit daun bawang

Cara-cara:
Potong ayam, bersih & toskan. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sehingga setengah masak & ketepikan. Tumbuk/kisar halia, bawang merah & bawang putih. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi utk menumis, anggaran dlm 1/2 cawan. Tumis semua cili kisar & bahan2 tumbuk tadi. Tumis sebentar, kemudian masukkan rempah tumis. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili & sos tiram. Gaul hingga naik bau. Masukkan susu cair, garam, gula, kiub pati ayam & serbuk perasa. Biarkan sebentar. Barulah masukkan ayam, balik2kan hingga sebati. Masak sekejap, masukkan bawang besar, tomato & daun bawang. Akhir sekali barulah masukkan kacang peas. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak hujan panas.

Nota: Ayam masak merah versi kak pah ni memang tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja. Sebab itulah ketika menumis minyaknya agak banyak.


Jelatah
Jelatah (acar mentah) ni, hubby yg buat. Dia memang suka sangat jelatah ni.. hampir setiap minggu dia buat.

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 inci halia
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3-5 biji cili merah/hijau/cili padi
2 sudu besar jus lemon
Garam & gula
1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk kasar)

Cara-cara:
Potong timun & nenas ikut suka. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, halia & cili. Gaulkan semua bahan hiris dgn timun & nenas. Masukkan jus lemon, garam & gula. Akhir sekali masukkan kacang goreng yg telah ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama nasi minyak hujan panas.

Kari Daging Lembu
Resepi ini sudah ada.
Di sini

Fruit Coctail & Cream Custard
Bahan-bahan:
1 tin fruit coctail
1 tin cream custard (akak guna jenama Ambrosia)
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul rata supaya cream custard tidak berketul. Masukkan dlm gelas atau mangkuk kecil yg sesuai. Hias dgn buah strawberry, anggur, kiwi atau apa saja buah2an yg disukai.

Saturday, November 17, 2007

Banana & Strawberry Smoothie

Smoothie ni anak2 dara akak yg dua orang tu yg buat (shasha & nana).. dgn pertolongan ayahnya. Dia org dapat dr Majalah Bratz yg dibeli hari tu... Senang je nak buat smoothie ni... budak2pun boleh buat...

Bahan-bahan:
1 biji pisang
3 biji strawberry
1 cawan susu segar
1 cawan ice cream perasa vanilla
1 sudu besar gula
Ketulan ais (jika suka)

Cara-cara:
Kisar semua bahan2 dalam blender. Masukkan dlm gelas yg sesuai. Letakkan ketulan ais jika suka. Disebabkan kat sini sekarang sejuk, anak2 tak mau letak ais, minum camtu aje... tp kalau kt Msia..wajib kena letak batu ais baru yummyyyyy...