Saturday, December 29, 2007

Mee Bandung


Bahan-bahan Untuk Kuah:
100 gram daging
100 gram udang basah
5 batang crab stick
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
1/2 kiub pati ayam maggi
Garam, gula & lada sulah
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Bahan Sayur:
Karot
Kobis bunga/brocoli
(ikut suka sayur apa nak digunakan)

Cara-cara:
  • Hiris nipis daging. Udang dikupas, belah belakang & buang uratnya. Potong dua crab stick.
  • Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau.
  • Masukkan tomato puree, sos tiram, sos tomato & sos cili
  • Masukkan buah tomato & bawang besar, tumis sebentar, baru masukkan kicap.
  • Selepas itu masukkan daging, biar daging empuk.
  • Kemudian masukkan udang, crab stick & sayur2an.
  • Masukkan kiub pati ayam, garam, gula & lada sulah.
  • Masukkan air, tunggu hingga mendidih dan akhir sekali pecahkan telur di dalamnya. Tunggu seketika, padamkan api

Bahan-bahan lain:
Mee kuning [akak guna vermicelli pasta (sejenis pasta mcm mee tp kecil dr spagheti)]
Tauhu goreng
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Cili hiris+kicap cair+perahan jus lemon

Penyediaan:
Vermicelli pasta direbus dgn garam & sedikit minyak. Kalau menggunakan mee kuning, celur sekejap sahaja, angkat & toskan. Tauhu dihiris nipis.

Sendukkan sedikit pasta/mee ke dalam mangkuk. Letakkan tauhu goreng, bawang goreng & daun sup/daun bawang. Tambah cili hiris jika suka. Sendukkan kuah panas2 bersama2 isinya sekali. Sedia utk dihidangkan.


Masak Lemak Rebung & Udang

Bahan-bahan:
5-6 batang rebung jeruk
100 gram udang basah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi (klu taknak pedas kurangkan, klu nk pedas lg tambahkan)
1 inci belacan (dibakar)
1 batang serai (diketuk)
200ml santan pekat
Garam & gula
Kiub pati ikan bilis
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Potong rebung ikut suka. Kupas udang, belah belakang & buang uratnya. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Kemudian tumis semua bahan2 kisar, masukkan serai. Tumis hingga naik bau, baru masukkan santan pekat. Masukkan rebung & masak hingga rebung agak lembut. Masukkan udang basah. Biar sebentar, masukkan garam, gula & kiub pati ikan bilis. Masukkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat. Sedia utk dihidangkan!

Light Chocolate Mousse

Dari blog Noreen yg vogue! Terima kasih Reen berkongsi resepi & tips2.

Friday, December 28, 2007

Sushi

Pertama kali dlm hidup akak buat sushi... atas permintaan anak2 yg teringin sangat nak makan. Hari ni pergi ler ke Oriental Shop... terjumpa daun nori.. balik terus buat utk Yong & Adik.. Baby tak reti nak makan...

Dicedok dari blog Kak E yg anggun...terima kasih Kak E berkongsi resepi... Akak guna crab stick, baby carrot & timun utk buat intinya...



Sambal Ikan Bilis Petai

Sambal ni asben yg buat... Makanan peberet dia ni...

Bahan-bahan:
50gram ikan bilis (basuh & toskan)
1 botol petai jeruk (sbb takda petai fresh, guna petai dlm botol je)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk cili
6 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayanag kasar)
1 inci belacan (dibakar)
1/2 kiub pati ikan bilis maggi
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato (dicincang kasar)
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara:
Tumis cili kisar & serbuk cili. Masukkan bawang, tomato & belacan, goreng sebentar. Masukkan ikan bilis. Biar sebentar. Kemudian baru masukkan petai & bawang besar. Lepas itu masukkan air asam jawa. Akhir sekali masukkan garam, gula & kiub pati ikan bilis maggi. Sesuaikan rasa masin, manis & masamnya. Sedia utk dihidangkan bersama nasi panas2!

Dendeng Daging

Resepi dicedok dari blog Jun yg cute.. Sedap ler Jun, terima kasih berkongsi resepi ni.

Monday, December 24, 2007

Nasi Daging ala kak pah sherry

Nasi daging versi kak pah ni akak main hentam ikut selera sendiri je... tp rasanya tidak mengecewakan...

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
200 gram daging (direbus ambil airnya)
6 cawan air rebusan daging
3 sudu besar butter
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 kiub rice seasoning
Rempah tumis secukupnya (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih & kulit kayu manis)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Ambil 6 cawan airnya utk dimasukkan ke dalam nasi. Daging dihiris nipis, ketepikan. Bersihkan beras & toskan. Masukkan butter dlm periuk elektrik, masukkan bawang, halia & rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau, masukkan garam & rice seasoning. Masukkan beras & goreng sebentar supaya bila masak nti dia akan berderai & cantik. Masukkan air rebusan daging. Kacau & gaulkan supaya sekata. Tutup periuk. Tunggu sehingga nasi setengah kering baru masukkan kepingan daging tadi. Sedia utk dihidangkan.


Ini ler rupanya rice seasoning yg selalu akak gunakan utk dimasukkan ke dalam apa jua jenis nasi... seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi ayam & apa jua jenis nasi. Rasanya memang amat sedap sbb dia mengandungi rempah yg tersendiri. Kiub ini pemberian orang Arab. Tak tau ler ada tak dijual di Malaysia.

Saturday, December 22, 2007

Soto Daging

Kebetulan pergi berziarah rumah kawan pada hariraya aidiladha yg lepas & dia bagi nasi impit punya ler banyak. Akak cari idea nk makan apa dgn nasi impit tu.. Hubby pulak bg cadangan buat soto daging.. memandangkan dia tak berapa gemar makan sup ayam... jadi akak buat ler sup daging.. Tengok pulak bahan2 ada ler lebih kurang... Ini versi soto akak yg paling simple & senang nak buat... Dulu akak pernah belajar buat soto dgn org Johor tp soto ayam... dan menurut beliau memang ada sup khas utk buat soto... akak buat ikut apa yg terlintas difikiran je.. janji dpt makan soto...














Sup Daging/Tulang

1 kg tulang & daging lembu
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 kiub tulang rusuk maggie
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Rebus tulang & daging dlm periuk. Kisar bawang & halia. Tumis semua bahan & rempah tumis tadi hingga naik bau. Masukkan dalam periuk daging tadi. Setelah daging empuk keluarkan dari periuk & hiris nipis2. Tinggalkan tulang dlm periuk.

Bahan-bahan lain utk soto:
Nasi impit secukupnya
Suun (digoreng dengan minyak)
Kacang tanah (digoreng)
Bawang goreng/daun bawang
Sambal Kicap

Sambal Kicap:
15 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
1/2 cawan kicap manis & kicap masin

Cara-cara:
Kisar cili & bawang putih hingga hancur. Masukkan dlm bekas. Tuang kicap & jus lemon di dalamnya. Rasa manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama soto.


Friday, December 21, 2007

Roti Telur Simple

Sarapan pagi dikala penyakit M melanda... Senang & mudah disediakan...

Bahan-bahan:
6 keping roti paun
2-3 biji telur
Sedikit garam
Butter utk menggoreng

Cara-cara:
Potong roti ikut suka (segitiga @ segiempat). Pukul telur sedikit & masukkan garam didalamnya. Celupkan roti dlm telur hingga semua bahagian roti diliputi telur. Masukkan sedikit butter ke dalam kuali yg telah dipanaskan. Goreng roti & balik2kan supaya tidak hangus. Letakkan tisu dalam pinggan utk toskan minyaknya. Sedia utk dibuat sarapan pagi atau minum petang. Cicah dgn sos atau dimakan begitu sahaja.

Thursday, December 20, 2007

Rice Crispy with Chocolate

Resepi ni senang sgt.. anak ke 2 (Adik @ Nana) akak yg buat.. akak cuma tolong dia cairkan coklat jer.. pastu dia sendiri yg buat di bawah pengawasan akak ler... hehehehe. Dia belajar kt sekolah dia di TJS.

Bahan-bahan:
1 mangkuk kellog's rice crispy
1/2 bar milk chocolate (cooking chocolate)
Beberapa keping cupcake

Cara-cara:
Cairkan coklat dgn kaedah double boil. Masukkan rice crispy dlm bekas, kemudian curahkan coklat di dalamnya.. Gaul rata sehingga semua coklat meliputi rice crispy. Masukkan dlm cupcake. Kemudian masukkan dlm peti ais dlm 30 minit - 1 jam. Sedia utk dingap!














Adik nampak bersungguh2 membuat kerja..hahahahaha. Cayalah adik! Dah besar nti leh gantikan tempat mama pulak...


Kuzi Ayam

Pertama kali cuba buat kuzi ayam... belajar dari blog Zaliana... terima kasih byk2 Za... resepinya memang sedap sangat, makan dgn pulut kukus.

Resepi dari Zaliana di Jurnal Rasa

Tuesday, December 18, 2007

Strawberry Swirl Cheesecake

Resepi dr blog Shafidah Shamen (resepi asal blog Yochana )... nampak sedap & bahan2pun senang nk cari.. terus cuba petang td.. tp akak guna 1/2 adunan sahaja... tu yg nmpk nipis je. Tp alhamdulillah menjadi & sedap gitu! Satu aje akak ubah sour cream digantikan dgn yogurt perasa strawberry.

Ingredients:
280gram Digestive Biscuits
2 1/2 tbsp sugar
80gram melted butter (if you find that it's too dry, add a little more till it can be pressed into the tin)

Filling:
600gm Philidelphia Cream Cheese
125gm fine sugar
3 tbsp plain flour
1 tsp vanilla essence
150gm sour cream
2 nos eggs

1/3 cup of Strawberry Jam

Method:

For biscuit base, blend the biscuits finely, add in melted butter and sugar and mix thoroughly. Press firmly into a 9" square loose bottom tray and bake for about 10 mins. at 175C. Leave to cool slightly.

Beat cream cheese and sugar till creamy. Add in vanilla essence, plain flour and sour cream and mix till combined. Add in eggs one at a time at low speed until just until blended. Pour on top of the baked biscuit base.
Put strawberry jam into a piping bag, pipe over the cheese filling and then use a skewer to swirl the jam to make a marble effect look. Bake at 160C for about 45 mins. or till the filling is set. (Test by touching the center of the cheese and if it's firm, then it's cooked)


Akak guna loyang jenis bulat. Rupa kek sebelum dipotong.

Tepek @ Lempeng

Ini ler dia makanan kegemaran hubbyku (dr dia kecik lg) & anak2 dari dulu hingga kini... tak sangka pulak jenis makanan ni ler pulak kesukaan akak dr kecik lg.. masa tu mak yg buat.. org zaman dulu guna tepung, garam & telur je.. tp kita sekarang pandai ubah, campurkan mcm2 nk bg rasa dia lebih sodap ler kononnya & gebu... Kalau org Parit Perak panggil Tepek, org Sarawak pulak panggil Lempeng... tp benda yg sama.
Kalau dulu kt Msia akak guna tangan utk mengguli.. tp kt sini setelah ada breadmaker, kerja akak jd senang le pulak.. masuk je dlm breadmaker.. dia sendiri uli.. bila dh siap kita bentukkan bulat & canaikan saja menggunakan kayu pencanai.. mudah!


Bahan-bahan:
600 gram (1 kati) tepung gandum
50 gram butter
30 gram shortening
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 cawan air masak

Cara-cara:
Kalau yg ada breadmaker tu senang je.. masuk dlm breadmaker.. on dough..biar dia buat sendiri. Bila sudah siap, bulat2kan sebesar bola pingpong.. canai mengguna kayu pencanai. Setelah itu masak dalam kuali panas tanpa minyak. Lagi bagus guna kuali jenis yg tak melekat tu (non stick). Bg yg takde breadmaker, boleh uli menggunakan tangan seperti biasa. Sedap dimakan bersama semua jenis kari spt kari daging, ayam ataupun kari sardin.

Monday, December 17, 2007

Laksa Utara

Ini menu hari sabtu tu... Laksa Utara. Ada jugak org panggil Laksa Penang, kan? Memang selalu buat, baik di Msia maupun di sini... tp kat sini biasa ler ada bahan yg takde seperti bunga kantan.. tp daun kesum ada (pemberian Aida, siap bg dlm pasu lg utk tanam, tq!) Mesti ramai yg dh tau resepinya, takyah ler akak letak ye... gmbr je le..

Laksa Utara @ Laksa Penang




Antara bahan2nya: Laksa, telur rebus, lettuce (salad), timun, nenas, bawang besar, limau (lemon) & cili padi.

Sunday, December 16, 2007

Nasi Lemak Lengkap

Semalam ada tetamu datang dinner kat rumah akak, Prof Michael Corris & anak gadisnya Polly iatu selepas dia org tgk wayang dgn anak2 dara akak yg 2 org tu (Yong & Adik). Akak tak tau nak masak apa sebenarnya... Jadi hubby suruh le buat nasi lemak lengkap. Kebetulan di sebelah paginya akak dah buat Laksa Utara.. hidang le sekali laksa tersebut.

Nasi lemak ini gabungan nasi lemak negeri Perak & Sarawak...

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi/beras wangi/beras biasa
5 cawan air (ikut jenis beras)
200ml santan pekat
2 sudu teh garam
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 hirisan halia
2 batang serai (diketuk)
1 sudu teh lada hitam biji

Cara-cara:
Bersihkan beras. Masukkan dalam periuk letrik. Kemudian masukkan air, santan pekat, bawang merah, hirisan halia, garam, serai & lada biji. Gaul rata supaya semua garam larut & bahan2 sebati. Masak seperti biasa. Tunggu sehingga nasi betul2 masak barulah dibalik2kan (org Perak kata diserih2kan).


Sambal Udang

Bahan-bahan:
250gram udang basah (kupas, buang urat, bersih & toskan)
2 sudu besar cili kisar (klu nk pedas boleh tambah lg)
1 sudu teh serbuk cili (jika suka)
Sebesar ibu jari belacan (bakar, hancurkan dgn air panas)
6 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan belacan, biar sebentar. Kemudian masukkan udang, gaul rata & tunggu udang masak baru masukkan air asam jawa, garam & gula. Tambah air jika terlalu kering. Sesuaikan rasa, masin, manis & masamnya. Hidangkan bersama nasi lemak.


Ayam Goreng Bercili (Lauk tambahan jika suka)

Bahan-bahan:
6-8 ketul ayam (bersih & toskan)
2 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit. Goreng ayam hingga garing & masak. Ketepikan. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, garam & gula. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Balik2kan hingga rata & sebati. Boleh dihidangkan bersama nasi lemak & nasi minyak & sebagainya.


Bahan-bahan sampingan lain:
Telur rebus (dibelah 2)
Kacang tanah (digoreng dgn minyak)
Ikan bilis (digoreng garing)
Timun (dipotong nipis bulat)

Saturday, December 15, 2007

Kuah Kacang Sarawak

Kuah kacang ini orang Sarawak punya stail... kalau kt tempat lain jarang org letak daging/ayam dlm kuah kacang.. tp kebanyakan org2 Swk memang suka letak bahan2 tersebut.. ala2 mcm mkn dgn sate le jugak... tp ada juga org2 Swk ikut stail kuah sate tempat yg lain.. terpulang pada selera masing2...

Bahan-bahan:
200 gram daging lembu (potong kecil & nipis)
250 gram kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & ditumbuk kasar)
6 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu besar cili kisar
50 gram udang kering (rendam dgn air panas, kisar halus)
1 inci lengkuas (kisar)
5 batang serai (kisar)
2 keping asam gelugur (asam keping)
50ml santan pekat
Garam
Gula melaka/gula apong (gula Swk)
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumis cili kisar, bawang, lengkuas & serai sampai naik bau. Masukkan udang kering & daging. Biar sebentar hingga air daging agak kering & daging empuk. Masukkan air secukupnya. Masukkan kacang tanah & asam gelugur. Biar sebentar & tutup periuk. Masukkan santan, garam & gula. Sesuaikan rasanya. Hidangkan bersama nasi impit atau ketupat.

Kuah kacang ala Sarawak.

Friday, December 14, 2007

Lontong

Belum Hariraya Aidiladha lg akak dah teringin macam2... nak makan lontong le..kuah kacang & nasi impit le... alahai..cuaca sejuk buat perut selalu mencari2 apa nk diisi kat dalamnya... hahahaha. Ini akak buat sayur lodeh ikut apa yg ada dlm peti ais je... tanpa tempe, kacang panjang & sengkuang.. (hentam saja le labu...)


Sayur Lodeh


Bahan-bahan:

Udang Basah (kupas, buang urat)
Udang kering (rendam, kisar)
Tauhu (digoreng & potong nipis)
Suun (rendam dgn air panas, toskan)
Sayur Fucuk (rendam dgn air panas, toskan)
Karot
Kobis Bunga
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1/2 tin santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Kiub pati ikan bilis maggi
Garam & gula
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumbuk bawang. Tumis cili kisar, bawang & serbuk kunyit. Biar sekejap kemudian masukkan udang kering, tumis hingga garing. Masukkan udang basah, biar sekejap hingga udang separuh masak. Masukkan santan pekat. Biar santan mendidih sekejap. Masukkan sayur2an dimulai dgn karot, kobis bunga, suun, sayur fucuk & tauhu goreng. Masukkan bahan2 perasa. Biar sebentar, tutup api. Sedia utk dihidang bersama nasi impit & sambal sotong.



Sambal Sotong

Bahan-bahan:
2 ekor sotong besar (potong ikut suka)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk cili (klu suka)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (potong bulat)
Sebesar ibu jari belacan (dibakar)
Air asam jawa
Garam & gula
Minyak utk menumis
Sedikit air

Cara-cara:
Tumbuk bawang. Belacan dihancurkan dgn air panas. Tumis cili kisar, serbuk cili & bawang hingga naik bau. Masukkan belacan. Tumis sebentar kemudian masukkan sotong. Masukkan bahan2 perasa & air asam jawa. Kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. Sedia utk dihidangkan bersama sayur lodeh & nasi impit.




Nasi Impit

Akak guna nasi impit segera Adabi je... tp kalau rajin nak buat ada dalam blog Rozie

Komen Prof Michael Corris

Sebenarnya akak nak tergelak bila baca emel dr Prof Michael Corris kepada Zahuri (hubby) tentang Kek Lapis Sri Balas yg dihadilahkan pada beliau. Belum sampai ke US kek tersebut telah selamat dipotong & dinikmati oleh beliau di sini (UK)... Kita dgr komen beliau... ini betul2 punya... akak copy & paste dr emel yg beliau hantar kepada hubby... bukan le maksud nak berbangga tp ada le terangkat sikit bila dipuji sebegitu rupa... hehehehe.. padahal takde rasanya sehebat pujian tersebut..


By the way, the cake is heavenly! I feel like I’ve died and gone to paradise when I eat it. That should be it’s name: Paradise Cake. Maybe that’s too irreverent, I don’t know. But it’s very very delicious, moist, rich and perfectly balanced. And the colors and designs offer endless entertainment while eating it. It’s interesting anyway you slice it.


Thanks again.

Michael



Nota: Mat Salleh kalau pasal memuji sesuatu memang melambung tinggi... kembang je rasa hidung kita mendengarnya...

Wednesday, December 12, 2007

Kek Lapis Seri Balas

Semua kek lapis akak yg ini & seterusnya diambil dari buku resepi Kek Lapis Sarawak Rabiah Amit. Tapi kali ini akak tak berapa puas hati dgn hasilnya, tidak seperti yg akak harapkan.. walaupun begitu akak letak le juga kat sini utk rujukan sendiri. Mungkin disebabkan masa membuatnya tergesa2. Susunan keknya tak begitu kemas & teratur.. Ini sebagai percubaan akak utk buat kek secara susunan & bercorak. Cara akak memotong inti kek juga tak berapa kemas... Satu lagi sebab akak kat sini takde acuan jenis 9"x9"x2" utk inti dia..kemudian utk luar dia kena guna acuan 81/2"x81/2x4".. Akak gunakan acuan 8"x8"x3".. itu yg keknya nmpk kecik je & byk lebihan adunan yg tertinggal...

Kek ini sebenarnya utk dihadiahkan kepada Prof Michael Corris (supervisor hubby) yg akan menyambut Krismas.. & kek ini akan dibawa beliau ke USA (naik kapalterbang le kek akak ye).

Bahan A:
10 biji telur (ambil 4 biji putihnya)
250 gm gula kastor (sukatan resepi asal tp akak kurangkan separuh dr gula, manis sgt oiii)
200 gm tepung hong kong
1 sudu makan ovalet
50 ml air ais

Bahan B:
300 gm mentega (akak guna butter)
4 sudu makan susu pekat manis
1 tin kecil kaya
1 sudu teh esen vanilla

Jem (sebarang perasa) utk melekatkan kek

Cara Membuat Inti:
Pukul semua bahan A dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Pukul bahan B hingga putih. Satukan kedua-dua bahan A dan B. Gaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
i. Merah ii. Kuning iii. Ungu iv. Hijau

Dengan menggunakan acuan 9"x9"x2", lapis warna merah, kuning, merah, kemudian ungu, kuning & ungu. Akhir sekali hijau, kuning & hijau. Iaitu 9 lapisan semuanya. Setelah siap semua, sejukkan dulu kemudian potonglah segitiga mengikut tinggi kek tersebut (-+11/2"). Bakar dgn suhu 180C (dlm buku tidak dinyatakan, akak guna sendiri kepanasannya spt akak buat kek2 yg sebelumnya).

Ini utk inti dia..dibahagikan kpd 4 bahagian & diwarnakan dgn warna kuning, hijau, merah & ungu.

Setelah masak & disejukkan, potong kek segitiga seperti dlm gambar.

Cara Membuat Lapisan Atas & Bawah:
Buat sekali lagi bahan A & B. Kali ini bahagikan kepada 2 bahagian dgn warna asal. Lapis bahagian bawah sebanyak 5 lapisan (ikut suka), kemudian susun kek yg dipotong segitiga td dgn melekatkannya menggunakan jem. Kemudian lapis semula adunan di sebelah atas sebanyak 5 lapisan lagi. Guna acuan 81/2"x81/2"x31/2". Juga dibakar dgn kepanasan suhu 180C.


Setelah masak & belum dipotong, macam ni le rupanya










Ini lebihan adunan yg akak sayang nak buang, buat satu lagi.. inti akak campur macam tu je..jadi le rupanya mcm ni...






Nota:
Kalau ikut dlm buku lagi ringkas cara2 dia menerangkan. Akak tambah ayat2 yg sesuai supaya senang nak faham. Dalam buku memang takda cara2 & gambar yg ditunjukkan macamana nak buat.. kena pandai sendiri je...


Mee Kari

Resepi dari blog Jo. Sebelum ni tak pernah buat mee kari sebab selalu beli je dekat ada satu gerai di Tg Malim... sejak jadi perantau ni semua kena cuba buat le nampaknya. Tq Jo kerana berkongsi resepi... memang sedap!

Bahan-bahan:
Utk Kuah:
4 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 hirisan halia
3 cawan air rebusan kulit udang
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan isi ayam
1/4 cawan kerang (akak gantikan dgn lala kering dr Msia)
1/4 tin santan
2 keping asam keping
Rempah tumis
Garam & gula
Sedikit kiub ayam/ikan bilis (resepi asal takda)
Minyak utk menumis

Bahan lain:
Mee kuning secukupnya
Telur rebus
Tauge (dicelur)
Sayur sawi
Tauhu goreng
Bawang goreng
Cili api
Daun bawang
Limau

Utk Stok:
Bersihkan kulit udang, rebus hingga merah kemudian dikisar hancur. Tapiskan.

Cara-cara:
Tumis bahan2 kisar. Masukkan serbuk kari & air rebusan udang. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan rempah tumis & air jika terlalu pekat. Masukkan isi ayam, udang & kerang (lala). Tambah bahan2 perasa.


Sotong Masak Cili

Resepi ini hubby yg masak... dia belajar dr seorang kawan Chinese di Sarawak dulu...

Bahan-bahan:
3 ekor sotong besar
10 biji cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu teh tepung jagung (campur dgn sedikit air)
Sedikit kiub pati ikan bilis maggi
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Potong sotong secara bulat, bersih & toskan. Cili kering direndam dgn air panas, kemudian toskan juga. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Bawang besar dihiris bulat. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Gaul rata. Masukkan sotong, balik2kan hingga sekata (jgn terlalu lama, sotong keras le pulak nti). Lepas itu masukkan cili kering. Masukkan kicap & tepung jagung. Akhir sekali serbuk perasa. Sesuaikan rasa & sedia utk dihidangkan.

Tuesday, December 11, 2007

Fruit Coctail Tiramisu

Jumpa resepi ni dalam blog Hanieliza... nampak sedap, tu yg terus mencuba... memang sedap bagi penggemar cheese & yg sewaktu dgnnya.

Sebelum dipotong

Selepas dipotong.

Bahan-bahan:
Kek Coklat
(A):
125gm butter
125gm gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
125ml susu segar

(B): Diayak
150gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 sudu teh nescafe segera
1 sudu besar baking powder

Cara-cara:
Butter & gula dipulul sehingga kembang. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi & masukkan esen vanilla. Masuk bahan B yg telah diayak berselang seli dengan susu segar. Kacau rati dgn senduk @ spatula. Masuk dalam loyang berukuran 10"x10" yg telah dilapik dgn kertas kek. Bakar dalam oven bersuhu 170C (panaskan dulu oven) selama 25-30 minit @ sehingga masak. Bila masak sejuk & hiaskan dgn topping keju di atasnya.

Topping keju
Bahan-bahan:
250gm keju krim philadelphia
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn air agar2 (didih 150ml air + 1 sudu besar serbuk agar2)
1 cwn yogurt perisa buah2an
1 tin fruit coctail
1/2 cwn air fruit coctail

Cara-cara:
Tapis fruit coctail & toskan. Ambil 1/2 cwn airnya. Pukul keju dgn gula hingga gebu. Masukkan yogurt, pukul lg. Masukkan agar2 & jus coctail, kacau rata. Tuang atas kek coklat yg telah disejukkan & sapu rata. Tabur fruit coctail di atasnya. Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong & dihidangkan.

Sunday, December 9, 2007

Nasi Goreng Udang

Sarapan pagi tadi...


Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi sejuk
15 ekor udang (sederhana besar)
1/2 mangkuk kecil mix vegetable
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Sedikit kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Gaulkan nasi dgn sedikit garam (jgn byk garam sbb nti kena masukkan kicap). Udang dikupas, buang urat hitam dibelakangnya, bersih & toskan. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis cili kisar & bawang sehingga garing & naik bau. Masukkan sos tiram, gaul rata. Kemudian masukkan udang. Biar udang masak dahulu baru masukkan sayur campur & bawang besar. Masukkan nasi, balik2kan hingga rata. Baru masukkan kicap (kicap dimasukkan kemudian kerana kicap sifatnya cepat hangus & hangit) & kiub pati ikan bilis. Sedia utk sarapan bersama teh @ kopi panas.

Saturday, December 8, 2007

Ayam Goreng Kunyit...

Satu lagi resepi ringkas yg menjadi kesukaan anak2 akak... & di kala mamanya tak berapa rajin nak masak...huhuhu...

Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam tanpa tulang (potong dadu)
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit
garam
1 sudu teh lada sulah
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
5-10 biji cili padi (belah 2)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Bersihkan ayam, potong dadu & toskan. Gaul isi ayam dgn garam, serbuk kunyit & lada sulah. Perap sekejap dalam 30 minit. Kemudian goreng seperti biasa. Bawang besar & cili di goreng kemudian taburkan di atas ayam tadi. Jika suka boleh jugak gunakan kacang panjang, goreng & taburkan ke dalam ayam.

Kerabu Udang Lagiiii...

Resepinya dah ada kt dlm ni... Kerabu ni mmg selalu sangat buat... kalau ada udang je mesti buat punya...


Resepi di sini

Thursday, December 6, 2007

Blog of The Month Award... tq..tq..

Terima award ni dari Jun.

Terharunya akak dpt award ni... padahal blog akak baru je setahun jagung & isi kandungannya pun tak seberapa.. Lepas ni kena lebih rajin masaklah ye Jun.

Akak juga nak panjangkan award ni kpd kawan2 lain... iaitu Rozie & Jo.

Monday, December 3, 2007

Udang Goreng Tepung

Minggu lepas semua masakan simple je akak buat... minggu M kot...

Bahan-bahan:
500 gram udang basah
2 cawan tepung serbaguna Adabi
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
1 sudu teh garam
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara:
Kupas kulit udang, belah belakang & buang kekotorannya (tak reti akak nk tulis benda ni..). Basuh & toskan. Gaulkan udang dgn tepung & semua bahan2 di atas. Disebabkan tepung serbaguna Adabi tu memang sudah ada bahan perasa sendiri & rempah ratusnya... jadi senang kerja akak, tak payah menyusahkan diri sendiri.. Tuang minyak dlm kuali dgn kadar yg agak byk. Goreng udang sehingga kekuningan. Toskan minyak udang dgn melapikkan pinggan menggunakan tisu... Perahkan lemon di atas udang utk rasa yg lebih enak.... Dah siap! Mudah bebenor!

Sayur Campur

Sayur paling senang nak buat bila penyakit M melanda...

Bahan-bahan:
1/2 labu sayur kobis bunga
1/2 labu brocoli
1 ikat daun bawang
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan (sesame oil)
Sedikit kiub pati ikan bilis maggie
Minyak utk menumis
Sedikit lada sulah
Sedikit air
Garam & gula

Cara-cara:
Potong sayur ikut suka. Bawang putih & halia dimayang halus. Bawang besar dipotong kasar. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, halia & bawang besar hingga layu, lepas itu masukkan sos tiram. Masukkan sedikit sahaja air. Masukkan sayur, balik2kan sehingga separuh masak. Masukkan bahan perasa seperti garam, gula, serbuk ikan bilis, lada sulah & gula (jika suka). Tutup api & curahkam minyak bijan (sesame oil ) atas sayur, kemudian balik2kan. Sedia utk dihidangkan ketika panas2.