Thursday, February 28, 2008

Tepung Pelita

Resepi dari Yani@myresipi.com. Dah lama buat tp baru sekarang dapat masukkan dalam blog...

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan (akak guna santan dlm tin aje)

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

Sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara:
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  • Bila dah masak masukkan dalam bekas (acuan) disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Friday, February 22, 2008

Ikan Trout Sweet Sour


Bahan-bahan:
1 ekor ikan trout (ikut suka jenis apa ikan nak digunakan)
1/2 biji nenas (klu boleh yg betul2 masak, buang empulurnya, potong memanjang)
1/2 biji timun (buang empulurnya, potong memanjang)
2 biji tomato (dipotong baji)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili boh @ cili kisar
1 inci halia
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Minyak utk menumis
Garam & gula secukup rasa
Tepung jagung secukupnya

Cara-cara:
  • Bersihkan ikan, kelar-kelarkan kedua2 bahagian ikan tersebut. Lumurkan dengan tepung jagung sehingga menutupi semua bahagian ikan. Kemudian ikan digoreng dengan menggunakan minyak yg banyak (deep fry). Ketepikan.
  • Halia, bawang merah & bawang putih dikisar halus.
  • Tumis semua bahan kisar & cili kisar hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato. Tumis sebentar & masukkan jus lemon.
  • Masukkan nenas, timun, tomato & bawang besar. Jgn terlalu lama, nanti terlalu lembik.
  • Masukkan garam & gula. Sesuaikan masin, masam & manisnya.
  • Letakkan ikan yg telah digoreng tadi dlm bekas yg sesuai.
  • Curahkan bahan2 (sos) tadi ke atas ikan.

Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
1 kg udang sederhana besar
1 inci halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji tomato
Sedikit daun bawang
1 sudu besar cili kisar (boleh tmbh jika nak lebih pedas)
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
50ml susu cair
Minyak utk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Kisar halia, bawang merah & bawang putih. Bawang besar dimayang.
  • Tomato dibelah 4. Daun bawang dihiris kasar.
  • Tumis semua bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato puri, sos tomato, sos cili & sos tiram. Tumis sebentar hingga semua bahan2 sebati. Tambah air jika terlalu pekat.
  • Masukkan udang & balik2kan sehingga kulit udang berwarna kemerah2an.
  • Baru masukkan susu cair, garam & gula. Biar sebentar lagi. Tutup api.
  • Sedia utk dihidangkan bersama nasi putih, nasi tomato & nasi minyak.

'White Clam' Rebus

Terjumpa white clam ni kat Oriental Shop... lamanya tak makan... masa kecik2 dulu akak selalu kutip clam jenis ni kat pantai di kpg tempat akak tinggal masa kecil dulu... iaitu di sebuah perkampungan kecil di daerah Lundu, Sarawak... rindunya rasa nak kembali ke zaman kanak2 tersebut... kita org dapat yg lebih besar dari ni... sodap tau.. kadang2 kita bakar camtu aje.. manisnya mak oiii...

Bahan-bahan:
1 kg white clam
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2-3 biji cili hidup (tak kira ler cili warna apa)
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Bersihkan clam & toskan. Serai dititik.
  • Bawang merah, putih & cili dihiris. Daun kunyit disiat-siatkan.
  • Rebus air dlm periuk. Tunggu hingga mendidih baru masukkan semua bahan2 ke dalam periuk. Biar sebentar sehingga bahan2 agak layu.
  • Masukkan garam & serbuk perasa (jika suka).
  • Masukkan white clam ke dalam periuk. Biar sebentar sehingga kulit dia terbuka dgn sendiri.
  • Tutup api & bolehlah dihidangkan ketika panas. Dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn air asam atau kicap+cili+perahan limau.

Mee Bandung... lagi...

Resipi mee bandung dah ada dalam blog ni... saja jer nak tayang gambar...hehehehe...


Monday, February 18, 2008

Butter Lobster

Terjumpa resipi ini dlm internet... mat salleh punya blog restaurant... kebetulan pulak beli lobster kat ASDA... terus cuba.. memang sedap bangat.. lain kali nak try lagi...


Bahan-bahan:
1 ekor lobster
3 sudu besar butter
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh garlic powder (klu takde boleh guna bawang putih, cincang halus)
Sedikit 5 chinese spies (jika suka, utk rasa lebih pedas)
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar parutan cheese cheddar

Cara-cara:
  • Belah dua lobster dari ekor sampai ke kepalanya dengan menggunakan pisau yg tajam.
  • Pukul sedikit butter supaya lembut & gebu.
  • Masukkan garam, lada sulah, garlic powder & 5 chinese spies. Gaul sebati dgn butter tadi.
  • Lumurkan semua bahan2 tadi ke atas lobster (bahagian isinya).
  • Curahkan jus lemon juga pada isi lobster tadi.
  • Panggang/bakar dalam oven yg bersuhu 200C selama 5-6 minit.
  • Keluarkan dari oven, taburkan cheese parut di atas isi lobster.
  • Panggang/bakar sekali lagi selama 5-10 minit.
  • Keluarkan dari oven, perah jus lemon lagi jika suka.
  • Sedia untuk dihidangkan... yummy!

Tuesday, February 12, 2008

Februari... Bulan Terima Award

Assallamualaikum semua... bersua lagi kita setelah sekian lama tak update blog ini... Hari ini baru berkesempatan untuk berbicara & menjengok blog2 sahabat yg lain.. Minta maaf banyak2 kepada kawan2 yg memberi award kerana terlalu lewat memasukkan dlm blog akak ni... kepada sesiapa yg terlupa tu tolong ingatkan akak sekali lagi...

Strawberry cheese cake & jambangan bunga tulip putih ini pemberian dari Ctnik di Scotland & Mamavogue (Rozie).. terima kasih banyak2 kerana menjadi penyokong & penjengok setia blog akak...

You have my heart award ni pulak pemberian Ummizaihadi & Nita.. Tq so much my dear!

Friendly Site Award pemberian Ummizaihadi... Terima kasih Ummi kerana menjadi sahabat alam maya yg setia... InsyaAllah suatu hari nanti kita akan berjumpa jua...



You Are Loveable & Loveable Blog hadiah dari Mat Gebu & Fidah (S Shamen)... Terima kasih pada kedua sahabat akak ni... semoga kita sama2 akan lebih maju jaya lg pd hari2 yg mendatang..

Juga pemberian dari my lovely sister Fidah.. thanks!


Nice Matters Award hadiah dari Kak E yg comel... cayang dia! Tq so much Kak E...

Mana-mana yg tertinggal tu.. insyaAllah akak akan update lagi nanti...

Friday, February 1, 2008

Pegumuman

Kepada rakan-rakan yang disayangi semua,

Harap maklum... dalam seminggu dua ni, blog tak dapat diupdate.. sibuk sikit mengemas & packing barang2 sebab nak berpindah ke rumah lain...

InsyaAllah.. selepas semua beres.. dapur akan beroperasi semula... hehehehehe

Harap maklum...