Monday, March 9, 2009

Kuih Koci...

Lucunya rupa kuih koci akak ni...hehehehe.. sebab tak reti nak buat bentuk piramid, akak bantai aje ler bentuk bantal, itu aje yg reti... tp rasa tetap mcm kuih koci... terima kasih pd mat gebu kerana resepi yg sedap ni. Terjumpa resepi ni kat myresipi.com.

Bahan utk doh:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (akak guna pulut hitam, kemudian blender halus jd tepung)
1 1/2 cawan air
Sedikit garam

Cara membuat doh:
  • Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
  • Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Bahan utk inti:
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul (akak guna 1 helai sahaja)
1/2 cawan air

Cara membuat inti:
  • Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  • Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

Bahan lain:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci).
Minyak masak
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara membuat kuih koci:
  • Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  • Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  • Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  • Kemudian lipat seperti biasa, samada berbentuk piramid, bantal dsbnya.
  • Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2.

Tuesday, March 3, 2009

Maja Blanca

Terjumpa resepi ini dalam myresipi.com. Resepi asal oleh hana6877@myresipi.com. Sejenis dessert dari Filipina.... rasa boleh tahan sedap & sangat mudah utk disediakan.

Bahan:
1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara:
  • Gris loyang (8"x8") dengan minyak.
  • Dalam mangkuk, satukan cornstarch/tepung jagung, gula, air dan santan, kacau sebati.
  • Masukkan jagung dan juga kismis.
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga likat, pekat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam loyang. Taburkan dengan kacang tanah, kemudian sejukkan dlm peti sejuk.
  • Potong & sedia utk dihidangkan.

Monday, February 23, 2009

Antara Koleksi Kek Lapis Sarawak


Resepi kek lapis evergreen akan diletakkan kemudian... kek lapis sisik ikan sudah ada resepinya dalam blog ini.

Thursday, February 19, 2009

Donut



Dari resepi skyblue (lydia)@myresipi.com. Saya guna breadmaker aje... sebab tak larat nak mengguli...

Bahan:

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara:
  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  • Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  • Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  • Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  • Toskan minyak. Salut degan icing, coklat cair & dihias mengikut kreativiti semasa donut itu masih panas.

Monday, February 16, 2009

Bertemu Kembali...

Rasanya dah terlalu lama rasanya blog ni tak berupdate... kalau rumah dah lama bersarang labah2 agaknya... Sebenarnya takdep apa, cuma dlm masa terdekat ni & selepas berhariraya sakan hari tu... terasa malas benarnya bila masak nak ambik gambar, pastu malas benar nak masukkan dlm blog... bukan tak masak, kena masak jugak hari2, tak makan pulak family akak nti ye... Tp itu ler tadi seperti yg akak cakapkan, bila perasaan malas tu menguasai diri, itu ler jadinya...hehehehe.. Takpe selepas ni mungkin akak akan update jugak blog masakan ni sikit2... sementara tak sibuk sangat ni... tp tak ler seaktif dulu... Terima kasih jugak pada kawan2 yg masih sudi menjengok blog akak yg dah berkurun terbiar... Sekarang ni kat sini musim sejuk.. snow selalu turun, tu lagi ler membuatkan akak ni malas benar nak ngadap blog ni...

Okay untuk itu belum terlewat diucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua para sahabat handai yg masih mengingati akak ni.. semoga sillaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sampai bila-bila...