Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Antara Koleksi Kek Lapis Sarawak


Resepi kek lapis evergreen akan diletakkan kemudian... kek lapis sisik ikan sudah ada resepinya dalam blog ini.

Tuesday, October 21, 2008

Menu Open House 2008...

Bersempena dgn kedatangan Syawal ini belum terlambat rasanya akak mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri, maaf zahir & batin kepada pengunjung2 setia blog akak yg dah lama tak beroperasi ni.. Bukan ada apa sebenarnya, cuma agak sibuk sedikit di bulan Ramadhan yg lalu & seterusnya bulan Syawal pulak sibuk beraya... almaklum ler tahun ni tahun kedua kami beraya di perantauan... Satu lagi disebabkan ada ler kawan2 yg menempah kek kat sini... dari bulan Ramadhan hingga sekarang.. sebab kat sini rumah terbuka masih lagi berlangsung hingga penghujung bulan Syawal ini... Alhamdulillah!


Ini le antara menu yg dihidangkan pada Open House kami pada tahun ini... Ini adalah menu open house kali ke 2... Kek yg dihidangkan ialah Kek Lapis Zigzag, Kek Lapis Cindai, Kek Lapis Coklat & Oren dan Kek Pilih Kasih (kukus)..


Kek Lapis Zigzag


Kek Lapis Coklat & Oren


Kek Lapis Cindai


Open House kami yg pertama terlupa nak ambik gambar.... ada 3 kek lapis yg dibuat pada open house yg pertama iaitu Kek Lapis Tembikai, Roll Ketupat & Kek Lapis Rozel... sayangnya akibat kelam kabut tak sempat nak ambik gambar...


Wednesday, August 20, 2008

Kek Lapis Sutera Lagenda



Resepi dari buku kek lapis Rabiah Amit... Akak buat kek ini sebagai hadiah kepada supervisor hubby yg menyambut harijadinya yg ke 60 tahun pada 15 Ogos 2008 yg lepas... dia telah jadikan kek ini sebagai kek harijadi dia & diletakkannya lilin di atasnya.. terasa lucu bila kek lapis jadi birthday cake.. kemudian dimakan dengan aiskrim... sedap jugak kek lapis makan dgn aiskrim...

Gambar2 semasa harijadi Prof Michael Corris.


Monday, June 9, 2008

Kek Lapis Masam Manis (Tempahan)

Tempahan dari Syaimak & Adi di Nottingham, UK.

Monday, June 2, 2008

Kek Lapis Seri Dewi Malam

Akak telah terjumpa semula buku resepi lama akak... hari tu masa berpindah tak tau letak kat mana... jenuh mencari merata2..rupa2nya tersimpan dkt dgn bilik study hubby akak... Ini salah satu resepi dari koleksi kakak ipar akak di Sarawak... Sedap sangat & disarankan kepada sesiapa yg nak belajar buat kek lapis ataupun yg dah pandai buat tu apalah salahnya kalau nak mencuba.. bahan2nya senang nak dapat.. selamat melapis!


Bahan-bahan:
8 biji telur ayam gred A (kalau guna gred B, 10 biji)
500 gram mentega/butter
2 gelas tepung hongkong (atau superfine)
1 gelas gula kaster
1 cawan horlick
100 gram bijan (digoreng tanpa minyak hingga perang)
100 gram mixed dried fruit (guna kismis hitampun boleh)
1 sudu teh baking powder
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula hitam
Pewarna kuning

Cara membuat:
  • Pukul gula & telur hingga kembang, masukkan baking powder.
  • Mentega/butter & susu pekat manis dipukul dalam bekas lain hingga putih & kembang.
  • Kemudian satukan adunan telur & mentega.
  • Masukkan horlick, esen vanilla & tepung hongkong. Gaul hingga sebati & sekata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak (kalau nak betul2 sama, timbangkan adunan tersebut).
  • Bahagian pertama masukkan gula hitam & bijan goreng tadi. Adunan ini akan bertukar kepada warna coklat tua disebabkan gula hitam tadi.
  • Bahagian kedua masukkan pewarna kuning & mixed dried fruit.
  • Panaskan oven pada suhu 130C dgn menggunakan api atas sahaja (ikut oven masing2..ada oven yg boleh letak 150 ke atas). Kalau oven akak kat sini tak boleh guna panas sgt sbb cepat hangus.
  • Mula2 lapiskan adunan bijan tadi sebanyak 4 sudu besar (lebih kurang 120gram kalau ditimbang). Kemudian bila dah masak, lapiskan adunan warna kuning sebanyak 4 sudu besar lagi (juga 120gram). Buatlah lapis demi lapis hingga adunan habis.
  • Lapisan yg terakhir barulah menggunakan api atas & bawah sekali.
nota:
Untuk melapisnya ikut kreativiti sendiri samada lapis setiap warna sekali ataupun yg ini akak buat 3 lapisan coklat, 3 lapisan kuning, 2 lapisan coklat, 2 lapisan kuning & seterusnya 1 lapisan coklat & kuning utk menghabiskan adunan tersebut (sebab itulah lapisan yg akak buat ni nmpk tebal dibawah tp nipis di atas). Terpulang pada kesukaan masing2. Kalau nak senang lapis berselang seli sahaja iaitu coklat, kuning, coklat, kuning hingga habis adunan.


Tuesday, May 13, 2008

Kek Lapis Dewi Pandan

Resepi dari buku Rabiah Amit jilid 2:



Thursday, April 3, 2008

Kek Lapis Sisik Ikan

Juga dari buku Rabiah Amit jilid 2... cuma akak ubah suai sedikit.

Bahan-bahan:
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250gram gula halus
1 sudu besar ovalet
75ml air sejuk
1 tin seri kaya (akak gantikan dgn susu pekat manis)
1/2 botol horlick
250gram tepung hong kong
300gram mentega
4 bungkus manisan masam manis (hawflakes)

Cara-cara:
  • Pukul telur, gula, ovalet, air sejuk, seri kaya (susu pekat manis) & horlick hingga kembang & sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sikit2. Pukul lagi hingga sebati.
  • Di tempat lain pukul mentega hingga kembang.
  • Masukkan mentega ke dalam adunan yg pertama tadi.
  • Bakar 4 sudu besar adunan hingga masak.
  • Bila masak cucukkan hawflakes secara menyerong (condong) ke atas lapisan kek tadi.
  • Masukkan 4 sudu besar lagi adunan & dibakar hingga masak.
  • Buat 2 lapisan baru dicucuk lagi hawflakes.
  • Buat begitu hingga adunan habis.

p/s: Jgn letakkan hawflakes terlalu rapat, jarak2kan sedikit. 2 lapisan baru letak lagi.


Kek Lapis Seroja


Resepi dari Buku Rabiah Amit jilid 2... Akak ubah suai resepi asal ikut kesesuaian & bahan.

Bahan-bahan:
450gram mentega
250gram gula halus
7 biji telur
300gram tepung hong kong
1/2 botol horlick
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 kotak buah2an campur (akak guna buah ceri merah & prune)
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna hijau (akak guna pandan pes)

Cara-cara:
  • Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati & gebu.
  • Selepas itu masukkan tepung, horlick, susu & vanilla. Gaul hingga sekata.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau. Bahagian kedua masukkan serbuk koko & bahagian ketiga biarkan warna asal.
  • Bakar lapisan koko dahulu sebanyak 4 sudu besar hingga masak.
  • Lapiskan pulak adunan warna hijau sebanyak 4 sudu besar. Bakar hingga masak.
  • Kemudian lapiskan bahagian warna asal (putih) & susunkan buah2an campuran di atasnya. Bakar lagi hingga masak.
  • Buatlah begitu hingga habis semua adunan.

Wednesday, December 12, 2007

Kek Lapis Seri Balas

Semua kek lapis akak yg ini & seterusnya diambil dari buku resepi Kek Lapis Sarawak Rabiah Amit. Tapi kali ini akak tak berapa puas hati dgn hasilnya, tidak seperti yg akak harapkan.. walaupun begitu akak letak le juga kat sini utk rujukan sendiri. Mungkin disebabkan masa membuatnya tergesa2. Susunan keknya tak begitu kemas & teratur.. Ini sebagai percubaan akak utk buat kek secara susunan & bercorak. Cara akak memotong inti kek juga tak berapa kemas... Satu lagi sebab akak kat sini takde acuan jenis 9"x9"x2" utk inti dia..kemudian utk luar dia kena guna acuan 81/2"x81/2x4".. Akak gunakan acuan 8"x8"x3".. itu yg keknya nmpk kecik je & byk lebihan adunan yg tertinggal...

Kek ini sebenarnya utk dihadiahkan kepada Prof Michael Corris (supervisor hubby) yg akan menyambut Krismas.. & kek ini akan dibawa beliau ke USA (naik kapalterbang le kek akak ye).

Bahan A:
10 biji telur (ambil 4 biji putihnya)
250 gm gula kastor (sukatan resepi asal tp akak kurangkan separuh dr gula, manis sgt oiii)
200 gm tepung hong kong
1 sudu makan ovalet
50 ml air ais

Bahan B:
300 gm mentega (akak guna butter)
4 sudu makan susu pekat manis
1 tin kecil kaya
1 sudu teh esen vanilla

Jem (sebarang perasa) utk melekatkan kek

Cara Membuat Inti:
Pukul semua bahan A dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Pukul bahan B hingga putih. Satukan kedua-dua bahan A dan B. Gaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
i. Merah ii. Kuning iii. Ungu iv. Hijau

Dengan menggunakan acuan 9"x9"x2", lapis warna merah, kuning, merah, kemudian ungu, kuning & ungu. Akhir sekali hijau, kuning & hijau. Iaitu 9 lapisan semuanya. Setelah siap semua, sejukkan dulu kemudian potonglah segitiga mengikut tinggi kek tersebut (-+11/2"). Bakar dgn suhu 180C (dlm buku tidak dinyatakan, akak guna sendiri kepanasannya spt akak buat kek2 yg sebelumnya).

Ini utk inti dia..dibahagikan kpd 4 bahagian & diwarnakan dgn warna kuning, hijau, merah & ungu.

Setelah masak & disejukkan, potong kek segitiga seperti dlm gambar.

Cara Membuat Lapisan Atas & Bawah:
Buat sekali lagi bahan A & B. Kali ini bahagikan kepada 2 bahagian dgn warna asal. Lapis bahagian bawah sebanyak 5 lapisan (ikut suka), kemudian susun kek yg dipotong segitiga td dgn melekatkannya menggunakan jem. Kemudian lapis semula adunan di sebelah atas sebanyak 5 lapisan lagi. Guna acuan 81/2"x81/2"x31/2". Juga dibakar dgn kepanasan suhu 180C.


Setelah masak & belum dipotong, macam ni le rupanya










Ini lebihan adunan yg akak sayang nak buang, buat satu lagi.. inti akak campur macam tu je..jadi le rupanya mcm ni...






Nota:
Kalau ikut dlm buku lagi ringkas cara2 dia menerangkan. Akak tambah ayat2 yg sesuai supaya senang nak faham. Dalam buku memang takda cara2 & gambar yg ditunjukkan macamana nak buat.. kena pandai sendiri je...


Friday, November 2, 2007

Kek Lapis Holiday Inn

Kek lapis ni semua projek masa raya baru2 ni. Kek ni paling senang nk buat kerana cuma satu adunan sahaja. Untuk membuatnya cuma lapis satu demi satu je, tak payah dicorak2kan. Budak2 amat menggemarinya sebab ada milo & horlick.

Kek lapis holiday inn. Maaf gambar tak berapa elok..

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
1 gelas gula kastor
500 gram butter (2 buku)
1 botol kecil horlick
1 tin kecil susu pekat manis
3 gelas tepung biskut merie (biskut merie diblender menjadi tepung)
1 tin kecil milo

Cara-cara:
Pukul mentega dengan gula hinnga kembang & putih. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung biskut merie dan susu pekat manis. Gaul rata dan sekata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak.

Satu bahagian masukkan horlick, gaul sehingga horlick menjadi sebati dengan adunan. Satu bahagian lagi masukkan milo, juga digaul sehingga sebati.

Sediakan acuan berukuran 81/2 x 81/2 x 3 inci. Masukkan adunan milo dahulu sebanyak 2-3 senduk. Bakar dengan kepanasan 150C dengan api bahagian atas sahaja. Bila sudah 3/4 masak, angkat dan lapiskan dengan adunan horlick kemudiannya sebanyak 2-3 senduk juga. Bakar lagi. Buat le begitu sehingga semua adunan habis. Lapisannya hendaklah sama banyak supaya setiap lapisan menjadi sama saiznya.

Peringatan:
Bahagian lapisan yg terakhir sekali barulah guna api bahagian bawah & atas sekali.

Monday, October 29, 2007

Kek Lapis Tinsley

Kek lapis ni ciptaan sendiri. Selalu ambik org punya resepi, kali ini nak try test uji, jadi ke tidak. Nampaknya eksperimen akak menjadi... warna-warni lagi tu... diberi nama kek lapis tinsley sempena mengingati nama tempat tinggal kami sekarang... boleh jadi ingatan & kenangan bila balik Msia nti.


Bahan-bahan:
Adunan dlm kek
250 gram butter
5 biji telur
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1/2 gelas tepung susu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovelet
1 botol kecil jem blueberry/strawberry/raspberry (utk melekat kek)
3 jenis pewarna (ikut suka)

Cara-cara:
Pukul butter & gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati & sekata.. Lepas itu, masukkan tepung susu, tepung gandum, ovelet & esen vanilla. Gaul lagi. Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yg disukai pada setiap bahagian. Bakarlah berlapis2 sama 3 lapisan, 6 lapisan atau 9 lapisan (ikut kesukaan & kerajinan masing2). Bila sudah masak, angkat & sejukkan. Potong kek secara memanjang setebal 1/2 inci tiap2 satu. Ketepikan dahulu.

Kek dipotong secara memanjang

Bahan-bahan:
Adunan luar kek:
250 gram butter
5 biji telur
1 gelas gula perang
1 gelas tepung biskut marie
1/2 botol horlick
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar ovalet

Cara-cara:
Pukul gula & butter sampai putih. Masukkan telur satu persatu. Lepas itu masukkan tepung roti marie, horlick & susu pekat manis. Gaul sebati.

Cara membuat keseluruhan kek:
Bakar satu lapisan adunan luar kek hingga tiga suku masak. Angkat & sapukan jem di atasnya supaya kek yg disusun tidak berterabur. Kemudian susun kek yg telah dipotong memanjang tadi di atasnya rapat2. Letakkan balik adunan luar kek di atasnya. Bakar lagi hingga tiga suku masak. Angkat, sapu jem & susun balik kek yg telah dipotong memanjang tadi. Tapi kali ini secara bertentangan dgn lapisan yg pertama tadi. Maksudnya jika susunan yg pertama tadi ke timur, susunan yg ini pulak ke selatan. Timbus lagi dgn adunan luar kek. Bakar lagi. Lapisan yg ketiga hendaklah susunan keknya mengikut arah yg sama dgn adunan yg pertama tadi. Jadi apabila kek di potong nanti lapisannya akan berselang seli & nampak cantik.. mcm lapisan buku. Buat 3 lapisan sahaja.

Susun kek dlm acuan mcm ni.

Thursday, October 25, 2007

Kek Lapis Zebra


Bahan-bahan:
Untuk bahagian dalam kek
5 biji telur (ambil 3 biji putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong/bluekey superfine
1/2 botol horlick
1 sudu besar ovelet
200 gram butter
4 sudu besar susu pekat manis
Pewarna oren, hijau & unggu (ikut suka)

Cara-cara:
Pukul telur, gula halus, tepung & ovelet hingga kembang dan sebati. Butter dipukul ditempat lain dengan susu pekat manis. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan horlick. Adun hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan warna oren, hijau & unggu pada setiap adunan. Bakar berlapis2 samada 3, 6 atau 9 lapisan (ikut suka sendiri). Apabila sudah masak, sejukkan dahulu, kemudian potong kek empat segi tepat. Ketepikan dahulu.

Bahan-bahan:
Untuk bahagian atas & bawah kek:
10 biji putih telur
200 gram tepung hong kong/bluekey superfine
150 gram gula halus
1 sudu makan ovelet
250 gram butter (cairkan)
50 ml santan
Jem blueberry (untuk melekatkan kek)

Cara-cara:
Pukul putih telur hingga bertanduk. Masukkan semua bahan ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati. Bakar 1 lapisan dahulu dengan menggunakan api atas pada kepanasan 150C. Bila sudah agak separuh masak, angkat dan sapukan jem blueberry atasnya. Selepas itu susunkan pulak kek yg telah dipotong segiempat tadi di atasnya. Tujuan meletakkan jem supaya kek melekat di antara satu sama lain & tidak berterabur. Kemudian lapiskan satu lapisan lagi adunan di atasnya. Bakar semula. Bila sudah separuh masak, sapukan lagi jem di atasnya dan susun lagi lebihan kek yg dipotong tadi. Akhir sekali timbus balik adunan sehingga habis. Bakar lapisan yg terakhir tersebut hingga masak dengan menggunakan api atas & bawah dengan kepanasan yang sama.

Kek Lapis Evergreen


Bahan-bahan:
10 biji telur ayam (asingkan putih & kuning)
1 sudu besar ovelet
500 gram butter (bahagi dua)
1 gelas gula halus
1 botol kecil horlick
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar tepung biskut merry
1 botol pandan pes
11/2 gelas tepung hong kong/blue key superfine
1/2 bungkus santan serbuk

Cara-cara:
Kuning telur dipukul dengan 1/2 gelas gula halus. Masukkan 250 gram butter, pukul hingga kembang. Masukkan horlick, ovelet, tepung roti merry dan juga pandan pes.

Pukul putih telur di tempat lain sampai kembang. Masukkan 1/2 gelas gula halus. Pukul lagi hingga sebati . 250 gram butter dikacau dengan 1/2 tin susu pekat manis di mangkuk yg lain. Kemudian masukkan ke dalam adunan putih telur tadi. Masukkan santan serbuk dan tepung gandum. Adun hingga sebati.

Bakarlah berlapis-lapis dimulai dengan adunan pertama, bila sudah agak separuh masak, lapislah adunan ke 2 pulak. Buatlah begitu sehingga habis. Ikut suka sendiri untuk mencoraknya bagaimana.

Wednesday, October 24, 2007

Kek Lapis Proton Saga


Bahan-bahan:
Untuk adunan dalam kek:
250gram butter
5 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1/2 gelas tepung susu (tak kira apa jenama)
1 tin kaya
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah, hijau & kuning

Cara-cara:
Butter dan gula dipukul hingga sebati dan putih. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan sekata. Masukkan kaya, susu tepung, tepung gandum dan esen vanilla. Gaul sebati. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Bahagian pertama masukkan pewarna merah, bahagian ke 2 masukkan pewarna hijau & bahagian ke 3 masukkan pewarna kuning. Bakar setiap lapisan berlapis2 samada 3 lapisan, 6 lapisan atau 9 lapisan (ikut kerajinan masing2). Bila telah siap, biarkan sejuk terlebih dahulu. Bila dah sejuk potonglah bebentuk dadu (empat segi tepat). Ketepikan dulu.

Adunan pertama yg telah dipotong dadu (empat segi tepat)

Bahan-bahan
Untuk adunan luar kek:
250gram butter
5 biji telur ayam
1 gelas gula halus (kalau tak nak manis kurangkan separuh gula)
1 gelas tepung biskut merry
1 tin kaya
1/2 botol horlick
1/2 tin susu manis

Cara-cara:
Gula dan butter dipukul hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu. Selepas itu masukkan tepung roti, kaya, horlick dan susu manis. Gaul hingga sebati dan sekata.

Kemudian ambil kek yg telah dipotong dadu tadi, kemudian masukkan semua ke dalam adunan yg ke 2. Gaul rata tp jgn terlalu kuat, takut kek akan berkecai. Akhir sekali bakar le kek selama 2-3 jam dgn api atas & bawah dengan kepanasan 150C. Selalu periksa, kalau kek nampak hangus diatas, kurangkan kepanasan ke 130C.

Tuesday, October 23, 2007

Kek Lapis Tepung Pulut


Bahan-Bahan:
25 biji kuning telur (ambil 4 biji putih telur)
150gram gula halus (boleh kurangkan manisnya)
4 sudu besar susu pekat
110gram tepung pulut
16 auns butter
1 sudu besar ovelet
1 gelas tepung gandum
1 botol kecil horlick
3 jenis pewarna (ikut suka)

Cara membuatnya:
Pukul telur dgn gula kastor hingga kembang. Masukkan ovelet. Butter dipukul di tempat lain hingga agak keputihan dan pekat. Satukan kedua adunan tadi. Pukul lagi biar sekata. Masukkan susu, tepung pulut & tepung gandum. Gaul lagi biar sebati. Akhir sekali bahagiakan adunan kepada 3 bahagian. Masukan pewarna yg disukai dlm setiap adunan.

Sediakan acuan yg telah dilapik dgn kertas minyak @ disapu mentega. Ambil 5 sudu makan dr adunan td dan bakarlah selama 5-10 minit. Bila dah tiga suku masak lapiskan adunan dr warna yg lain pulak. Buatlah begitu berselang-seli hingga habis.

Kek Lapis Zigzag (kek lapis Sarawak)

Bahan A (dalam kek)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet

Bahan B
(dalam kek)
200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

Bahan untuk bahagian luar kek:

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair

Cara untuk membuat inti kek (dalam kek):
Pukul Bahan B hingga sebati. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.

Cara untuk membuat lapisan luar kek:

Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.

Guna acuan 81/2 x 81/2 inci