Monday, June 2, 2008

Kek Lapis Seri Dewi Malam

Akak telah terjumpa semula buku resepi lama akak... hari tu masa berpindah tak tau letak kat mana... jenuh mencari merata2..rupa2nya tersimpan dkt dgn bilik study hubby akak... Ini salah satu resepi dari koleksi kakak ipar akak di Sarawak... Sedap sangat & disarankan kepada sesiapa yg nak belajar buat kek lapis ataupun yg dah pandai buat tu apalah salahnya kalau nak mencuba.. bahan2nya senang nak dapat.. selamat melapis!


Bahan-bahan:
8 biji telur ayam gred A (kalau guna gred B, 10 biji)
500 gram mentega/butter
2 gelas tepung hongkong (atau superfine)
1 gelas gula kaster
1 cawan horlick
100 gram bijan (digoreng tanpa minyak hingga perang)
100 gram mixed dried fruit (guna kismis hitampun boleh)
1 sudu teh baking powder
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula hitam
Pewarna kuning

Cara membuat:
  • Pukul gula & telur hingga kembang, masukkan baking powder.
  • Mentega/butter & susu pekat manis dipukul dalam bekas lain hingga putih & kembang.
  • Kemudian satukan adunan telur & mentega.
  • Masukkan horlick, esen vanilla & tepung hongkong. Gaul hingga sebati & sekata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak (kalau nak betul2 sama, timbangkan adunan tersebut).
  • Bahagian pertama masukkan gula hitam & bijan goreng tadi. Adunan ini akan bertukar kepada warna coklat tua disebabkan gula hitam tadi.
  • Bahagian kedua masukkan pewarna kuning & mixed dried fruit.
  • Panaskan oven pada suhu 130C dgn menggunakan api atas sahaja (ikut oven masing2..ada oven yg boleh letak 150 ke atas). Kalau oven akak kat sini tak boleh guna panas sgt sbb cepat hangus.
  • Mula2 lapiskan adunan bijan tadi sebanyak 4 sudu besar (lebih kurang 120gram kalau ditimbang). Kemudian bila dah masak, lapiskan adunan warna kuning sebanyak 4 sudu besar lagi (juga 120gram). Buatlah lapis demi lapis hingga adunan habis.
  • Lapisan yg terakhir barulah menggunakan api atas & bawah sekali.
nota:
Untuk melapisnya ikut kreativiti sendiri samada lapis setiap warna sekali ataupun yg ini akak buat 3 lapisan coklat, 3 lapisan kuning, 2 lapisan coklat, 2 lapisan kuning & seterusnya 1 lapisan coklat & kuning utk menghabiskan adunan tersebut (sebab itulah lapisan yg akak buat ni nmpk tebal dibawah tp nipis di atas). Terpulang pada kesukaan masing2. Kalau nak senang lapis berselang seli sahaja iaitu coklat, kuning, coklat, kuning hingga habis adunan.


2 comments:

SANIAH HUSIN said...

askum akak. comel kek akak. Gula hitam tu mcm mana? x pernah dengar plak.

tuan umah said...

salam kak pah,2 gelas bersamaan dgn berapa gm?sb gelas yg kak pah guna tak sama dgn yg kita guna