
Bahan utk doh:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (akak guna pulut hitam, kemudian blender halus jd tepung)
1 1/2 cawan air
Sedikit garam
Cara membuat doh:
- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul (akak guna 1 helai sahaja)
1/2 cawan air
Cara membuat inti:
- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Bahan lain:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci).
Minyak masak
1 cawan pati santan + secubit garam
Cara membuat kuih koci:
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
- Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa, samada berbentuk piramid, bantal dsbnya.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2.