Friday, February 22, 2008

'White Clam' Rebus

Terjumpa white clam ni kat Oriental Shop... lamanya tak makan... masa kecik2 dulu akak selalu kutip clam jenis ni kat pantai di kpg tempat akak tinggal masa kecil dulu... iaitu di sebuah perkampungan kecil di daerah Lundu, Sarawak... rindunya rasa nak kembali ke zaman kanak2 tersebut... kita org dapat yg lebih besar dari ni... sodap tau.. kadang2 kita bakar camtu aje.. manisnya mak oiii...

Bahan-bahan:
1 kg white clam
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2-3 biji cili hidup (tak kira ler cili warna apa)
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Bersihkan clam & toskan. Serai dititik.
  • Bawang merah, putih & cili dihiris. Daun kunyit disiat-siatkan.
  • Rebus air dlm periuk. Tunggu hingga mendidih baru masukkan semua bahan2 ke dalam periuk. Biar sebentar sehingga bahan2 agak layu.
  • Masukkan garam & serbuk perasa (jika suka).
  • Masukkan white clam ke dalam periuk. Biar sebentar sehingga kulit dia terbuka dgn sendiri.
  • Tutup api & bolehlah dihidangkan ketika panas. Dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn air asam atau kicap+cili+perahan limau.

No comments: