Monday, February 18, 2008

Butter Lobster

Terjumpa resipi ini dlm internet... mat salleh punya blog restaurant... kebetulan pulak beli lobster kat ASDA... terus cuba.. memang sedap bangat.. lain kali nak try lagi...


Bahan-bahan:
1 ekor lobster
3 sudu besar butter
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh garlic powder (klu takde boleh guna bawang putih, cincang halus)
Sedikit 5 chinese spies (jika suka, utk rasa lebih pedas)
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar parutan cheese cheddar

Cara-cara:
  • Belah dua lobster dari ekor sampai ke kepalanya dengan menggunakan pisau yg tajam.
  • Pukul sedikit butter supaya lembut & gebu.
  • Masukkan garam, lada sulah, garlic powder & 5 chinese spies. Gaul sebati dgn butter tadi.
  • Lumurkan semua bahan2 tadi ke atas lobster (bahagian isinya).
  • Curahkan jus lemon juga pada isi lobster tadi.
  • Panggang/bakar dalam oven yg bersuhu 200C selama 5-6 minit.
  • Keluarkan dari oven, taburkan cheese parut di atas isi lobster.
  • Panggang/bakar sekali lagi selama 5-10 minit.
  • Keluarkan dari oven, perah jus lemon lagi jika suka.
  • Sedia untuk dihidangkan... yummy!

1 comment:

Mila_ibu najihah said...

salam, trima kasih byk atas resepi ni. buntu otak semlam hubby bwk balik lobster tak tahu nak masak apa..sib baik ada resepi ni, bleh cuba..nampaknye sedap :) presentation pun menarik TQ