Monday, November 19, 2007

Nasi Minyak Hujan Panas

Semalam (Ahad) ada tetamu yg datang ke rumah. Hubby suruh le masak apa2 yg senang nak masak tetapi menyelerakan. Jadi akak pilih menu yg selalu akak buat bila kawan2 bangsa asing hubby datang berkunjung.

Menu hari ini:
Nasi Minyak Hujan Panas

Ayam Masak Merah

Kari Daging Lembu
Jelatah Nenas & Timun

Fruit Coctail & Cream Custard (desert)


Nasi Minyak Hujan Panas
Resipinya di sini


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit (utk menggoreng ayam)
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan susu cair
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
Sedikit daun bawang

Cara-cara:
Potong ayam, bersih & toskan. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sehingga setengah masak & ketepikan. Tumbuk/kisar halia, bawang merah & bawang putih. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi utk menumis, anggaran dlm 1/2 cawan. Tumis semua cili kisar & bahan2 tumbuk tadi. Tumis sebentar, kemudian masukkan rempah tumis. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili & sos tiram. Gaul hingga naik bau. Masukkan susu cair, garam, gula, kiub pati ayam & serbuk perasa. Biarkan sebentar. Barulah masukkan ayam, balik2kan hingga sebati. Masak sekejap, masukkan bawang besar, tomato & daun bawang. Akhir sekali barulah masukkan kacang peas. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak hujan panas.

Nota: Ayam masak merah versi kak pah ni memang tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja. Sebab itulah ketika menumis minyaknya agak banyak.


Jelatah
Jelatah (acar mentah) ni, hubby yg buat. Dia memang suka sangat jelatah ni.. hampir setiap minggu dia buat.

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 inci halia
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3-5 biji cili merah/hijau/cili padi
2 sudu besar jus lemon
Garam & gula
1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk kasar)

Cara-cara:
Potong timun & nenas ikut suka. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, halia & cili. Gaulkan semua bahan hiris dgn timun & nenas. Masukkan jus lemon, garam & gula. Akhir sekali masukkan kacang goreng yg telah ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama nasi minyak hujan panas.

Kari Daging Lembu
Resepi ini sudah ada.
Di sini

Fruit Coctail & Cream Custard
Bahan-bahan:
1 tin fruit coctail
1 tin cream custard (akak guna jenama Ambrosia)
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul rata supaya cream custard tidak berketul. Masukkan dlm gelas atau mangkuk kecil yg sesuai. Hias dgn buah strawberry, anggur, kiwi atau apa saja buah2an yg disukai.

No comments: