Thursday, March 27, 2008

Ketam Goreng Tepung

Resepi paling simple & senang nak buat... tambah lg kalau dapat ketam fresh... fuyoooo... lagi terangkat!


Ketam Goreng Tepung

Bahan-bahan:
1kg ketam
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 cawan tepung gandum
Garam & serbuk perasa (jika suka)
Minyak yg byk utk menggoreng (guna deep fryer lg bagus)

Cara-cara:
  • Bersihkan ketam, potong kepada 2 bahagian. Toskan.
  • Kisar bawang merah & bawang putih. Gaulkan bawang, serbuk kunyit, serbuk kari, garam & serbuk perasa. Perapkan sekejap.
  • Sebelum digoreng, gaulkan dahulu dgn tepung gandum. Goreng hingga kekuningan.
  • Angkat & boleh ler dihidangkan.

1 comment:

shafa said...

sekiranya memerlukan pembantu rumah lawati lah f/p http://hifzza.fotopages.com/ saya...entry 1hb April 2008..