Bahan A (dalam kek)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet
Bahan B (dalam kek)
200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat
Bahan untuk bahagian luar kek: 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
Cara untuk membuat inti kek (dalam kek):
Pukul Bahan B hingga sebati. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
Cara untuk membuat lapisan luar kek:Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
Guna acuan 81/2 x 81/2 inci
1 comment:
ganas la kak pah nie....org sarawak rupenyer....eksperimen yg ternyata membuahkan hasil. sayang tak leh nak rasa...kek lapis sarawak fav. saya tu. selalu gi open house tu saya terkam dulu hehe, muka tak malu hahaha
Post a Comment