Wednesday, April 9, 2008

Moist Chocolate Cake

Sempena genap setahun kami 5 beranak berada di Sheffield, UK hari ni... akak buat sebiji kek coklat kukus resepi nor 67@myresipi.com. Terima kasih pada tuan empunya resepi yg sedap & anak2 suka sekali.

Moist Chocolate Cake (kukus)

250gm butter
1 cawan gula kaster
1 cawan gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko


Cara-cara:

  • Pukul butter bersama gula kaster dan gula perang hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila, pukul lagi.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, terus memukul hingga gebu, kembang & sebati.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan susu suam secara kaedah kaup balik. Gaul hingga betul2 sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan/loyang yg telah disapu butter atau dilapik dgn kertas kek.
  • Tutup acuan dgn aluminium foil supaya ketika mengukusnya air tidak menitik ke dalam kek.
  • Kukus selama 1 jam setengah. Bila sejuk barulah dihias dgn coklat ganache dgn kreativiti sendiri.


Untuk Coklat Ganache


150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara:
  • Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat manis & air panas ke dalam bekas tahan panas. Masak secara double boiler hingga cair.
  • Padam api dan masukkan butter. Kacau hingga butter cair & coklat nampak berkilat.
  • Biarkan suam buat seketika. Lepas itu curahkan ke atas kek. Hiaslah kek mengikut kepakaran masing2.

No comments: