Thursday, November 22, 2007

Juadah Harijadi...

Sempena harijadi big boss hari ni.. akak buat le kek harijadi berbentuk hati... cuba2 untuk mendeco sendiri kek tersebut. Kek dari blog Mat Gebu iaitu Cocopandan Cake. Butter Icingnya dari blog Kak E, ... terima kasih byk2 Mat & Kak E menjadi bahan rujukan. Juga terima kasih yg tidak terhingga kepada Rozie sbb meminjamkan nozzle utk akak mendeco kek.. Nozzle yg akak order smpi skrg msh belum sampai2.. sabar je le... hehehehehe

Senarai menu:
Cocopandan Cake (Mat Gebu),
Icing (Kak E),
Pulut Kuning (resipi Kak E dlm myresipi.com),
Pizza,
Sos Pizza (blog Noreen, resipi asal Kak Nis)
Rendang Ayam

Sebenarnya malu sgt nk tunjuk tau..tp takpe utk rujukan sendiri juga nti...

Resipinya: Mat Gebu

Butter Icing (Kak E)

Bahan-bahan:
250 gram butter
150 gram shortening
250 gram gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara:
Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata..

Pulut Kuning
Pulut Kuning Kak E
Terima kasih kak E, resepi pulut kuning dah 2 kali saya buat. Hariraya lepas & birthday bb hari ni.. sedap sangat. Cuma saya tambah asam keping ketika merendamnya supaya berkilat.


Rendang Ayam Pedas

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:
Potong ayam ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Pizza
Bahan-bahan: (2 pan pizza sederhana besar)
300 gram tepung gandum/tepung roti
200 ml air
15 gram gula
4 gram yis
25 gram shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker. Pilih menu dough. Setelah selesai, keluarkan & tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Rehatkan sebentar selama 10 minit. Kemudian canaikan & masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garpu.

Topping:
200 gram daging/ayam mince
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit nenas (dihiris nipis & kecil2)
Sedikit capsicum merah, hijau & kuning
Garam & gula
1 sudu teh oregano
1/2 buku cheese cheddar (parut kasar)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging mince. Masak hingga daging empuk & airnya kering. Masukkan garam & gula.

Penyediaan Pizza:
Oleskan sos ke atas pizza. Letakkan daging yg telah digoreng tadi di atas. Taburkan nenas, capsicum, oregano cheese ke atasnya. Sedia utk dibakar pada suhu 200C selama 10-15 minit.



Sos Pizza

Bahan-bahan:
1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tin chopped tomato
8 oz sos tomato
6 oz tomato paste/tomato puree
Garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi. Masukkan semua jenis tomato, oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering. Biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan ke atas pizza.

Resipi Noreen (asal Kak Nis). Tq Noreen & Kak Nis.

3 comments:

Mamasya said...

Pulut kuning cicah dgn rendang mmg sedap...dah lama tak makan pulut kuning..asyik tangguh nak buatnya..
kek pandan kelapapun nampak sedap..yummy..

Kak Pah Sherry said...

Fav. akak & hubby gak... sama citarasa rupanya kita ni ye... Mamasya nama betul apa ek? Akak nk link dlm blog akak ni..

Mamasya said...

tq krn sudi nak link...kalau nak link guna mamasya pun boleh sbb kat Fp mmg guna nama mamasya