Thursday, November 1, 2007

Lapis Pandan (Pandan Layer)

Resepi ini diceduk dari resepi Mat Gebu dalam MyResipi.com. Pertama kali mencuba & nampaknya sukses. Walaupun kastad agak lembut sedikit kerana dekat sini takda tepung hoen kwee, jadi akak bantai je tepung gandum biasa. Nanti nak cuba lak campur dengan tepung kastad sikit. Lihat macamana hasilnya pulak.


Lapis pandan yg telah diletakkan dengan krim pandan.

Bahan-bahan Utk Kek:
5 biji telur
120 g gula (dikurangkan gula dari 160 gram, hubby & anak2 tak suka manis)
125 g tepung gandum
1 camca teh baking powder(satukan dgn tepung dan diayak)
75 g minyak jagung
1 sudu besar ovalet
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar
Cara-cara:
Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata hingga sebati. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam acuan berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas kek.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30-45 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Potong bahagian tepi kek sebanyak 1 inci supaya menjadi lebih kecil dr acuan iaitu menjadi 7”x7”.

Bahan-bahan Utk Kastad:
1050 g santan (400ml santan pekat dlm tin + air)
180 gram gula (Inipun dikurangkan juga dari 225 gram)
10 gram vege gelatin (resepi asal jelly)
1 camca teh pes pandan
100 g tepung hoen kwee (akak guna tepung gandum je, takde tpg jenis ini kat sini)
75 ml air 1 sudu teh garam
Cara-cara:
Satukan semua bahan2 untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak di atas air mendidih (double boiler), kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
Cara Untuk Keseluruhan Kek:
Gunakan acuan berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastad dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1-2 jam. Keluarkan kek dari acuan dan tabur dgn kelapa kering. Kalau suka tuangkan krim pandan di atasnya.

Krim Pandan:
1 tin susu cair
1/2 tin carnation light cream
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh pes pandan
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Pukul sedikit sehingga telur, gula, pes pandan & krim sebati dan tidak berketul. Tapis jika perlu. Masukkan dalam periuk. Kacau jangan berhenti dengan api yg perlahan sampai pekat.

No comments: