Friday, November 16, 2007

Mee Jawa Perantau

Teringin betul nak makan Mee Jawa. Sepatutnya kena ada tauge & sayur sawi, tauhu goreng & fish cake. Tapi kat sini takyah le nak lengkap sangat. Terus menyelongkar peti ais, konon2 nak cari le apa2 je bahan yg diperlukan, tp takde le pulak. Nak suruh cik abe beli, kena tunggu lagi!. Akak terus ubah menu masukkan brokoli & kobis bunga...hahahaha...jadi le mee jawa ala mat salleh. Janji dapat makan mee jawa buatan sendiri.

Bahan-bahan:
600 gram mee kuning
200 gram daging
100 gram udang kering
2 biji ubi keledek (sederhana besar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air rebusan daging (2 liter)
Garam, gula & serbuk perasa
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung (campur dgn sedikit air)
Minyak utk menumis

Bahan sampingan:
4-5 biji telur rebus
100 gram kobis bunga
100 gram brokoli
3 biji cili hijau/merah
Limau/lemon

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Air rebusan daging dijadikan stok. Ubi keledek direbus hingga masak, kemudian dilenyekkan hingga hancur. Kisar udang kering. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm periuk. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering dan tumis sebentar sehingga agak kering. Masukkan ubi keledek yg telah dilenyek tadi. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Tunggu sehingga mendidih barulah masukkan tepung jagung. Akhir sekali masukkan garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa (jika suka). Tunggu sehingga kuah agak pekat sedikit. Tutup api.

Penyediaan:
Mee kuning dicelur sebentar, kemudian angkat & toskan. Daging yg telah rebus tadi dipotong nipis2. Celur brokoli & kobis bunga (masukkan sedikit garam & minyak masak supaya warna hijau brokoli nmpk sejar & cantik). Belah dua telur yg telah direbus tadi. Hiris nipis cili hijau/merah. Potong limau/lemon.

Masukkan sedikit mee kuning ke dalam mangkuk. Letakkan daging, telur rebus, sayur, cili & perah limau di dalamnya. Kemudian curahkan kuah di atasnya. Sedia utk di makan ketika panas2...


4 comments:

Mat Gebu said...

Alamakk!!!, baru esok pakcik nak masak mee jawa, tgk2 kak pah dah masak dulu..ayoo apsal selalu selera kita sealiran nihhh!!!!

Sharifah Wahani said...

Biasa le tu Mat.. bkn ke kita ni sama bintang capricorn...hehehehe...adik beradik akak semua lahir bln Januari kecuali yg bungsu...yg bestnya ikut turutan... no 2 (1 Jan), no 3 (3 jan), no 4 (5 jan) sulung (7 jan) akak (9 jan), bungsu (3 mac).. yg bestnya semua lahir tarikh & bulan ganjil...

mamasya said...

Mee jawa kak Pah buat ni kuahnya pekat..belum cubapun dah tahu sedap..tengok kuah pekat gini teringat pakcik jual mee Jawa kat tempat tinggal di M'sia..ginilah mee Jawa yg dia jual. Nanti dah cukup bahan boleh lah cuba...

Sharifah Wahani said...

Mamasya..1st time akak buat ni.. main hentam je.. akak masukkan tepung jagung utk pekatkn kuahnya... tq kerana ingin mencuba...