Friday, November 9, 2007

Roti Canai & Kari Daging Lembu

Projek membuat roti canai & kari daging lembu semalam. Roti canai resipinya belajar dari kakak ipar di Kuching, Sarawak.

Bahan-bahan:
Roti Canai:
500 gram tepung gandum
250 ml air (kalau pekat tambah air)
1 biji putih telur
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh garam
Margerin/butter secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali margerin/butter ke dalam breadmaker. On dough. Tunggu sehingga selesai diuli. Apabila selesai diuli, keluarkan. Bulat2kan dough menjadi lebih kurang 15 biji. Selepas itu lumurkan semua doh dengan margerin/butter sehingga menutupi setiap doh dan menjadi berminyak. Biarkan doh semalaman. Esoknya barulah dicanai.

Untuk mencanai roti ni senang je, ambil tray/talam yg agak besar, letakkan butter/minyak di atasnya. Ambil sebiji doh, tepek di atasnya, kemudian tarik di setiap bahagian tray (akak tak reti nak menebar mcm tukang buat roti canai tu..hehehehe). Kemudian ambik satu bahagian bucu roti canai tu, tarikkan.. kemudian buat macam sanggul (tak reti akak nk explain). Buatlah begitu sehingga hbs semua doh. Setelah itu doh yg mcm sanggul tadi ditepek sekali lagi menjadi bulat. Bila nak menggoreng, minyak utk menggoreng tu hendaklah dicampurkan dgn sedikit mentega/butter supaya roti canai garing & gebu. Setelah digoreng hendaklah roti canai tersebut ditepuk2 berulang kali dengan menggunakan kedua belah tangan (buat mcm penampar jepun..hehehehehe).

# Bagi yg tak ada breadmaker, boleh uli semua bahan menggunakan tangan seperti biasa.


Kari Daging Lembu

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
5 biji bawang merah (bawang besarpun boleh, 1/2 biji)
3 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk cili
5-6 sudu besar serbuk kari (akak guna kari adabi+kari pakistan)
2 inci halia
2 sudu makan kerisik
100 ml santan pekat (akak kurangkan santan, sebab sudah ada kerisik)
3 biji tomato (dicincang halus)
2 biji kentang (dibelah 4)
Rempah tumis (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Bersih & toskan. Kisar bawang merah, bawang putih & halia. Sediakan kuali & masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak panas, baru masukkan cili kisar & serbuk cili, biarkan sekejap. Masukkan rempah tumis, gaul rata. Masukkan bahan2 kisar dan tomato, gaul sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, gaul sekejap dan masukkan kerisik. Kemudian barulah masukkan daging lembu, balik2kan sehingga rata semuanya, biarkan sekejap sebelum masukkan air kedalamnya. Biar sehingga daging separuh empuk, baru masukkan santan pekat & air asam jawa. Akhir sekali masukkan kentang. Tutup kuali & biar mendidih. Masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Bila daging betul-betul empuk barulah diangkat & dihidang panas. Makan dgn roti canai, roti & nasi.

2 comments:

Mat Gebu said...

Roti canai kalau guna butter, jadi sedap kan. Lagi satu style kak pah bentukkan roti tu jadi seakan2 sanggul buat kan roti tu lagi sedap daripada yg jenis lipat tuala tuuu!!!!

SHERRY HANI said...

Memang guna butter lebih ranggup & sedap Mat.. akak mmg sanggul dulu roti tu.. tp tak reti nk explain dlm resepi tu..hehehehe..lepas sanggul baru tepek lagi sekali...