Sunday, November 25, 2007

Set Lengkap Nasi Ayam

Semalam buat nasi ayam lengkap. Menu nasi ayam ni amat digemari oleh anak2 akak terutama yg sulung.


Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawam beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan butter
1 kiub pati ayam maggie
2 sudu teh garam
1 inci halia (dihiris bulat2 nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:
Bersihkan beras, tos & masukkan ke dalam periuk letrik. Masukkan air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih, kiub pati ayam & butter. Gaul rata. Kemudian masak seperti memasak nasi biasa. Tujuan meletakkan butter supaya warna nasi kekuningan, sedikit berminyak & rasanya sodap!


Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
5 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar madu/gula melaka/gula apong (gula sarawak)

Cara-cara:
Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian perapkan dgn ayam selama paling kurang 2 jam. Lagi lama lagi sebati bahan2 perapan masuk ke dalam ayam. Selepas itu goreng ayam seperti biasa. Sedia utk dihidangkan bersama nasi ayam.


Sup Ayam Berempah
Bahan-bahan:
500 gram bahagian tulang2 ayam (bhgn kaki, kepak dsbnya)
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kari
Rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & kiub pati ayam maggie
Air
Minyak

Sayur-sayuran
2 biji kentang (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
2 btg saleri (hiris menyerong)
1 batang karot (hiris menyerong)

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-cara:
Rebus ayam dalam periuk (air rebusan itu juga boleh diambil utk membuat nasi ayam). Tumbuk bawang putih & halia. Kisar ketumbar & jintan. Tumis semua bahan2. Masukkan rempah tumis & akhir sekali serbuk kari. Tumis hingga garing. Terus masukkan ke dalam rebusan ayam. Tunggu sehingga ayam empuk baru masukkan kentang, saleri & tomato. Hiaslah dgn bawang goreng & daun bawang.


Sos Cili Nasi Ayam
Bahan-bahan:
5-10 biji cili merah besar
5-10 biji cili padi (klu nk pedas boleh tambah)
3 biji limau kasturi (ambil sebiji kulit limau blender sekali dgn cili)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan cuka
Gula & garam

Cara-cara:
Kisar semua cili, bawang putih & halia. Perah limau kasturi, ambil jusnya & campur ke dlm cili. Masukkan cuka, garam & gula. Sesuaikan rasa masam, masin & manisnya. Sedia utk dihidangkan sebagai pencicah salad, timun & tomato.

Bahan tambahan lain utk nasi ayam:
Lettuce (salad)
Timun
Tomato

Set Lengkap Nasi Ayam

1 comment:

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

ambuiii ambuiiii...*sambil selit sentil bla tepi* cantik tol susunan nasik ayam tu, bak sepinggan makdaro nak ngetest.