Monday, October 29, 2007

Kek Lapis Tinsley

Kek lapis ni ciptaan sendiri. Selalu ambik org punya resepi, kali ini nak try test uji, jadi ke tidak. Nampaknya eksperimen akak menjadi... warna-warni lagi tu... diberi nama kek lapis tinsley sempena mengingati nama tempat tinggal kami sekarang... boleh jadi ingatan & kenangan bila balik Msia nti.


Bahan-bahan:
Adunan dlm kek
250 gram butter
5 biji telur
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1/2 gelas tepung susu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovelet
1 botol kecil jem blueberry/strawberry/raspberry (utk melekat kek)
3 jenis pewarna (ikut suka)

Cara-cara:
Pukul butter & gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati & sekata.. Lepas itu, masukkan tepung susu, tepung gandum, ovelet & esen vanilla. Gaul lagi. Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yg disukai pada setiap bahagian. Bakarlah berlapis2 sama 3 lapisan, 6 lapisan atau 9 lapisan (ikut kesukaan & kerajinan masing2). Bila sudah masak, angkat & sejukkan. Potong kek secara memanjang setebal 1/2 inci tiap2 satu. Ketepikan dahulu.

Kek dipotong secara memanjang

Bahan-bahan:
Adunan luar kek:
250 gram butter
5 biji telur
1 gelas gula perang
1 gelas tepung biskut marie
1/2 botol horlick
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar ovalet

Cara-cara:
Pukul gula & butter sampai putih. Masukkan telur satu persatu. Lepas itu masukkan tepung roti marie, horlick & susu pekat manis. Gaul sebati.

Cara membuat keseluruhan kek:
Bakar satu lapisan adunan luar kek hingga tiga suku masak. Angkat & sapukan jem di atasnya supaya kek yg disusun tidak berterabur. Kemudian susun kek yg telah dipotong memanjang tadi di atasnya rapat2. Letakkan balik adunan luar kek di atasnya. Bakar lagi hingga tiga suku masak. Angkat, sapu jem & susun balik kek yg telah dipotong memanjang tadi. Tapi kali ini secara bertentangan dgn lapisan yg pertama tadi. Maksudnya jika susunan yg pertama tadi ke timur, susunan yg ini pulak ke selatan. Timbus lagi dgn adunan luar kek. Bakar lagi. Lapisan yg ketiga hendaklah susunan keknya mengikut arah yg sama dgn adunan yg pertama tadi. Jadi apabila kek di potong nanti lapisannya akan berselang seli & nampak cantik.. mcm lapisan buku. Buat 3 lapisan sahaja.

Susun kek dlm acuan mcm ni.

2 comments:

umi_e said...

pah kak e masih kabur lah... dah baca banyak kali pun masih kabur juga ni... bakar guna api atas saja ke?
Persoalan kak e, kalau guna api atas bawah, tak ke nanti kek yang bahagian bawah akan terus masak (lama2 akan garing dan terlebih masak?)
Nak sapu jem tu pada kek yang mana? Masa buat 3 adunan warna tu ke?
pah... kalau masa pah buat tu boleh tak amek video pastu letak kat youtube ;) senang sikit bila nampak cara membuatnya...

p/s: maklum ler... kak e ni memang slow sikit - orang tua hehehehehe

Kak Pah Sherry said...

Kak E, saya dh balas dlm PM di myresipi.com (inbox).. panjang lebar tau!