Sunday, November 18, 2007

Nasi Dagang

Akhirnya projek buat nasi dagang yg dah tertangguh beberapa minggu dapat juga dibuat semalam. Tp buat sendiri je. Alhamdulillah berjaya jugak akak buat nasi dagang untuk pertama kalinya. Masa tinggal di Ulu Bernam, Selangor dulu akak pernah belajar kt satu akak dari Kelantan yg mak dia berniaga nasi dagang. Tp dh lama sangat, ingat2 lupa dah. So akak belek2 blog2 member yg lain seperti Jo ayee, Kak E & Mesra.net... Lebih kurang sama juga dgn apa yg akak belajar dulu. Jadi akak gabungkan semuanya sekali... nasi dagang Kelantan & Trengganu... Jgn marah ye org Klate & Trengganu kalau salah.... amponnnn! Terima kasih Jo & Kak E kerana jd bahan rujukan saya.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut
200ml santan pekat
200ml santan cair
1 sudu teh halba
1 inci halia (hiris nipis)
4 biji bawang merah (hiris nipis)
1 sudu teh garam

Cara-cara:
Beras basmathi & beras pulut disatukan. Rendam semalaman. Keesokannya basuh & toskan. Sediakan pengukus. Kukus nasi dalam pengukus hingga setengah masak. Angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula hingga masak. Angkat lagi dan gaulkan dengan santan pekat, garam, bawang merah, halba & halia. Kukus sekejap lagi sehingga bawang & bahan2 lain layu sedikit.


Gulai Lemak Mackerel

Bahan-bahan:
2 ekor ikan mackerel
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
1/2 kiub pati ikan bilis maggie
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:
Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.
Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam, gula, kiub pati ikan bilis & serbuk perasa (jika suka). Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.


Sambal Goreng Kelapa
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut (putihnya sahaja, kulit hitam buang)
(tp kat sini akak guna kelapa kering & gaulkan dgn 3 sudu besar santan pekat)
50 gram udang kering
3-5 biji cili hijau/merah/cabai burung/cili padi
4 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar
1 batang serai
Garam & gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Kisar udang kering. Bawang, serai & cili dikisar sekali. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang, serai & cili tadi. Biar sekejap, baru masukkan udang kering. Masukkan kelapa. Goreng sebentar hingga agak kering & garing. Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasa. Angkat & bolehlah hidangkan bersama nasi dagang.


Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (buang empulurnya)
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara:
Potong timun ikut suka. Hiris nipis bawang besar & cili hijau. Larutkan cuka bersama garam & gula. Kemudian campurkan dengan timun. Gaulkan hingga rata. Sedia utk dihidangkan bersama nasi dagang.


Set Nasi Dagang.

5 comments:

Mamasya said...

wah nasi dagang siap dgn sambal kelapa goreng...ni versi Trg,favorit husben.....
org Trg/Kel tak marah punya sbb nampak sedap nasi dagang K.Pah masak ni.....

Kak Pah Sherry said...

Tq mamasya... bkn apa tkt tersilap.. marah org nti.. coz akak ni org Swk, tetiba salah masak masakan negeri org lain... tp nmpknya hubby kata ok (org perak), so nmpknya berjaya... alhamdulillah.. akak ni mmg suka cuba semua masakan org2 s'jung tk kira dr negeri mana, semua akak suka makan. Klu balik Swk, akak mesti tunjuk skill msk masakan s'jung utk family kt Kuching, Swk mkn...

jelly said...

kak pah, rupa nasi dagang tu mcm ns dagang terengganu sbb mak saya mmg berniaga jual nasi dagang. tp bila tgk kerabu kelapa goreng tu..error jap. setahu saya nasi dagang pure terengganu tak de kelapa tu, tak tahu belah kelantan kot ada. tp tabik spring la menjadi tu....sayangnya akak jauh kalau idok buleh saya try rasa, sedap ke tak mcm mak saya masak hehehe

Kak Pah Sherry said...

Jelly..timakasih singgah... mmg nasi dagang ni cmpr 2 negeri..klate & trganu... akak dulu belajar dgn org klate yg mak dia juga berniaga nasi dagang di klate... pd tekak akak & family akak sedap le..tp tak tau le pd selera org lain... hubby tambah 2 pinggan tu kira ok le..coz dia mmg klu pasal makanan mmg tau sgt..coz hubby akak lg terror masak..

miss aini said...

slm..sy mtk resepi nyer ye...nk msk tuk bukak puasa hr ni..