Monday, December 3, 2007

Sayur Campur

Sayur paling senang nak buat bila penyakit M melanda...

Bahan-bahan:
1/2 labu sayur kobis bunga
1/2 labu brocoli
1 ikat daun bawang
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan (sesame oil)
Sedikit kiub pati ikan bilis maggie
Minyak utk menumis
Sedikit lada sulah
Sedikit air
Garam & gula

Cara-cara:
Potong sayur ikut suka. Bawang putih & halia dimayang halus. Bawang besar dipotong kasar. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, halia & bawang besar hingga layu, lepas itu masukkan sos tiram. Masukkan sedikit sahaja air. Masukkan sayur, balik2kan sehingga separuh masak. Masukkan bahan perasa seperti garam, gula, serbuk ikan bilis, lada sulah & gula (jika suka). Tutup api & curahkam minyak bijan (sesame oil ) atas sayur, kemudian balik2kan. Sedia utk dihidangkan ketika panas2.

2 comments:

bintang kejora said...

salam.Pah sherry, sy nak mencari resepi soup kacang pol/foul/pool, tak tau mana yang betul. Minggu lepas sy melompat2 dr blog ke blog masakan ni, terjumpa sup ni, pas tu esok nak salin lupa ka blog mana. harap Pah sherry boleh tolong sebab ras2 macam kengkawan pah jugak.
dah beli kacang pol dalam tin sebagaimana yg ditunjuk dalam blog tu..tapi dah puas mencari blog tu semula masih tak jumpa.

Kak Pah Sherry said...

Minta maaf byk2 le bintang kejora.. saya dh tulun cari tp tak jumpa...